Kemboja
Kemboja

Kemboja

Kemboja (Bahasa Khmer:, Kampuchea), atau nama rasminya Kerajaan Kemboja (Bahasa Khmer:, Preăh Réachéanachâk Kâmpŭchéa) dan dahulunya dikenali sebagai Empayar Khmer, adalah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Jumlah keluasan tanahnya 181,035 kilometer persegi. Ia bersempadan dengan Thailand di barat laut, Laos di timur laut, Vietnam di timur, dan Teluk Thailand di barat daya.Dengan seramai 15 juta penduduk, Kemboja merupakan negara ke-69 paling ramai penduduknya di dunia. Agama rasminya adalah agama Buddha aliran Theravada yang dianuti oleh kira-kira 95 peratus penduduknya. Antara kaum minoriti negara Kemboja adalah Vietnam, Cina, Cham, dan 30 suku hulu.[7] Ibu negara dan bandaraya terbesarnya Phnom Penh, iaitu pusat politik, ekonomi dan kebudayaan Kemboja. Negara raja berperlembagaan ini dinaungi oleh Norodom Sihamoni, iaitu raja yang terpilih selaku ketua negara oleh Majlis Takhta Diraja. Ketua kerajaan pula adalah Hun Sen yang kini merupakan pemimpin bukan raja yang paling lama berkhidmat di Asia Tenggara dan telah memerintah Kemboja selama lebih 25 tahun.Nama kuno Kemboja adalah "Kambuja" (Bahasa Sanskrit: कंबुज).[8] Pada tahun 802 M, Jayavarman II menobatkan dirinya sebagai raja dan menandakan permulaan Empayar Khmer yang mekar selama lebih 600 tahun, membolehkan raja demi raja menakluki sebahagian besar wilayah Asia Tenggara di samping mengaut kuasa dan kekayaan yang teramat. Kerajaan keindiaan ini meninggalkan kuil-kuil tersergam dan bersejarah seperti Angkor Wat yang kini merupakan Tapak Warisan Dunia, serta memudahkan penyebaran agama Hindu disusuli agama Buddha ke sebahagian besar Asia Tenggara. Setelah jatuhnya Angkor ke tangan Ayutthaya pada abad ke-15, Kemboja diperintah sebagai negeri lindungan di kalangan jiran-jirannya.Kemboja menjadi naungan Perancis pada tahun 1863, kemudian merdeka pada 1953. Perang Vietnam melimpahi Kemboja ketika Khmer Rouge merampas Phnom Penh pada 1975 lalu menjalankan Genosid Kemboja hingga tahun 1979 apabila mereka digulingkan oleh Vietnam dan kemudian menentang pemerintahan Republik Rakyat Kampuchea yang disokong oleh Vietnam dalam Perang Kemboja–Vietnam (1979-1991). Ekoran Perjanjian Damai paris 1991 Kemboja ditadbir sementara oleh sebuah misi Bangsa-Bangsa Bersatu (1992-1993). PBB berundur setelah mengadakan pihihan raya yang disertai oleh sekitar 90 peratus pengundi berdaftar. rampasan kuasa pada tahun 1997 meletakkan kuasa mutlak kepada Perdana Menteri Hun Sen dan Parti Rakyat Kemboja yang masih berkuasa setakat tahun 2015.Kemboja merupakan sebuah "negeri pasaran bebas sedikit komunis dengan kerajaan campuran agak autoritarian yang memerintah negara demokrasi superfisial."[9] Negara ini berdepan dengan banyak cabaran dan isu sosiopolitik, termasuklah kemiskinan berleluasa,[10] amalan rasuah berleluasa,[11] kurangnya kebebasan berpolitik,[12] pembangunan insan rendah,[13] dan kadar kelaparan yang tinggi.[14][15][16]Biarpun rendah pendapatan, namun ekonomi Kemboja mencatatkan rekod pertumbuhan terbaik di Asia dengan purata pertumbuhan sebanyak 6 peratus dalam sedekad yang lalu. Sektor ekonomi paling utamanya masih pertanian di samping pertumbuhan sihat dalam industri tekstil, pembinaan, pakaian dan pelancongan yang menjurus kepada peningkatan pelaburan asing serta perdagangan antarabangsa.[17]

Kemboja

• Total $43.20 billion[3]
HDI (2013) ▲ 0.584[5]
sederhana · 136
KDNK (nominal) Anggaran 2013 
Mata wang Riela (KHR)
• Jumlah $17.25 bilion[3]
• Bancian 2008 13,388,910[2]
Pemerintahan Raja Berperlembagaan
• Per kapita $1,108[3]
• Perdana Menteri Hun Sen
KDNK (PPP) Anggaran 2013 
Ibu kota Phnom Penh
Kod panggilan +855
Internet TLD .kh
• Raja Norodom Sihamoni
• Kepadatan 81.8/km2 (211.9/sq mi) (118)
Bahagian memandu right
• Air (%) 2.5
Zon masa UTC+7
Bahasa rasmi Bahasa Khmer
• Anggaran 2013 15,205,539[1] (65)
Gini (2007) 43[4]
rendah

Rujukan

WikiPedia: Kemboja http://www.abc.net.au/7.30/content/2014/s4007692.h... http://www.bbc.com/news/in-pictures-26865946 http://www.cambodiadaily.com/archives/landmine-une... http://www.cambodiadaily.com/news/life-expectancy-... http://investvine.com/cambodias-textile-industry-g... http://www.khmertimeskh.com/news/13400/ramadan-end... http://www.khmertimeskh.com/news/1976/landmine-cas... http://www.methodfinder.com/wfpatlas/index.php?pag... http://www.nationmaster.com/graph/peo_eth_gro-peop... http://www.phnompenhpost.com/index.php/20110518491...