Sejarah Orang_Roma

Sekeluarga kaum Roma dari Serbia yang berhijrah ke Amerika Syarikat. (Gambar diambil Augustus Sherman tahun 1917)

Teori asal-usul

Memandangkan masyarakat ini tidak menyimpan catatan sejarah mengenai latar belakang mereka baik dalam bentuk tulisan mahupun lisan, kebanyakan hipotesis tentang sejarah awal migrasi masyarakat ini didasarkan kepada penemuan dalam teori linguistik perbandingan terhadap bahasa Roma yang dituturkan mereka.[46] Malah, tidak ada catatan mengenai penghijrahan dari India ke Eropah dari zaman Pertengahan yang boleh dihubungkaitkan dengan masyarakat ini. [47]

Kajian terhadap bahasa yang dituturi masyarakat Roma mendapati bahawa bahasa tersebut terbentuk di subbenua India: bahasa masyarakat ini mempunyai ciri-ciri tatabahasa yang mirip bahasa-bahasa di rantai tersebut serta penbendaharaan kata asas (misalnya: mengenai bahagian tubuh badan atau rutin seharian). [48] terutamanya dengan bahasa-bahasa Hindi dan Punjabi. Ia berkongsi banyak ciri fonetik dengan bahasa Marwari, sementara tatabahasa ia paling dekat dengan bahasa Benggali.[49]

Suatu kajian genomik bertarikh tahun 2012 mendapati masyarakat ini berhijrah ke kawasan Balkan seawal abad ke-12.[50] Terdapat catatan bersejarah terawal penghijrahan masyarakat ini oleh orang Barat ke tenggara benua Eropah pada 1322, di mana seorang rahib pengikut Francsiscus dari pulau Ireland bernama Symon Semeonis menemui sekumpulan daripada golongan tersebut di bandar Candia (kini Heraklion) di pulau Kriti ketika bersinggah dalam perjalanan ziarahnya ke Jerusalem.

Zaman Pertengahan

Pasca-zaman Pertengahan

Semasa pemerintahan Maharani Maria Theresia dalam Kerajaan Habsburg dari tahun 1740 hingga 1780, terdapat beberapa perintah dikeluarkan yang memaksa masyarakat ini menetap secara kekal, menghapuskan hak milik kereta kuda (1754) pengerahan belia mereka dalam tentera kerajaan sekiranya tiada kerja berdagang (1761), pendaftaran paksaan dengan pihak kerajaan (1767), serta pengharaman perkahwinan sesama kaum (1773). Maharaja Josef II yang menggantikan baginda pula melarang pemakaian tradisi serta penuturan bahasa mereka yang boleh dikenakan hukuman sebat.[51]

Pelaksanaan sama turut dilakukan di Sepanyol seawal 1619 malah lelaki dan wanita Gitano dihantar untuk memisahkan rumah kerja dan anak-anak mereka yang dihantar ke rumah asuhan; namun keadaan menjadi kurang tegang dengan naiknya takhta Raja Carlos III di mana baginda mengisytiharkan mereka mempunyai hak yang sama sebagai warga Sepanyol serta menghapuskan dasar penindasan rasmi terhadap kaum tersebut lalu mengalakkan integrasi dalam pertubuhan dan perjumpaan rasmi.[52][53] Dasar-dasar Raja tersebut walau bagaimanapun gagal kerana kurangnya pelaksanaannya di luar bandar-bandar utama serta perasaan kebencian meluas dalam kalangan penduduk Sepanyol terhadap masyarakat itu.[51][54]

Perang Dunia Kedua

Penindasan terhadap masyarakat ini memuncak pada Perang Dunia Kedua bermula dengan pelucutan kewarganegaraan mereka pada tahun 1935 melalui undang-undang Nuremberg Jerman Nazi. Penduduk Roma setempat lama-kelamaan ditahan sebelum ada yang dihapuskan di tapak-tapak khusus semasa Holokus bukan sahaja di Jerman tetapi juga di negara-negara sekutu termasuk Croatia, Romania dan Hungary; insiden pembasmian kaum ini turut mendapat nama tersendiri iaitu Porajmos.

Keadaan semasa

Masyarakat ini pada zaman kini sering dikaitkan tidak sahaja dengan kemiskinan malah disalahkan sebagai punca kadar jenayah tinggi hasil prasangka selebih penduduk sebagai antisosial atau tidak sesuai. [55] Faktor ini dilihat sebagai sebab masyarakat ini sering menjadi mangsa diskriminasi.[56][57] namun ada usaha sedang dilakukan untuk mengatasi masalah sebegitu.[58] Amnesty International melaporkan keadaan berterusan Antizigan diskriminasi semasa abad ke-20, terutamanya di Romania, Serbia,[59] Slovakia,[60] Hungary,[61] Slovenia,[62] dan Kosovo.[63] Pihak Kesatuan Eropah telah mengakui bahawa diskriminasi terhadap masyarakat ini mesti ditangani, dan dengan strategi integrasi Roma nasional mereka menggalakkan negara-negara anggota untuk bekerja ke arah mengintegrasikan Romani secara meluas serta menegakkan hak-hak asasi mereka sebagai sebahagian warga dalam kesatuan ini. [64]

Rujukan

WikiPedia: Orang_Roma http://romafacts.uni-graz.at/index.php/history/gen... http://rombase.uni-graz.at//cgi-bin/art.cgi?src=da... http://rombase.uni-graz.at//cgi-bin/artframe.pl?sr... http://censusresults.nsi.bg/Census/Reports/2/2/R7.... http://www.nsi.bg/bg/content/12037/basic-page/%D0%... http://www.dhnet.org.br/direitos/sos/ciganos/a_pdf http://www.britannica.com/topic/Rom http://www.csmonitor.com/World/Europe/2008/0213/p0... http://www.ethnologue.com/language/rmy http://www.euractiv.com/security/situation-roma-fr...