Geografi Kemboja

Rencana utama: Geografi Kemboja
Peta Kemboja.

Kemboja memiliki kawasan seluas 181,035 kilometer persegi. Keseluruhan wilayahnya terletak di kawasan tropika dalam lingkungan garis lintang 10° ke 15°U dan garis bujur 102° ke 108°E. Ia bersempadan dengan Thailand di utara dan barat, Laos di timur laut, dan Vietnam di timur dan tenggara. Ia mempunyai garis pantai sepanjang 443 kilometer dekat Teluk Thailand.

Lanskap Kemboja bercirikan dataran tengah pamah yang dikitari oleh tanah-tanah tinggi dan gunung-ganang rendah, merangkumi Tonle Sap (Tasik Raya) dan hulu-hulu delta Sungai Mekong. Yang menjangkau keluar dari kawasan tengah ini adalah dataran peralihan yang berhutan jarang dan mencapai paras sebanyak 200 meter dari paras laut.

Ke utara dataran Kemboja adalah sebuah tubir batu pasir yang membentuk cenuram menghadap selatan yang menjangkau lebih 320 km dari barat ke timur dan curam membangun di atas dataran setinggi 180 ke 550 meter. Cenuram ini menandakan batas selatan Pergunungan Dângrêk.

Yang mengalir ke selatan melalui rantau timur Kemboja adalah Sungai Mekong. Di timur Mekong dataran peralihan beransur-ansur bergabung dengan tanah tinggi timur, gunung-ganang berhutan dan penara-penara tinggi yang menjangkau ke Laos dan Vietnam. Di Kemboja barat daya terletaknya sebuah lagi kawasan tanah tinggi yang terdiri daripada dua bidang tanah tinggi, iaitu Pergunungan Krâvanh dan Pergunungan Dâmrei, dan meliputi kebanyakan tanah di antara Tonle Sap dan Teluk Thailand.

Di dalam kawasan yang terpencil dan sebahagian besarnya tidak berpenduduk, Phnom Aural iaitu puncak tertinggi Kemboja mencapai paras 1,813 meter. Kawasan pantai selatan yang berdekatan dengan Teluk Thailand adalah jaluran tanah pamah sempit yang berhutan tebal dan tidak ramai penduduknya, terpencil dari dataran tengah oleh tanah tinggi barat daya.

Ciri-ciri geografi yang paling menonjol adalah genang-genangan Tonle Sap yang seluas 2,590 kilometer persegi pada musim kemarau dan menjangkau hingga seluas 24,605 kilometer persegi pada musim hujan. Dataran padat penduduknya yang dikhususkan untuk penanaman padi sawah adalah nusa teras Kemboja. Kebanyakan kawasan ini telah diwartakan sebagai rizab biosfera.

Perwilayahan

Rencana utama: Daerah di Kemboja

Bahagian pentadbiran tingkat satu Kemboja terdiri daripada ibu negara (reach thani) dan wilayah-wilayah (khaet). Kemboja terbahagi kepada 25 buah wilayah termasuk ibu negara.

Perbandaran dan daerah adalah bahagian pentadbiran tingkat dua Kemboja. Wilayah-wilayahnya terbahagi kepada 159 daerah dan 26 perbandaran. Daerah-daerah dan perbandaran-perbandaran ini dibahagikan lagi kepada komun (khum) dan sukuan (sangkat).

Bil.WilayahIbu kotaKeluasan (km²)Bil. penduduk
1Banteay MeancheySisophon6,679678,033
2BattambangBattambang11,7021,036,523
3Kampong ChamKampong Cham4,5491,010,098
4Kampong ChhnangKampong Chhnang5,521472,616
5Kampong SpeuKampong Speu7,017718,008
6Kampong ThomKampong Thom13,814908,398
7KampotKampot4,873585,110
8KandalTa Khmao3,5681,265,805
9KepKrong Kep33680,208
10Koh KongKoh Kong11,160139,722
11KrachehKracheh11,094318,523
12MondulkiriSenmonorom14,28860,811
13Oddar MeancheySamraong6,158185,443
14PailinPailin80370,482
15Phnom PenhPhnom Penh7582,234,566
16Preah SihanoukSihanoukville2,536.68199,902
17Preah VihearTbeng Meanchey13,788170,852
18PursatPursat12,692397,107
19Prey VengPrey Veng4,883947,357
20RatanakiriBanlung10,782567,459
21Siem ReapSiem Reap10,2291,000,309
22Stung TrengStung Treng11,092111,734
23Svay RiengSvay Rieng2,966498,785
24TakéoTakéo3,563843,931
25Tbong Khmum[20]Tbong Khmum4,928754,000

Rujukan

WikiPedia: Kemboja http://www.abc.net.au/7.30/content/2014/s4007692.h... http://www.bbc.com/news/in-pictures-26865946 http://www.cambodiadaily.com/archives/landmine-une... http://www.cambodiadaily.com/news/life-expectancy-... http://investvine.com/cambodias-textile-industry-g... http://www.khmertimeskh.com/news/13400/ramadan-end... http://www.khmertimeskh.com/news/1976/landmine-cas... http://www.methodfinder.com/wfpatlas/index.php?pag... http://www.nationmaster.com/graph/peo_eth_gro-peop... http://www.phnompenhpost.com/index.php/20110518491...