Ketenteraan Marsyal

Di kebanyakkan negara, pangkat marsyal, rujuk Fil Marsyal, adalah pangkat tertinggi tentera darat, mengatasi pegawai jeneral yang lain. Persamaan pangkat tentera laut ialah Laksamana Armada.

Marsyal biasanya, tetapi tidak secara eksklusif, hanya dilantik pada masa perang. Di kebanyakkan negara, terutama di Eropah, simbol khas seorang marsyal ialah baton, dan lambang kebesaran mereka sering menggabungkan baton.

Di beberapa negara, istilah "marsyal" digunakan sebagai menggantikan "jeneral" dalam pangkat tentera udara. Empat pangkat tertinggi Tentera Udara Diraja ialah Marsyal Tentera Udara Diraja, Ketua Marsyal Udara, Marsyal Udara dan Marsyal Madya Udara (namun nama pertama, yang secara umumnya telah digantung sebagai pangkat masa aman, adalah satu-satunya yang boleh dianggap betul sebagai marsyal). Pangkat lima bintang Marsyal Tentera Udara telah digunakan oleh beberapa tentera udara Negara-Negara Komanwel dan Timur Tengah.

Di dalam Tentera Darat Perancis dan kebanyakkan Tentera Darat Nasional menjadikan sistem Perancis sebagai model, maréchal des logis ("marshal-of-lodgings") ialah istilah kavalri yang bersamaan dengan sarjan.

Sesetengah pemerintah dahulu telah menggunakan gelaran khas "marsyal" sebagai memberi ganjaran untuk matlamat tertentu. Walaupun sebenarnya bukan pangkat tentera, gelaran kehormat ini telah dikurniakan secara eksklusif kepada pemimpin tentera yang berjaya, seperti Marsyal Besar Ayacucho Antonio José de Sucre yang terkenal. Paling terkenal adalah Marsyal-Marsyal Perancis (Maréchaux de France), sekurang-kurangnya dibawah Napoléon I. Satu lagi gelaran tersebut adalah Reichsmarschall, dikurniakan kepada Hermann Goering oleh Adolf Hitler, namun ia bukan gelaran tetap kerana ia telahpun "dicipta" untuk Goering yang merupakan satu-satunya pemegang gelaran dalam sejarah. Di England semasa Perang Baron Pertama gelaran "Marsyal Tentera Tuhan" telah dikurniakan kepada Robert Fitzwalter melalui pilihanraya.

Kedua-dua Soviet Union dan Rusia mempunyai jeneral ketumbukan dan juga "marsyal" dalam sistem pangkat mereka, tetapi yang kedua merupakan satu pangkat kehormat.

Pangkat marsyal mengikut negara

Artikel berikut membincangkan pangkat marsyal seperti yang digunakan oleh negara-negara tertentu:

Lihat juga:

Setaraf marsyal

Pangkat-pangkat ini telah dianggap setaraf dengan seorang marsyal:

Polis tentera

Nama tersebut juga digunakan kepada pemimpin organisasi polis tentera.