Jigoku_Shōjo
Jigoku_Shōjo

Jigoku_Shōjo


Jigoku Shōjo (地獄少女, secara literal bermaksud Gadis Neraka), juga dikenali sebagai Girl From Hell (Gadis dari neraka), merupakan sebuah siri anime yang dihasilkan oleh Aniplex dan Studio Deen.Musim pertama siri ini pertama kalinya ditayangkan di Jepun menerusi beberapa saluran televisyen, antaranya Animax, Tokyo MX, MBS dan lain-lain, bermula dari 4 Oktober, 2005 hingga 4 April, 2006. Di atas kejayaan musim pertama siri ini, musim keduanya telah ditayangkan, berjudul Jigoku Shōjo Futakomori (地獄少女 二籠, Gadis Neraka:dua sangkar) yang ditayangkan pada 7 Oktober, 2006 di Jepun menerusi saluran Animax.[1]Sebuah siri drama televisyen yang berdasarkan siri ini mula ditayangkan di Jepun menerusi Nippon Television bermula daripada 4 November, 2006.[2] Sebuah musim baru iaitu musim ketiga siri ini diumumkan pertama kalinya menerusi laman rasmi versi mobilnya[3], dan diberi judul Jigoku Shōjo Mitsuganae (地獄少女 三鼎, Gadis Neraka:Tiga Kawah).[4]闇に惑いし哀れな影よ・・・
Yami ni madoishi awarena kage yo...
人を傷つけ貶めて、罪に溺れし業の魂 ・・・
Hito o kizutsuke otoshimete,tsumi ni oboreshi gou no tama....
いっぺん、死んで見る?
Ippen shinde miru?Perbuatanmu telah mengakibatkan kesakitan dan keseksaan ke atas orang lain.Jiwamu yang kekosongan lemas di dalam dosa-dosa mereka.Apakah anda sudi melihat kematian?"Setiap kisah pendek yang terkandung dalam siri ini menceritakan kisah keseksaan seorang individu berbeza akibat salah satu daripada watak antagonis. Sebuah laman web yang dikenali sebagai Jigoku Tsūshin (Perhubungan Neraka) hanya boleh dicapai tepat pada tengah malam (12:00 AM) oleh seseorang yang mempunyai hasrat dendam terhadap penyeksanya. Jikalau seseorang itu menghantar nama orang yang dibencinya, Jigoku Shōjo (Gadis Neraka) akan menawarkan individu tersebut sebuah patung straw lengkap dengan seutas tali merah yang terikat dileher patung itu. Jika tali itu ditarik, maka Jigoku Shōjo akan mendayung orang yang mereka benci terus ke Neraka, tetapi berlandaskan syarat dalam Jigoku Shoujo, mereka yang meminta pertolongan Enma ai juga akan ditempatkan ke dalam Neraka setelah mereka meinggal dunia.Dalam setiap kisah, drama para protagonis diceritakan secara mendalam daripada permulaan perasaan dendam mereka, menerusi kemuncak penyeksaan yang ditanggung mereka sehingga mereka tidak dapat menahannya lagi dan merujuk kepada laman web tersebut - yang kelihatan hitam dan hanya boleh dibuka pada tengah malam dan dicapai oleh orang-orang yang benar-benar mempunyai perasaan dendam. Kandungan laman web tersebut mengandungi teks berikut: "あなたの怨み、晴らします。 (Kami akan membalas dendam di tempat anda.)", sebuah kotak teks di mana objek kepada dendam itu haruslah ditulis, dan butang "送信 (Hantar)". Sejurus selepas menghantar nama sesorang itu, Enma Ai, seorang gadis muda bermata merah cili berpakaian seragam sekolah tradisional, akan berhadapan dengan para penyerah. Dia akan memberi mereka sebuah patung straw dengan seutas tali merah yang terikat di lehernya. Seterusnya dia akan menerangkan kepada mereka yang menyerunya bahawa jikalau mereka inginkan dendam mereka dipenuhi, maka mereka haruslah menarik tali merah itu daripada patung yang diberikannya, dan musuh mereka akan diheret terus ke Neraka. Walaubagaimanapun, sebuah simbol berbentuk bulan sabit berwarna hitam akan timbul pada bahagian dada mereka yang melaksanakan kontrak dengan "Jigoku Shōjo", sentiasa mengingatkan mereka tentang nasib yang menanti roh mereka setelah ajal menemui mereka, sebagai bayaran ataupun pampasan kepada perlaksanaan dendam mereka. Enma Ai tinggal di rumah yang terletak di sebuah dunia asing bersama-sama neneknya (yang tidak pernah ditunjukkan mukanya) yang tidak beriklim dan dalam keadaan senja sentiasa. Enma Ai dibantu oleh tiga orang pembantunya. Apabila mereka tidak berada di bawah perkhidmatannya, mereka kekal dalam bentuk tiga buah patung straw. Jika tidak, mereka bertiga memainkan watak-watak berikut - Ichimoku Ren, seorang lelaki muda serba tampan berpakaian biasa dan mengambil bentuk sebuah patung straw berwarna biru; Hone-Onna, seorang wanita cantik berpakaian kimono dengan sehelai kain obi yang diikat di hadapan yang menandakan bahawa dia seorang pelacur dan mengambil bentuk sebuah patung straw merah; dan Wanyūdō, seorang lelaki tua bertopi dan memakai skaf merah, yang mengambil bentuk sebuah patung straw hitam. Mereka membantu Enma Ai apabila mangsa mereka berhadapan dengan dosa mereka, sebelum Enma Ai (yang berpakaian kimono tradisional dengan corak bunga-bungaan) menghantar atau mendayung mereka ke Neraka. Selain itu, ketiga-tiga pembantunya juga seringkali menyelidik sifat sebenar pelanggan mereka.Dalam episod 8 siri ini, dua watak sampingan yang berulangan telah diperkenalkan: Seorang wartawan bernama Shibata Hajime - seorang bekas pemeras ugut/pemburu skandal yang memilih untuk menyiasat kisah yang berkaitan dengan Jigoku Shōjo; dan anak perempuannya yang bernama Tsugumi. Selepas bertemu dengan Ai, Tsugumi telah mula melihat visi seakan-akan firasat terhadap apa-apa yang dilihat Ai, sekaligus keluarga Hajime tersebut mula terlibat dalam hal Ai dengan lebih mendalam. Hajime tidak bersehaluan dengan kaedah Enma Ai menjalankan servis pembalasan dendam bagi pelanggan-pelanggannya, lalu dia cuba untuk menghentikan mereka yang telah berpaling ke arah Jigoku Shōjo untuk pertolongan daripada menggunakan servisnya, dengan menerima bantuan daripada Tsugumi.Apabila siri ini berlanjutan, ia telah didedahkan bahawa Hajime dan Tsugumi merupakan keturunan seorang lelaki yang bernama Sentarō Shibata. Sentaro dan Ai pernah merupakan rakan sejak kecil lagi. Tambahan pula, mereka adalah sepupu. Kampung halaman mereka mempunyai suatu tradisi: Setiap tujuh tahun, seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun akan dikorbankan kepada para Tuhan, supaya tujuh tahun yang akan datang akan dipenuhi kemakmuran. Ai dipilih sebagai korban kepada tradisi tersebut, namun ibu bapa Ai meminta Sentarō menyembunyikan Ai daripada membenarkannya dikorbankan. Sentarō bersetuju, lalu mengambil Ai ke atas bukit, menyembunyikannya selama enam tahun. Pada tempoh itu, kampung mereka telah mengalami kesempitan dalam menyara kehidupan mereka.Dalam salah satu perjumpaan rahsia Sentarō bersama-sama Ai, penduduk kampung telah menangkap dan membawa mereka masuk kawasan kampung, dan menuduh mereka bertanggungjawab merangsang kemarahan Tuhan Bukit. Penduduk kampung kemudiannya melontar Ai dan ibu bapanya ke dalam sebuah lubang dan memaksa Sentarō menanam mereka sebagai penebusan menyembunyikan Ai. Semasa Ai ditanam dia masih sedar akan apa yang berlaku dan berasa dikhianati oleh Sentarō. Selepas Ai ditanam, Sentarō terjaga pada suatu malam dan keluar daripada rumahnya. Setelah dia kembali, dia ternampak Ai sedang membakar perkampungannya. Di atas perasaan serba salah dan kegilaan yang menghantui dirinya, Sentarō melarikan diri. Dia membesar dengan perasaan hampa dan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukannya, lalu dia membina sebuah kuil bagi mengenang Ai dan kanak-kanak lain yang telah menjadi korban kepada Tuhan Bukit. Dia juga telah membuka sebuah kedai gula-gula yang digelar Shibataya yang menjual sejenis gula-gula hitam yang dia dan keturunannya dan pemilik-pemilik lain hantar ke kuil itu sebagai pemberian. Apabila Ai menyedari bahawa Hajima dan Tsugumi mempunyai pertalian darah dengan Sentarō, maka dia telah cuba untuk membunuh mereka, namun gagal. Di atas kelakuannya, Ai telah ditempatkan di neraka, tetapi dia berjaya melepaskan dirinya dan berputus untuk membangkitkan perasaan dendam di dalam hati Tsugumi untuk menghantar ayahnya ke neraka dengan menunjukkan hubungan ibu dan bapanya termasuklah bagaimana ibunya terbunuh dan sikap ayahnya yang menafikan tanggungjawabnya. Ai terus menekan dan memaksa Tsugumi menarik tali itu manakala ayahnya terperangkap di dunia Ai, namun dia akhirnya berjaya melepaskan diri di atas pertolongan nenek Ai, yang telah membantunya dengan melakukan suatu pertukaran (pertukaran di antara mereka tidak diketahui).Hajime kemudiannya kembali ke pangkuan Tsugumi dan mengakui kesilapannya, lalu memberitahu anaknya itu untuk menghantarnya ke neraka. Ini telah menaikkan kemarahan Tsugumi kerana dia menganggap jawapan ayahnya itu menunjukkan bahawa dia tidak menghargai saat-saat yang mereka luangkan bersama. Dengan itu, Tsugumi mengembalikan patung straw tersebut kepada Enma Ai. Ai kemudian membakar kuil yang dibina Sentarō, yang membuktikan sama ada dia melepaskan dendamnya terhadap Sentarō (dalam kes ini, kemusnahan kuil tersebut adalah simbolik kepada pembebasan Sentarō daripada penyesalannya) ataupun sebagai suatu tanda bahawa dia tidak akan sama sekali memaafkan Sentarō, walaupun setelah melakukan bermacam-macam untuk menunjukkan kekesalannya (dalam kes ini, kemusnahan kuil tersebut adalah simbolik kepada keengganan memaafkannya). Musim pertama ini tamat apabila Hajime dan Tsugumi pulang kepada rutin harian mereka dan Enma Ai meneruskan rutinnya juga, yang telah berlangsung berabad-abad lamanya - iaitu menghantar manusia ke api neraka.Musim Kedua Jigoku Shōjo (berjudul Jigoku Shōjo Futakomori) mula dengan mendedahkan bahawa Ai akan dihukum oleh Neraka di atas pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas penduduk kampungnya.Jika dia menolak, ibu bapanya akan meronta-ronta di dalam kegelapan buat selama-lamanya. Hukuman yang diberikan kepada Ai ialah menghantar dendam para manusia. Dalam permulaan musim kedua, terdapat seorang kanak-kanak misteri yang muncul sekelip mata dalam episod pertama; dia memakai kimono yang serupa dengan kimono Ai. Selepas episod 4, nama kanak-kanak perempuan itu didedahkan sebagai Kikuri.Dalam musim kedua juga, asal-usul pembantu Enma Ai telah didedahkan.Babak utama musim kedua ini menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Takuma Kurebayashi yang berasal daripada Lovely Hills. Dia dituduh bertanggungjawab oleh penduduk setempat ke atas kehilangan beberapa penduduk di sana, yang sebenarnya disebabkan oleh mereka yang menggunakan Jigoku Tsūshin. Layanan yang diterima Takuma telah membangkitkan memori Ai tentang zaman silamnya, lalu dia menolak permintaan untuk menghantar Takuma ke neraka. Dengan berbuat demikian, Ai telah melanggar peraturan Neraka, maka dia dibebaskan daripada peranannya sebagai Jigoku Shōjo. Meskipun begitu, setelah dia dibebaskan daripada hukumannya, dia dibangkitkan semula sebagai seorang manusia biasa oleh Raja Neraka yang bersifat kuku besi itu dan dihantar semula ke dunia biasa dalam keadaan yang hampir meragut nyawanya, mengalami keperitan menanggung usianya iaitu 400 tahun sekaligus. Ren, Honne-Onna dan Wanyuudou cuba untuk membantu Ai yang kini hidup sebagai manusia biasa, namun didapati bahawa memori Ai terhadap kewujudan mereka telah dilenyapkan Raja Neraka. Ai cuba untuk menghentikan penduduk pekan tersebut daripada membunuh Takuma dan berjaya buat sementara waktu. Namun, seorang pelanggan yang menggunakan Jigoku Tsūshin, disebabkan perasaan takut akan nasib yang menantinya dan berharap agar dia dapat menyelamatkan dirinya daripada api neraka selepas kematian, memukul Ai di belakang kepalanya dengan sebuah penyodok. Beberapa orang penduduk Lovely Hills yang telah menggunakan servisnya turut serta dalam serangan ke atas Enma Ai. Apabila Ai menurut takdir maut yang menantinya, dia berkata, "Inilah penghujungnya," berasa lega. Dia lesap ke dalam suatu tiupan angin kelopak bunga sakura sejurus selepas menghembuskan nafas terakhirnya, dan roh ibu bapanya dibebaskan daripada Neraka. Kikuri, dalam sebuah sampan menuju ke Neraka, berkata-kata sambil mencucuk-cucuk buah ceri semerah mata Ai: "Semuanya telah berakhir. Begitulah kata-kata Ai... Syabas." Musim kedua berakhir. Ren, Onna dan Wanyūdō berpisah di dunia sebenar, kehidupan Takuma kembali pulih seperti dahulu, dan diikuti dengan seorang gadis menerima mesej daripada Jigoku Shōjo pada telefon bimbitnya.

Rujukan

WikiPedia: Jigoku_Shōjo http://animax-asia.com/program/synopsis.php?i=287 http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-04-08/sa... http://www.compileheart.com/jigoku_m%7C http://www.jigokushoujo.com/ http://www.jigokushoujo.com/news.html http://www.animax.co.jp/lineup/nextmonth.html http://www.animax.co.jp/program/program.php3?naiyo... http://www.animax.co.jp/program/program.php3?naiyo...