Preah Bat Samdech Preah Norodom Sihanouk Varman (
Khmer: នរោត្តម សីហនុ; 31 Oktober 1922 – 15 Oktober 2012) merupakan bekas Raja
Kemboja. Setelah turun takhta pada 7
Oktober 2004 baginda mengambil gelaran Putera. Baginda dilahirkan di
Phnom Penh, anakanda lelaki kepada Raja
Norodom Suramarit dan Ratu
Sisowath Kossamak.Sepanjang sejarah
Kemboja yang berceramuk baginda memegang begitu banyak jawatan sehinggakan
Guinness Book of World Records mengenal pasti beliau sebagai ahli politik yang menjawat jawatan politik paling pelbagai. Ini termasuk dua penggal sebagai
raja, satu sebagai
presiden, dua sebagai
perdana menteri, dan satu sebagai
ketua negara tanpa gelaran Kemboja, termasuk pelbagai jawatan sebagai ketua dalam pelbagai
kerajaan buangan.Baginda mendapat
pelajaran rendah di sekolah rendah
Phnom Penh,
Ecole Francois Baudoin. Baginda menyambung
pelajaran menengah di
Saigon (sekarang
Bandar Ho Chi Minh),
Vietnam dan semenjak itu menghadiri sekolah tentera di
Saumur,
Perancis. Apabila nenda lelaki sebelah bondanya, Raja
Sisowath Monivong, meninggal pada 23
April 1941, Majlis Mahkota Crown Council melantik Putera Sihanouk sebagai Raja
Kambodia, selepas baginda dimahkotakan pada bulan September tahun yang sama. Khabar angin bertiup pada masa itu bahawa perlantikan baginda disebabkan oleh pengaruh Perancis.Selepas
Perang Dunia II dan pada awal 1950-an, matlamat politik Raja Sihanouk cenderung ke arah nasionalisme dan baginda mula menyuarakan tuntutan agar Perancis memberikan kemerdekaan dan keluar daripada Kemboja, mencerminkan semangat kebanyakan negara di kawasan tersebut, termasuk
Vietnam,
Thailand, dan
Laos. Baginda membuang diri ke Thailand pada
1952 dan enggan kembali sehingga kemerdekaan diberikan. Baginda kembali apabila permintaan baginda berjaya dan negaranya diberikan kemerdekaan pada 9
November 1953. Pada 2
Mac 1955, baginda turun takhta bagi memberi laluan kepada ayahanda baginda, menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Kambodia beberapa bulan kemudian. Selepas kemangkatan ayahanda baginda pada tahun
1960, baginda sekali lagi dilantik sebagai ketua negara, tetapi tidak dikurniakan gelaran 'Raja'.Ketika
Perang Vietnam berceramuk, Sihanouk cuba mengekalkan Kemboja sebagai negara berkecuali. Bergilir-gilir menyokong
Republik Rakyat China dan
Amerika Syarikat dan kemudiannya meyokong polisi
Jalan Ketiga, baginda bagaimanapun gagal dalam usaha menghalang perperangan dari merebak sehingga ke dalam negara baginda. Pada Mac
1970, ketika baginda berada di luar negara, satu
kudeta yang diatur oleh
Lon Nol berlaku yang menyingkir beliau daripada kuasa. Selepas rampasan kuasa Putera Sihanouk melarikan diri ke
Beijing dan menyusun pasukan untuk menentang kerajaan Lon Nol di
Phnom Penh. Apabila
Republik Khmer jatuh ke tangan
Khmer Rouge pada April
1975, Putera Sihanouk menjadi simbol ketua negara sementara
Pol Pot kekal menjadi
kuasa di belakang takhta. Pada tahun berikutnya, pada 4
April, Sihanouk sekali lagi disingkir dari jawatannya dan bersara dari politik. Baginda sekali lagi mencari perlindungan di Republik Rakyat China dan
Korea Utara.Pencerobohan Vietnam ke atas Kambodia pada bulan Disember
1978 menyingkirkan
Khmer Rouge. Walaupun berhati-hati dengan Khmer Rouge, Putera Sihanouk akhirnya bergabung tenaga dengan mereka agar dapat membentuk barisan bersatu menentang Vietnam. Pada
1982, baginda menjadi presiden
Coalition Government of Democratic Kampuchea (CGDK), yang merangkumi parti FUNCINPEC-nya, KPNLF
Son Sann dan Khmer Rouge. Vietnam berundur pada tahun
1989, meninggalkan kerajaan pro-Vietnam dibawah pemerintahan Perdana Menteri
Hun Sen yang dikenali sebagai
People's Republic of Kampuchea. Perundingan damai antara CGDK dan PRK bermula tidak lama kemudian dan berlanjutan sehingga 1991 apabila semua pihak bersetuju untuk penyelesaian lengkap yang ditanda tangani di
Paris. Putera Sihanouk kembali sekali lagi ke Kambodia pada 14
November 1991 selepas tiga belas tahun dalam buangan.Pada tahun
1993, Yang Maha Mulia Norodom Sihanouk dilantik kembali sebagai Raja Kambodia dan anakandanya H.R.H.
Norodom Ranariddh bermesyuarat dengan Madame
Marie de Roland-Peel, General Secretary kepada
British Committee for Free Vietnam, Laos, Cambodia & Burma dan mereka bersetuju untuk memasuki
Southeast Asia Imperial & Royal League, diketuai oleh H.I.H. Putera
Nguyen Phuc Buu Chanh dari Vietnam. Semenjak kepulangannya kesihatannya terganggu dan banyak khabar angin menyatakan bahawa baginda akan menuruni takhta sekali lagi. Sepanjang awal
2004, baginda berulang beberapa kali ke
Beijing,
China, untuk mendapatkan rawatan perubatan.Minat masa lapang Sihanouk termasuk
filem dan
muzik. Baginda merupakan pembuat filem sepanjang tahun, mengarah banyak filem dan karangan muzik. Dia merupakan salah seorang ketua negara dalam kawasan ini yang mempunyai laman web tersendiri, yang mempunyai pengikut sendiri, menarik lebih seribu pelawat sehari, sejumlah besar dari pengguna
Internet negaranya. Kenyataan Di Raja diletakkan di situ setiap hari untuk dibaca rakyatnya.Raja Sihanouk masuk dalam buangan sendiri pada
Januari 2004, menetap di
Pyongyang,
Korea Utara, dan
Beijing,
China. Baginda mengumumkan
penurunan takhtanya pada 7
Oktober 2004. Seminggu selepas itu, pada 14 Oktober, salah seorang putera baginda,
Norodom Sihamoni dilantik menggantikannya. Pada Oktober 2004, Norodom turun takhta.