Pandemik_COVID-19_di_Asia_Tenggara
Pandemik_COVID-19_di_Asia_Tenggara

Pandemik_COVID-19_di_Asia_Tenggara

Pandemik COVID-19 mula merebak di Asia Tenggara pada 13 Januari 2020 iaitu merupakan kes pertama dari Thailand. Mangsa merupakan seorang pelancong wanita dari Hubei, China berumur 61 tahun. Mangsa telah dimasukkan ke hospital di Nonthaburi pada 8 Januari 2020 dan disahkan positif pada 13 Januari 2020[1]. Sehingga 21 Mac 2020, semua negara di Asia Tenggara telah merekodkan sekurang-kurangnya satu kes COVID-19. Sehingga 10 Mei 2020, Singapura telah merekodkan jumlah kes positif COVID-19 yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu 23,336 kes dengan 20 kematian, Indonesia merekodkan 14,032 kes dengan kematian tertinggi di Asia Tenggara iaitu 973 kematian, Filipina merekodkan 10,794 kes dengan 719 kematian, Malaysia merekodkan 6,656 kes dengan 108 kematian, Thailand merekodkan 3009 kes dengan 56 kematian, Vietnam merekodkan 288 kes dan sifar kematian, Myanmar merekodkan 180 kes dengan 6 kematian, Brunei Darussalam merekodkan 141 kes dengan 1 kematian, Kemboja merekodkan 122 kes dengan sifar kematian, Timor Leste merekodkan 24 kes dengan sifar kematian dan Laos yang merekodkan jumlah kes paling sedikit di Asia Tenggara iaitu 19 kes dengan sifar kematian.