Sejarah Masakan_Perancis

Abad ke-15 hingga 19

Marie-Antoine Carême, pencipta Haute cuisine.

Perancis memiliki sejarah kuliner yang panjang.[6] Pada abad ke-15, Catherine de Medici dari Itali pindah ke Perancis untuk mengahwini Henry duc d’Orleans (bakal Raja Henry II), dengan membawa buku-buku masak Firenze yang mengandungi resipi-resipi masakan Itali.[3][6] Pada masa itu, Perancis belum dikenali akan tradisi kulinarinya.[3] Catherine membawa para tukang masak dari Itali dan memperkenalkan banyak jenis masakan, cara penyajian dan peraturan persiapan makan malam ke Perancis.[3] Dalam tahun-tahun berikutnya, bangsa Perancis mula mencipta masakan yang penuh warna dan cita rasa yang inovatif.[6] Walaupun masa ini Perancis dan Itali telah mengembangkan tradisi masakan yang sangat berbeza, namun sebenarnya awal mula budaya masakan Perancis banyak dipengaruhi daripada masa tersebut.[3]

Pada tahun 1652, sebuah buku masak pertama Perancis bernama Le Cuisine François ditulis oleh chef terkenal bernama La Varenne.[7] Buku tersebut menjadi bukti bahawa tradisi masakan Perancis sudah menjadi bahagian penting dalam budaya memasak dan makan malam di Eropah.[7] Buku itu memberikan penjelasan mengenai kaedah persembahan, termasuk cara membuat roux, masakan yang terbuat dari campuran tepung dan mentega untuk memekatkan sup dan sos.[7] Sebelum roux ditemui, cara orang Perancis untuk memekatkan sup hanya dengan mencampurkannya dengan roti.[7]

Sehingga penjara Bastille dipecahkan pada tahun 1789, sebahagian besar rakyat Perancis adalah petani miskin yang mengambil makanan berupa tanaman sampingan.[6] Pada abad-abad berikutnya, kaum bangsawan menjadi semakin kuat, yang dapat dilihat pada berkembangnya makanan bermutu sebagai lambang status sosial.[6] Pada abad ke-19, Haute cuisine atau Grande cuisine (Masakan Haute) mula tercipta dan disajikan di rumah-rumah bangsawan namun majoriti masyarakat masih miskin dan menderita kekurangan makanan.[6] Chef master Marie-Antoine Carême yang mencipta kaedah masakan Haute memberikan sumbangan dalam mempopularkan toque, topi tinggi berwarna putih yang dipakai bersama seragam chef sampai saat ini.[8]

Abad ke-20

Au Bistro ("Di Bistro"), lukisan karya Jean Béraud.

Masakan Perancis mengalami perubahan besar pada abad ke-20.[6] Kaedah masakan haute berkembang pesat dan dikenali akan cara penyajiannya yang rumit dan teliti.[6] Kemunculan masakan baru (nouvelle cuisine) bermula pada tahun 1970-an mengalihkan populariti masakan klasik yang rumit.[6] Ciri khas masakan baru ini adalah penggunaan sos krim dan memberi tumpuan pada rasa yang tulen tanpa menggunakan banyak bahan masakan.[6] Kaedah ini mempengaruhi masakan Perancis sampai sekarang, yang dapat dilihat dengan cara penyajian yang lebih fleksibel dan banyak bereksperimen dengan citarasa bukan tradisional.[6]

Masakan Perancis moden bermula dari masa Perang Dunia I.[6] Sistem pengangkutan yang semakin baik pada separuh pertama abad ke-20 turut mempopularkan kedua-dua jenis masakan kelas atasan dan daerah yang sebelumnya terpisah.[6] Pasca Perang Dunia II, industri pelancongan berkembang pesat dan menyebabkan masakan-masakan khas telah dapat dinikmati rakyat dengan harga yang berpatutan.[6]

Pada masa ini

Saat ini di mana sahaja, rakyat Perancis dapat menikmati berbagai jenis masakan.[6] Bistro dan kafe berkembang bagaikan cendawan di seluruh negeri dan rakyat dapat menentukan sendiri kualiti, rasa dan rupa masakan.[6] Sekarang banyak orang yang mempunyai kerja di bandar-bandar besar tidak mempunyai cukup masa untuk makan tengah hari namun mereka menikmatinya di kafetaria atau bar makanan ringan dengan memesan hamburger atau hot dog.[2]

Rujukan

WikiPedia: Masakan_Perancis http://www.cp-pc.ca/english/france/eating.html http://frenchfood.about.com/od/explorefrenchfood/a... http://frenchfood.about.com/od/explorefrenchfood/a... http://frenchfood.about.com/od/regionalspecialties... http://www.france-property-and-information.com/fre... http://www.nytimes.com/2010/11/17/world/17unesco.h... http://www.preferredconsumer.com/food_drink/articl... http://www.voanews.com/indonesian/news/PBB-Nyataka... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Cuisin...