Sejarah Perayaan_Duan_Wu

Patung gergasi Qu Yuan (屈原) di hadapan Sungai Bandar Ying (郢都), ibu negara (首都) kepada Negara Chu (楚国) yang sekarang dikenali sebagai Bandar Jingzhou (荆州市), Hubei (湖北省), Republik Rakyat China, sebelum ia dipindah ke tempat baru pada 23 Januari 2014[18]Sungai Miluo (汨罗江), berwarna jingga

Terdapat beberapa teori mengenai asal usul untuk "Perayaan Duan Wu". Yang paling terkenal ialah untuk mengingati seorang pada zama dahulu yang bernama Qu Yuan (Hanzi: 屈原; lahir: 343 SM atau 340 SM ; mati: 278 SM) adalah seorang warganegara, golongan bangsawan (贵族), dan penyair (诗人) daripada Negara Chu (楚国)[2][3][14][19][20].

Dia adalah seorang menteri yang berbakat dan setia pada negaranya, banyak memberikan ide untuk memajukan Negara Chu, juga disayangi oleh orang rayat. Dia ingin Negara Chu bersatu dengan Negara Qi (齐国) untuk memerangi Negara Qin (秦国). Namun, raja Negara Chu tidak suka Qu Yuan dan dia telah dibuang dari Negara Chu pada tahun 293 SM.

Pada tahun 278 SM, Bandar Ying (郢都), ibu negara (首都) kepada Negara Chu telah dimusnahkan oleh Bai Qi (白起), seorang Jeneral (将军) dari Negara Qin dan semua penduduk bandar telah dibunuh. Berita ini telah menakutkan Qu Yuan karena dia bimbang untuk masa depan Negara Chu dan kemudian bunuh diri dengan melompat ke Sungai Miluo (汨罗江) pada Bulan Kelima Hari Kelima dalam Kalendar Cina.

Rakyat Negara Chu kemudian merasa sedih. Mereka pergi ke sungai tersebut untuk mencarikan Qu Yuan tetapi mereka gagal. Selepas itu, mereka melemparkan nasi pulut yang dibungkus dengan daun (Zongzi 粽子) ke dalam sungai daripada perahu yang telah dicat seperti seekor naga (Perahu Naga 龙舟) supaya haiwan-haiwan yang berada di kawasan sungai tersebut tidak mengganggukan badan Qu Yuan[2][21].

Pada tahun 223 SM, Negara Qin telah berjaya untuk menghapuskan Negara Chu dan pada tahun 221 SM untuk Negara Qi. Selepas itu Qin Shi Huang, raja kepada Negara Qin telah mengisytiharkan dirinya sebagai "Maharaja Pertama" dan Negara Qin sebagai "Empayar Dinasti Qin (嬴秦帝国)"[3].

Rujukan

WikiPedia: Perayaan_Duan_Wu http://news.jznews.com.cn/system/2014/01/23/011314... http://www.gov.cn/gongbao/content/2008/content_859... http://m.gs5000.cn/gs/lishirenwu/14052.html http://en.people.cn/90782/8281301.html http://xh.5156edu.com/html5/99872.html http://www.huangkitchen.com/nyonya-rice-dumplings http://www.huangkitchen.com/red-bean-alkaline-wate... http://www.pref.kagoshima.jp/af09/foreign/japanese... http://www.korea.net/NewsFocus/Culture/view?articl... https://www.chinesefolklore.org.cn/web/index.php?N...