Lai Hing Keong (lahir
1956, usia k.k. 63 tahun) ialah
tabib perubatan tradisional Cina (TCM) yang mengkhususkan penjajaran
tulang belakang, suatu bidang yang agak jarang diamalkan dalam bidang perubatan tradisional Cina tetapi lebih dipraktikkan oleh pakar
kiropraktik. Ditauliahkan oleh
Universiti Perubatan Cina Tradisional Guangxi, beliau juga anggota:
[1]Dilahirkan di
Kampar,
Perak, Tabib Lai sebenarnya memulakan kerjayanya dalam bidang perbaikan
elektronik, sebelum ditakdirkan menyertai bidang Perubatan Tradisional Cina. Meskipun demikian, beliau rasa bahawa beliau memerlukan pengiktarafan dan kemudian berlatih di bawah sembilan guru yang berbeza. Melalui wahyu dan pengalaman amali, Tabib Lai mengembangkan suatu kaedah rawatan perubatan yang unik yang tidak seperti yang diamalkan oleh tabib yang lain.
[1]Tabib Lai membuka kliniknya yang pertama di
Miri,
Sarawak pada 2007. Kaedahnya terbukti amat berkesan dalam mengubati pelbagai jenis
penyakit dan justeru, sejak pembukaan kliniknya yang pertama, beliau telah merawat melebihi 8,500 orang pesakit yang mendapat tahu tentang perkhidmatannya dari mulut ke mulut melalui bekas pesakitnya.
[1] Banyak bekas pesakitnya mengesyorkan perkhidmatannya kepada anggota keluarga dan rakan mereka. Disebabkan permintaan yang berulang-ulang untuk membuka sebuah cawangan di
Semenanjung Malaysia, Tabib Lai membuka kliniknya yang kedua di
Johor Bahru pada September
2010. Bagi melayani pesakit
Melayu yang mengamalkan
budaya yang berbeza daripada orang bukan
Islam, Tabib Lai juga menjalani kursus
perubatan tradisional Melayu dan kini merupakan salah satu anggota Pertubuhan Pengusaha Perubatan Tradisional Negeri Pahang Darul Makmur.Seorang penganut
agama Buddha yang beriman, Tabib Lai berpendapat bahawa perkhidmatan kesihatan perlu ditawarkan dengan kos yang serendah mungkin. Justeru, beliau cuba menyembuhi pesakitnya melalui satu rawatan yang tunggal. Meskipun demikian, pesakit yang menghidapi penyakit lama atau penyakit yang boleh membawa maut sudah tentu memerlukan lebih daripada satu rawatan.