Demografi Pulau_Taiwan

Orang asli Taiwan

Jumlah penduduk ROC dijangka pada tahun 2005 sebanyak 22.9 juta, dan kebanyakannya menduduki di Taiwan. Lebih kurang 98 peratus daripada jumlah penduduknya adalah berbangsa China Han dan 84 peratus daripadanya adalah keturunan pendatang awal Han yang dikenali sebagai "penduduk asal" (c: 本省人; p: Bensheng ren; harfiah: "orang tempatan wilayah"). Kelompok ini mengandungi dua subkumpulan:

  • orang Fujian Selatan (terdiri daripada 70 peratus jumlah penduduk) yang berhijrah dari pantai persisiran Fujian Selatan di tenggara tanah besar China; dan
  • orang Hakka (15% daripada jumlah penduduk) yang pada asalnya, berhijrah ke Guangdong di selatan dan kawasan sekelilingnya serta ke Taiwan di mana kebanyakan daripada mereka berkahwin dengan orang asli Taiwan.

Ketinggalan 14 peratus adalah orang China Han yang dikenali sebagai orang tanah besar (外省人; Waisheng ren; harfiah: "orang luar wilayah") dan terdiri daripada keturunan pendatang yang tiba selepas Perang Dunia II. Kumpulan ini melarikan diri dari tanah besar China pada 1949 selepas kekalahan Kuomintang di Perang Saudara China. Dalu ren (大陸人) merujuk kepada penduduk Tanah Besar China. Kumpulan ini mengecualikan hampir kesemua orang Taiwan, termasuknya orang tanah besar China, tetapi termasuk pendatang yang baru dari tanah besar China, umpamanya mereka yang menjadi warganegara Republik China melalui perkahwinan.

Yang lagi 2 peratus daripada penduduk Taiwan yang berjumlah lebih kurang 440,000 adalah orang asli Taiwan (原住民; yuánzhùmín; harfiah: "penduduk asal"), yang dibahagikan kepada 12 kumpulan utama: Ami, Atayal, Paiwan, Bunun, Puyuma, Rukai, Tsou, Saisiyat, Yami, Thao, Kavalan dan Taroko.

Bahasa

Kebanyakan penduduk Taiwan yang dilahirkan selepas akhir 1950-an boleh bertutur dalam bahasa Mandarin yang telah menjadi bahasa perantaraan di sekolah selama lebih daripada empat dekad. Sebahagian besar daripada penduduknya juga boleh bertutur dalam bahasa Taiwan, sejenis kelainan Min-nan. Orang Hakka mempunyai loghat yang berbeza. Pada antara 1900 dan 1945, bahasa Jepun adalah bahasa perantaraan di sekolah, dan ramai orang Taiwan yang dididik pada masa itu boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Jepun.

Biasanya, sekolah Taiwan juga mengajar dalam bahasa Inggeris dan menghasilkan sebuah negara yang tribahasa. Ramai lagi penduduk yang boleh berbahas dalam lebih banyak bahasa. Romanisasi bahasa Cina di Taiwan menggunakan kedua-dua Tongyong pinyin yang diamalkan oleh kerajaan nasional, dan Hanyu pinyin yang digunakan di beberapa kawasan. Sistem Wade-Giles juga diguna mengikut tradisi.Datuk Bandar Ma Ying-jeou baru-baru ini berjaya dalam pertukaran kesemua nama lebuh raya di Taipei ke bentuk Hanyu, walaupun kebanyakan romanisasi di bandar raya yang lain masih menggunakan Tongyong. Kebanyakan kelompok orang asli di Taiwan mempunyai bahasa masing-masing dan berbeza dengan bahasa Taiwan dan Hakka, bahasa itu bukan tergolong dalam rumpun bahasa Cina, tetapi tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia.

Agama

Lebih kurang setengah daripada penduduk ROC beragama, dan kebanyakannya merupakan penganut agama Buddha atau agama Taoisme. Kepercayaan kepada agama orang kebanyakan juga tersebar luas, dan ramai orang mengamalkan penggabungan ketiga-tiga agama. Konfusianisme adalah mazhab dan tatetika yang dikurniai. Gereja Kristian telah lama giat di Taiwan. Sebahagian besar daripada gereja-gereja ini adalah Prostestan, dengan Presbyterian memainkan peranan yang penting. Islam mengalami perkembangan di Taiwan, kurang lebih ada 50 ribu penduduk Taiwan yang muslim dan ada 120 ribu tenaga kerja asing yang kebanyakan berasal dari Indonesia yang muslim.