Latarbelakang Pasukan_Baki

Ketiga-tiga adik beradik ini begitu mahir dalam serangan jarak jauh di mana; Gaara menggunakan pasir khas yang berada di dalam ketutu yang dibawanya, Kankuro pula mahir menggunakan patung boneka beracun dan Temari pula menggunakan kipas besar yang dibawanya untuk emnghasil arus angin kencang ketika bertarung.

Di dalam Bahagian I siri Naruto, Pasukan Baki telah mengambil bahagian dalam Peperiksaan Chūnin di Konoha. Walaupun mereka sebenarnya dianggap calon dan prospek untuk menjadi chūnin, namun mereka sebenarnya sedang menunggu gerakan menakluk Konoha oleh ninja-ninja dari Otogakure. Beberapa ketika selepas misi menakluk Konoha gagal disempurnakan, pasukan tersebut telah dibubarkan dan ketiga-tiga mereka telah dilantik sebagai anggota rasmi dalam pentadbiran di Sunagakure.

Kemudian, di dalam Bahagian II, Kazekage kampung Sunagakure iaitu Gaara; beserta Temari dan Kankurō serta pengawal khas daripada ninja-ninja jōnin berkumpul dan mula bergerak ke Persidangan Lima Kage.

Media
Filem
Permainan video
Watak
Utama
Sampingan
Puak
Keluarga
Khas
Latar Geografi
Kelengkapan
Keupayaan
Lain-lain
Berkaitan