Pengangkutan Jakarta

Transjakarta Busway yang melayani beberapa laluan di dalam JakartaKeretapi KRL dalam bandar JakartaBajaj (Tuk-tuk) ialah semacam teksi kecil didalam bandar Jakarta untuk pengangkutan jarak dekat
  • Keretapi KRL Commuter Jabodetabek - ialah Keretapi elektrik oleh anak syarikat PT Kereta Api Indonesia yang melayani didalam dan keluar bandar Jakarta
  • Transjakarta Busway - ialah bas bandaraya Jakarta dengan jalur khas
  • Teksi - syarikat teksi di Jakarta: Bluebird (warna biru), Express (warna putih), Gamya (warna hijau), Taxiku (warna kuning), dll
  • Angkot (Mikrolet) - ialah minibus didalam bandar Jakarta yang dapat mengangkut beberapa orang sesuai laluan
  • Bajaj (Tuk-Tuk)
  • Kopaja, Metro Mini, Koantas Bima - ialah bas dalam bandar Jakarta yang berkelas Ekonomi tiada AC
  • Mass Rapid Transit atau MRT
  • Light Rail Transit atau LRT

Dalam Bandaraya

Keadaan jalan raya di Jakarta

Di DKI Jakarta, terdapat jaringan jalan raya dan jalan bebas yang dibina seluruh kota. Namun perkembangan jumlah kenderaan dengan jumlah jalan sangat tidak seimbang (5-10% dengan 4-5%).Menurut data daripada Jabatan Pengangkutan DKI, sebanyak 46 kawasan mempunyai 100 simpang yang mempunyai kesesakan lalulintas, arus yang tidak stabil dan kecepatan yang rendah.

Diantaranya ialah:

  • Kawasan Ancol/Gunung Sahari
  • Kawasan Jatibaru/Tanah Abang
  • Kawasan Kalimalang
  • Kawasan Mampang/Buncit
  • Kawasan Pasar Minggu
  • Kawasan Pondok Indah
  • Kawasan Pulo Gadung
  • Kawasan Tambora.

Jakarta sebagai pusat ekonomi juga turut mengalami kesesakan lalu lintas kerana selain dilalui oleh penduduk DKI sendiri , jalan ini juga digunakan oleh pemandu daripada bandar sekitar Jakarta seperti Depok, Bekasi, Tangerang, dan Bogor. Kesesakan dapat dilihat di Jalan Sudirman kerana mengambil masa selama berjam-jam untuk pulang ke rumah.

Satu inisiatif yang dilakukan oleh pemerintahan Ibu negeri Jakarta untuk mengatasi masalah pengangkutan di Jakarta iaitu diadakanya Bus Rapid Transit (BRT) TransJakarta. TransJakarta ialah sistem Bas dengan laluan khas yang berhenti di tiap perhentian stesen bas ("Halte") didalam bandaraya Jakarta. Ada 15 laluan ("Koridor") Bas Transjakarta yang melayani pelbagai macam tujuan didalam bandaraya Jakarta. Stesen bas di Jakarta dikenali sebagai "Terminal", dan Perhentian bas disebut "Halte". Berikut adalah senarai laluan BRT TransJakarta :

  • Koridor 1 : Stesen Bas Blok M - Stesen Kota Tua
  • Koridor 2 : Stesen Bas Pulogadung - Harmoni
  • Koridor 3 : Stesen Bas Kalideres - Harmoni
  • Koridor 4 : Stesen Bas Pulogadung - Dukuh Atas
  • Koridor 5 : Stesen Bas Kampung Melayu - Taman Hiburan Ancol
  • Koridor 6 : Zoo Ragunan - Dukuh Atas
  • Koridor 7 : Stesen Bas Kampung Melayu - Stesen bas Kampung Rambutan
  • Koridor 8 : Stesen Bas Lebak Bulus - Harmoni
  • Koridor 9 : Stesen Bas Pinang Ranti - Pluit
  • Koridor 10 : Stesen Bas Tanjung Priuk - Cililitan Grocery Center (PGC)
  • Koridor 11 : Stesen Bas Kampung Melayu - Stesen Bas Pulogebang
  • Koridor 12 : Stesen Bas Tanjung Priuk - Pluit
  • Koridor 13 : Stesen Bas Ciledug - Tendean
  • Koridor 14 : Tendean - Kalimalang (dalam perancangan)
  • Koridor 15 : Stesen Bas Manggarai - Universiti Indonesia (dalam perancangan)
Bundaran HI di hari ahad

Selain itu, Pemerintah Daerah DKI Jakarta juga sudah membina laluan MRT (Mass Rapid Transit) fasa pertama daripada laluan Lebak Bulus - Kampung Bandan, iaitu Lebak Bulus - Bundaran Hotel Indonesia sudah beroperasi pada 2019. Kerajaan pula sedang dalam tahap perancangan untuk membina 7 laluan Light Rail Transit (LRT), yang pembinaannya akan dimula pada akhir tahun 2015 dengan membina laluan Kebayoran Lama - Kelapa Gading dan beroperasi pada tahun 2019 .

Manakala Kerajaan Pusat pula turut serta merancang sistem pengangkutan bagi menghubungkan Bandaraya Jakarta dengan bandar-bandar dipersekitarannya dengan pembinaan beberapa laluan LRT yang dijangka akan dimula pada Ogos 2015 sempena Hari Kemerdekaan Indonesia.

Pengangkutan Antara Bandar

Untuk ke kota-kota sekitar Pulau Jawa pengguna boleh melalui Jakarta dengan jaringan jalan raya dan beberapa jalan bebas tol yang telah siap dibina. Jalan bebas tol yang paling baru adalah jalan bebas tol Cipularang yang mempercepatkan masa dari Jakarta ke Bandung menjadi sekitar 1.5 jam. Untuk ke Sumatera terdapat Pelabuhan Merak ke Bakauheni.

Lapangan terbang yang terdapat di Jakarta adalah: