Sejarah Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Jerman

Sejarah awal

Antara tahun 1899 dan 1901 terdapat lima perlawanan antarabangsa tidak rasmi yang melibatkan pasukan pilihan Jerman dan Inggeris di mana kesemuanya berkesudahan dengan kekalahan besar Jerman. Lapan tahun setelah penubuhan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), perlawanan rasmi pertama menentang Switzerland telah diadakan pada 5 April 1908 di Basel. Keputusan perlawan tersebut memihak kepada Switzerland dengan 5-3. Para pemain telah dipilih sendiri oleh DFB kerana ketiadaan jurulatih pada ketika itu.

Otto Nerz, seorang guru sekolah dari Mannheim merupakan jurulatih pertama pasukan kebangsaan dan telah berkhidmat dari tahun 1923 sehingga 1936. Jerman berjaya memenangi tempat ketiga pada penyertaan sulung mereka di Piala Dunia 1934. Dua tahun selepas itu, Sepp Herberger mengambil alih tugas sebagai jurulatih]]. Dalam Kejohanan Piala Dunia 1938, beberapa orang pemain dari Austria telah mewakili pasukan Jerman selepas Austria dimasukkan ke dalam Jerman selepas Anschluss. Mereka telah disingkirkan pada pusingan pertama, satu-satunya pencapaian terburuk Jerman di Piala Dunia.


Pasca Perang Dunia

Jerman Timur 1949–1990

Pada 1949, sosialis Republik Demokrat Jerman telah dibentuk di kawasan bawah penguasaan Soviet di bahagian timur Jerman. Dari 1952 dan seterusnya diwakili oleh persatuan bola sepak (FA) sendiri dan Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman Timur. Jerman Timur ialah satu-satunya pasukan yang mampu menewaskan pasukan Jerman Barat yang telah memenangi Piala Dunia 1974, peristiwa yang sangat simbolik bagi kedua-dua belah pihak. Jerman Timur telah memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 1976. Selepas tembok Berlin diruntuhkan pada tahun 1989, GDR dibubarkan dan Neue Bundesländer menyertai Republik Persekutuan Jerman ketika panyatuan Jerman pada 1990, manakala kelab-kelab bola sepak dan para pemain menyertai DFB.

Das Wunder von Bern

Pada Piala Dunia 1954, Jerman Barat yang diketuai oleh Fritz Walter, bertemu dengan pasukan yang pernah menentang mereka dalam perlawanan persahabatan seperti Turki, Yugoslavia dan Austria. Ketika menentang pasukan pilihan, Hungary, pada peringkat kumpulan, jurulatih Jerman, Sepp Herberger, tidak menyenaraikan pemain-pemain utama beliau kerana mereka masih mampu melayakkan diri ke peringkat seterusnya walaupun kalah, sekaligus menyelamatkan mereka daripada kekalahan memalukan 3-8 di tangan Hungary. Jerman Barat akan bertemu kembali dengan Hungary pada perlawanan akhir, bersemuka dengan pasukan legenda Mighty Magyars, yang sedang memegang rekod 32 perlawanan berturut-turut tanpa kalah, rekod yang masih belum dipecahkan sehingga kini. Dalam situasi yang agak mengejutkan, Jerman Barat mengejar kembali kedudukan mata setelah ketinggalan 2-0 dan seterusnya memenangi perlawanan menerusi gol oleh Helmut Rahn ketika perlawanan berbaki enam minit sahaja lagi. Kejayaan tersebut digelar "Keajaiban Bern" (Das Wunder von Bern). Kemenangan mengejutkan itu menerbitkan suasana gembira di seluruh Jerman yang masih berpecah-belah akibat peperangan. Kejayaan merangkul kejuaraan tersebut dikatakan telah memainkan peranan yang penting dalam pengukuhan ideologi penubuhan Republik Bersekutu Jerman pasca perang.

Kekalahan memedihkan: "Gol Wembley" dan "Perlawanan Abad ini"

Selepas menamatkan saingan di tempat keempat pada 1958 dan sampai ke peringkat suku akhir pada 1962, Helmut Schön mengambil alih tempat sebgai jurulatih pada 1964. Pada 1966, Jerman Barat sampai ke peringkat akhir, menentang tuan rumah England di Satdium Wembley. Jaringan minit akhir Wolfgang Weber membawa permainan ke masa tambahan, tetapi dua jaringan Geoff Hurst berjaya melengkapkan hatrik, memberi England kemenangan 4-2. Jaringan masa tambahan pertama oleh Hurst, (nama samarannya "Wembley-Tor" (gol Wembley ) di Jerman, masih kekal kontroversi sehingga ke hari ini. Ramai peminat Jerman menyatakan bahawa jaringan tersebut tidak betul, menyalahkan penjaga garisan, dan hasil kajian oleh Universiti Oxford pada 1995 dengan menggunakan video televisyen yang dianalisis menggunakan komputer merumuskan bahawa jaringan itu tidak melebihi garisan gol. Walau bagaimanapun, jaringan penyamaan oleh Weber merupakan satu kontroversi, dengan bola menuju dan terkena tangan pemain Jerman semasa bola tersebut berlegar di kawasan penalti England sebelum beliau menjaringkan bola itu masuk ke dalam gawang gol.

Jeman Barat mengalami derita apabila kalah pada masa tambahan di 1970, kali ini kalah pada peringkat separuh akhir kepada Itali di Stadium Estadio Azteca. Karl-Heinz Schnellinger menjaringkan gol pada masa-masa kecederaan untuk mengikat kedudukan 1-1, dan semasa masa tambahan, berjaya mempertahankan kedudukan masing-masing, sementara Der kaizer (Franz Beckenbauer) masih bermain dengan bahu yang tercedera, tangannya didikat ke badanya. Tanpa diduga Itali menang 4-3, perlawanan ini yang dianggap penuh dramatik dalam sejarah Piala Dunia, dan ia dipanggil Jahrhundertspiel (Permainnan abad ini) di Jerman. Jerman Barat mendapat tempat ketiga selepas membenamkan Uruguay dengan jaringan 1-0, dan Gerd Müller menamatkan saingan pada kejohanan tersebut dengan memenangi penjaring terbanyak dengan 10 gol.

Gelaran Piala Dunia di tanahair

Pada 1971, Franz Beckenbauer menjadi ketua pasukan, dan membawa Jerman Barat ke arah kegemilangan dengan menjadi juara Eropah dan juara dunia. Mereka memulakan langkah berjayanya dengan memenagi Kejuaraan Eropah untuk kali pertamanya pada Euro 72, selepas mengalahkan Soviet Union 3-0 pada perlawanan akhir. Kemudian mereka menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia 1974. Mereka berjaya mendapat gelaran kedua Piala Duniauntuk negaranya, selepas membenam Belanda 2-1 pada perlawanan akhir di Olympiastadion.

Dua perlawanan pada kejohanan itu(Piala Dunia 1974) memihak kepada Jerman Barat. Perlawanan peringkat kumpulan menyaksikan pertembungan politik antara Barat dan Jerman Timur, dimana Timur menang 1-0. Perlawanan lain ialah perlawanan akhir menentang pasukan Belanda yang diketuai oleh Johan Cruijff dengan corak permainan Total Football. Ia bermula penuh drama dengan Cruijff berjaya menembusi petak penalti Jerman Barat diikuti dengan larian solo, dan menyebabkan Belanda mendahului dengan penaltiand sebelum pemain Jerman Barat menyentuh bola dengan seminit telah berlalu semasa perlawanan bermula. Walau bagaimanapun, Jerman Barat berjaya mengikat kedudukan melalui penalti oleh Paul Breitner, dan memenangi perlawanan dengan jaringan oleh Gerd Müller sebelum tamat separuh masa pertama. Gol kedua oleh Müller dikatakan offside.

Akhir 1970an dan awal 1980an

Jerman Barat gagal mempertahankan dua kejuaraan besar. Pertama mereka kalah kepada Czechoslovakia pada perlawanan akhir Euro 76 delam penentuan penalti 5-3, selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2. Selepas itu, pada Piala Dunia 1978, mereka disingkirkan pada pusingan kedua selepas kalah 3-2 kepada Austria. Schön bersara sebagai jurulatih selepas itu, dan tempat itu diisi oleh pembantunya, Jupp Derwall.

Kejohanan pertama bawah kendalian Derwall agak membanggakan, mereka memenangi Euro 80 selepas membenam Belgium 2-1 pada perlawanan akhir, memenangi kejuaraan Eropah mereka yang kedua. Selepas itu, Jerman Barat berjaya mara ke Piala Dunia 1982 tanpa sebarang kesulitan. Mereka dikecewakan dengan keputusan 2-1 oleh Algeria semasa perlawanan pertama, namun berjaya melepasi pusingan kedua dengan kemenangan kontroversi dengan jaringan 1-0 keatas Austria. Kedua-dua pasukan berjaya mara selepas berjaya membenam Algeria. Kemudian, dalam perlawanan separuh akhir menentang Perancis, mereka berjaya mendahului dengan jaringan 3-1. Kemudian mereka perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan. Jerman Barat menang menerusi penalti 5-4. Pada perlawanan akhir, mereka dengan mudah ditewaskan oleh Itali dengan jaringan 3-1.

Kejayaan Beckenbauer sebagai jurulatih

Selepas tersingkir pada pusingan pertama UEFA Euro 84, Franz Beckenbauer kembali ke pasukan kebangsaan dan menggantikan tempat Derwall sebagai jurulatih. Pada Piala Dunia 1986, Jerman Barat berjaya menamatkan saingan sebagai naib johan, selepas mengalahkan Perancis 2-0 dalam separuh akhir, tetapi kalah kepada pasukan yang dipimpin oleh Diego Maradona, Argentina 3-2 semasa perlawanan akhir. Pada Euro 88, harapan Jerman Barat untuk memenangi piala itu di laman sendiri telah digagalkan oleh Belanda. Belanda seperti membalas dendam akiat kekalahan mereka di perlawanan akhir 1974 dengan mengalahkan mereka 2-1 pada separuh akhir.

Pada Piala Dunia 1990, Jerman Barat berjaya memenangi piala dunia mereka yang ketiga selepas dua kejohanan menjadi naib johan. Diketuai oleh Lothar Matthäus sebagai kepten, rentak kejayaan mereka menyerlah dengan membenam Yugoslavia (4-1), UAE (5-1), peserta 1974, Belanda (2-1), Czechoslovakia (1-0), dan England (1-1, 4-3 pada penentuan penalti) semasa laluan mereka ke perlawanan akhir menentang Argentina. Dalam perlawanan yang membosankan, Jerman Barat menang 1-0 dengan jaringan penalti oleh Andreas Brehme pada minit ke-85. Beckenbauer, yang memenangi Piala Dunia sebagai ketua pasukan pada 1974, menjadi orang kedua selepas Mário Zagallo memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan juga jurulatih.

Keputusan becampur dalam 1990an

Selepas kemenangan pada Piala Dunia 1990, penolong jurulatih Berti Vogts mengambil alih tugas daripada Beckenbauer sebagai jurulatih kebangsaan. Tambahan pula, dengan penggabungan Penggabungan Jerman bermaknapemain daripada Jerman Timur, seperti Matthias Sammer dan Ulf Kirsten, boleh mewakili pasukan Jerman Barat sebagai Jerman yang bersatu. Pada Euro 92, Jerman berjaya mara ke perlawanan akhir, tetapi kalah 2-0 kepada juara baru Denmark. Sebagai juara bertahan dalam Piala Dunia 1994, mereka dikecewakan dengan kekalahan 2-1 ada suku akhir kepada Bulgaria selepas mendahului.

Jerman menang kejuaraan terbesar sebagai sebuah negara bersatu pada Euro 96, menjadi juara eropah untuk kali ketiga. Mereka membenam England, yang juga tuan rumah pada masa itu. Perlawanan tersebut disudahi dengan penentuan sepakan penalti (6-5, selepas seri 1-1) pada separuh akhir, dan menghampakan Republik Czech 2-1 semasa perlawanan akhir, perlawananakhir yang dijaringkan menerusi gol emas oleh Oliver Bierhoff. Walau bagaimanapun, semasa Piala Dunia 1998, Jerman disingkirkan oleh pasukan kurang ternama ketika itu semasa suku akhir, dengan keputusan 3-0 oleh Croatia. Vogts mengundur diri dan digantikan oleh Erich Ribbeck.

Menjelang abad ke-21

Menjelang abad ke-21, kedudukan Jerman sebagai salah satu pasukan tersohor di dunia dan sebagai pasukan yang selalu melayakkan diri ke pusingan seterusnya semakin tergugat hasil siri keputusan perlawanan yang mengecewakan. Pada Euro 2000, mereka telah disingkirkan pada pusingan pertama setelah gagal untuk memenangi kesemua tiga perlawanan mereka termasuk kekalahan memalukan 3-0 di tangan pasukan pilihan kedua Portugal. Rudi Völler telah menggantikan Ribbeck sebagai jurulatih, di mana pada asalnya sebagai jurulatih sementara dan kemudiannya dilantik menjadi jurulatih tetap setelah Christopher Daum, jurulatih yang bakal mengambil alih tugas terlibat dalam skandal dadah.

Apabila bermulanya Piala Dunia 2002, kepercayaan yang diberikan kepada pasukan ini menurun, berikutan keputusan buruk mereka semasa peringkat kelayakan, termasuk kekalahan di laman sendiri 5-1 menentang England. Namun, mereka bermula garang dengan menghancurkan Arab Saudi 8-0 semasa perlawanan pertama mereka di kejohanan tersebut. Di peringkat seterusnya, mereka menghasilkan tiga kemenangan dengan jarinagan 1-0, menentang Paraguay, Amerika Syarikat, dan tuan rumah bersama Korea Selatan, dan bertemu dengan Brazil pada perlawanan akhir. Perlawanan Piala Dunia pertama mempertemukan dua pasukan yang paling berjaya dalam sejrah Piala Dunia. Walau bagaimanapun, dengan kehilangan pemain yang sangat penting bagi pasukan ini, Michael Ballack, yang digantung perlawanan akibat mendapat dua kad kuning, Jerman kalah 2-0. Penjaga gawang, Oliver Kahn telah diundi sebagai Pemain Terbaik Kejohanan, mencipta sejarah apabila penjaga gawang pertama dianugerahkan gelaran tersebut dalam sepanjang Piala Dunia berlangsung sejak 1930. Anugerah tersebut diiringi dengan Anugerah Yashin sebagai penjaga gawang terbaik.

Malangnya, Jerman gagal mengekalkan prestasi mereka seperti tahun 2002, dan kegagalan Jerman semasa pusingan pertama pada Euro 2004 dengan tidak memenangi kesemua perlawanan. Völler meletak jawatan selepas itu, dan pasukan negara ini terpaksa mencari jurulatih baru mereka dalam jangka masa enam tahun, selepas mempunyai enam orang jurulatih dalam jangka masa 75 tahun. Selepas calon yang sesuai antaranya Ottmar Hitzfeld dan Otto Rehhagel meletak jawatan, bekas pemain kebangsaan mereka, Jürgen Klinsmann, yang tidak pernah mempunyai pengalaman menjadi jurulatih sebelum ini, dipanggil untuk mengendali pasukan ini. Dengan tugas utamanya untuk membawa pasukan negara ini ke prestasi terbaik dalam Piala Dunia 2006, dimana Jerman gagal untuk mengulangi pencapaian mereka semasa menjadi tuan rumah pada 1974.

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Jerman http://www.cokecans.com/can/237-Euro-1996-Fur-Alle... http://www.rsssf.com/tablesd/duit-intres.html http://fifaworldcup.sporati.com http://www.dfb.de/dfb-team/nationalteam/statistik/... http://www.dfb.de/index.php?id=500395&action=showM... http://www.kicker.de/news/fussball/nationalelf/723... http://www.jadransport.org/articles/2377.html https://www.fifa.com/fifa-world-ranking/ranking-ta... https://www.dfb.de/news/detail/finaler-wm-kader-lo...