Sejarah Pulau_Taiwan

Rencana utama: Sejarah Taiwan

Zaman prasejarah dan penempatan awal

Monolit Puyuma yang berbentuk bulan, l.k. 1896

Bukti menunjukkan bahawa penempatan manusia di Taiwan wujud sejak 30,000 tahun dahulu, walaupun penduduk-penduduk pertama di Taiwan mungkinnya berbeza secara genetik daripada kelompok-kelompok lain yang kini berada di pulau ini. Pada 4,000 tahun dahulu, nenek moyang orang asli Taiwan menetap di Taiwan. Mereka dikaitkan secara genetik dengan orang Melayu dan Polinesia, dan ahli bahasa mengelaskan bahasa mereka sebagai bahasa Austronesia. Rekod-rekod menunjukkan bahawa orang Cina Han menetap di Penghu sejak 1100-an, tetapi baru sehingga kemudian bahawa penduduk lain selain orang asli kekal menetapi di pulau utama Taiwan.

Rekod daripada China purba menunjukkan bahawa orang Cina Han mungkin mengetahui wujudnya pulau utama Taiwan sejak tempoh Tiga Kota (Three Kingdoms) (abad ke-3). Mereka telah menggelarkan pulau luar pesisir yang berdekatan seperti "Greater" dan "Minor Liuqiu" (Ryukyu) walaupun tiadanya sebarang nama yang merujuk kepada pulau utama Taiwan. Telah didakwa tanpa ditentusah bahawa Laksamana Zheng He daripada Dinasti Ming pernah melawat Taiwan di antara tahun 1403 dan 1424.

Pada abad ke-15, sebuah kapal Portugal ternampak pulau utama Taiwan dan menggelarkannya sebagai "Ilha Formosa", yakni "Pulau Indah" dalam bahasa mereka. Walau bagaimanapun, pihak Portugis tidak cuba menjajah Taiwan. Pada 1624, pihak Belanda mengasaskan sebuah pangkalan dagangan di Taiwan dan bermula mengimportkan buruh-buruh dari Fujian dan Penghu. Kebanyakan buruh tersebut kemudian menetap di sana. Pihak Taiwan menjadikan Taiwan sebagai sebuah tempat jajahan dengan menempatkan ibu negeri di Tainan.

Koxinga dan pemerintahan Empayar Cina

Tentera laut dan trup Ming yang diketuai oleh Cheng Cheng-Kung (juga digelarkan Koxinga) menewaskan pihak Belanda dan kemudiannya memecatkan kerajaan dan tenteranya di pulau pada 1662. Cheng adalah seorang lanun yang menjadi komander tentera laut. Selepas kejatuhan Dinasti Ming, Cheng berundur ke Taiwan dan mengasaskan Kerajaan Tungning (1662-1683) dengan ibu negerinya di Tainan. Mengakui sendiri sebagai seorang yang taat setia kepada Dinasti Ming, beliau dan warisnya meneruskan serangan dari Taiwan pada pantai pesisiran timur tanah besar China walaupun China kemudiannya diambilalih oleh Dinasti Qing.

Pada 1683, Dinasti Qing menewaskan Cheng, dan secara rasminya mengilhakkan Taiwan dan meletakkannya di bawah kuasa wilayah Fujian. Mengikuti penewasan cucunda lelaki Cheng oleh sebuah armada yang diketuai oleh Laksamana Shi Lang, anak buah Cheng dihalau ke kawasan yang paling jauh dalam Empayar Qing dengan ketinggalan lebih kurang 7,000 orang Han di Taiwan.

Kerajaan Qing mengendalikan dasar Taiwan supaya mengurangkan kegiatan melanun dan hidup bergelandangan di kawasan. Oleh sebab itu, satu siri edik bagi menguruskan immigrasi dan hak tanah orang asli. Pendatang tanpa izin dari Fujian masih memasuki Taiwan sebagai penyewa tanah-tanah orang asli yang begitu luas dibawah perjanjian yang biasanya melibatkan perkahwinan, sedangkan sempadan di antara tanah yang kena membayar cukai dan tanah "orang liar" semakin ditolak ke timur. Sebilangan orang asli "dicinakan" sedangkan yang lain berundur ke gunung-ganang. Pada waktu itu, terdapat beberapa pertempuran di kalangan orang Cina Han dari pelbagai kawasan di China, dan juga di antara orang China Han dan orang asli. Kebanyakan penduduk Taiwan kini yang mengganggapkan diri sebagai "penduduk asal" menuntut keturunannya daripada penghirah tersebut.

Pada 1887, kerajaan Qing membentukkan Taiwan sebagai wilayah tersendiri, yakni yang ke-20 di negeri, dengan ibu negerinya di Taipei. Tindakan ini diiringi oleh kempen pemodenan yang merangkumi pembinaan lantasan kereta api yang pertama dan permulaan perkhidmatan pos di Taiwan.

Bangunan yang sekarang dikenali sebagai Pejabat Presiden ROC pada asalnya dibina sebagai Pejabat Gabenor Jeneral oleh kerajaan jajahan Jepun.

Pemerintahan jajahan Jepun

Selepas penewasannya di Perang China-Jepun (1894-1895), China Qing menyerahkan Taiwan dan Penghu (the Pescadores) kepada pihak Jepun secara kekal melalui syarat-syarat yang diputuskan oleh pihak Jepun. Penduduk-penduduk yang masih ingin menjadi rakyat Qing diberikan tempoh tangguh selama dua tahun untuk menjual hartanya dan berpindah ke tanah besar.

Pada 25 Mei, 1895, Republik Taiwan diasaskan dengan nama "Sentiasa Qing" ("Forever Qing"), dengan ibu negerinya di Tainan], untuk menentang pemerintahan Jepun. Tentera Jepun memasuki ibu negeri dan mematahkan tentangan pada 21 Oktober 1895.

Bertentangan dengan tempat-tempat lain di Asia, Jepun cuba menggunakan Taiwan sebagai sebuah tanah jajahan contoh dan memainkan peranan penting dalam proses perindustrian pulau; mereka memanjangkan lantasan kereta api yang dibina pada akhiran pemerintahan Qing, membina sistem sanitasi dan sistem pendidikan awam di antaranya. Walaupun demikian, penduduk-penduduk yang bertutur dalam bahasa Cina dikelaskan sebagai penduduk taraf kedua dan ketiga. Keganasan secara besar-besaran berterusan pada dekad pertama pemerintahan.

Pada lebih kurang tahun 1935, pihak Jepun memulakan projek asimilasi seluruh pulau bagi mengukuhkan hubungan pulau dengan Empayar Jepun.

Pada tahun 1945, hanya sebentar sebelum Jepun kalah dalam Perang Dunia II, usaha terakhir diambil untuk menggabungkan perwakilan popular Taiwan dalam Diet Jepun dan menjadikan Taiwan sebagai sebahagian yang penting di negeri Jepun.

Pemerintahan Jepun ditamatkan dengan penewasannya di Perang Dunia II. Penandatanganan Surat Cara Penyerahan (Instrument of Surrender) pada 15 Ogos, 1945 memerintah kepulangan Taiwan kepada negeri China sebagai salah satu daripada tujuan Kuasa Bersekutu dalam pengisytiharan masa perang. Pada 25 Oktober, 1945, trup ROC yang mewakili Perintah Bersekutu, menerima penyerahan kalah oleh tentera Jepun secara rasmi di "Taihoku" (kini digelar Taipei). Walau bagaimanapun, disebabkan Perang Saudara China di antara Kuomintang (KMT) dan Komunis Cina, Perjanjian Perdamaian San Francisco pada tahun 1951 di antara Jepun dan Kuasa Bersekutu gagal dalam pemilihan penerima kedaulatan Taiwan.

Zaman Republik China

Wakil Dewan Undangan Nasional Taiwan dengan Chiang Kai-shek pada tahun 1946. Tiada buktinya bahawa penduduk Taiwan memilih wakil-wakil tersebut.

Pentadbiran ROC diumumkan pada 25 Oktober, 1945 sebagai "Hari Penyerahan Kembali Taiwan" (Taiwan Retrocession Day). Sebagaimana yang dilaporkan, mereka telah disambut oleh penduduk pulau sebagai pembebas.

Walau bagaimanapun, pentadbiran tentera Taiwan di bawah kepimpinan Chen Yi amat korup. Perbuatan rasuah yang diburukkan lagi dengan inflasi melampau, pergolakan yang disebabkan Perang Saudara China serta kesangsian kerana perbezaan politik, kebudayaan dan bahasa di antara penduduk Taiwan dan pendatang baru, dengan pantasnya menyebabkan kehilangan sokongan popular yang diperolehi oleh pentadbiran baru. Ini memuncak dengan satu siri pertentangan yang teruk di antara pentadbiran ROC dan "penduduk asal" Taiwan, dan menyebabkan pula penumpahan darah Peristiwa 228 dan zaman kezaliman.

Pada masa yang sama, Perang Saudara China sedang berlangsung. Pada tahun 1949, Kuomintang (Parti Nationalis ataupun KMT), yang pada masa itu menguasai kerajaan ROC, berundur ke Taiwan selepas kekalahan tenteranya yang berterusan di bawah tangan Parti Komunis China mengusirnya dari kebanyakan tempat di tanah besar. Sebanyak 1.3 juta orang pelarian dari tanah besar China tiba di Taiwan pada waktu itu.

Pada mula-mulanya, Amerika Syarikat meninggalkan KMT dan menjangka bahawa Taiwan akan ditewas oleh pihak komunis. Walaubagaimanpun, pada tahun 1950, Korea Utara menyerang Korea Selatan, dan dalam konteks Perang Dingin, Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman campur tangan semula dengan penghantaran Angkatan ke-7 (7th Fleet) ke Selat Taiwan bagi meneutralkan selat tersebut.

Dalam Perjanjian Perdamaian San Francisco yang berkuatkuasa pada 28 April, 1952, dan Perjanjian Taipei yang diikat beberapa jam sebelum tarikh itu, Jepun melepaskan hak-hak, tuntutan dan hakmilik kepada Formosa (Taiwan) dan Peng-hu (Pescadores), dan melepaskan semua perjanjian dengan China sebelum 1942. Kedua-dua perjanjian tetap senyap tentang sesiapa yang akan menguasai pulau, antara sebabnya kerana keengganan menyebelahi mana-mana satu pihak dalam Perang Saudara China yang tengah berlangsung. Penyokong kemerdekaan Taiwan menggunakan ketinggalan ini sebagai alasan penentuan diri.

Dewan Peringatan Chiang Kai-shek di Taipei

Pada tahun-tahun dalam 1960-an dan 1970-an, Taiwan bermula berkembang menjadi sebuah ekonomi yang makmur dan dinamik serta menjadi salah satu daripada Harimau-harimau Asia Timur semasa memeliharakan sistem kerajaan satu parti yang autoritarian. Disebabkan Perang Dingin, kebanyakan negara Barat serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggap kerajaan Republik China di Taiwan sebagai kerajaan tunggal yang sah di China sehingga 1970-an apabila kebanyakan negara mengalih pengiktirafan kepada Republik Rakyat China.

Semasa Chiang Ching-kuo memegang jawatan presiden dari 1975 sehingga 1987, pelonggaran sistem politik Taiwan dimulakan dengan beransur-ansur. Pemerintahan tentera yang berkuatkuasa sejak 1948 dimansuhkan pada 1987. Sewaktu kemangkatan Chiang, Naib Presiden Lee Teng-hui mewarisnya sebagai Presiden ROC dan Pengerusi KMT, dan pemerintahan satu parti yang berkesan berakhir pada 1991. Lee adalah rakyat Taiwan pertama yang menjadi Presiden sewaktu pemerintahan KMT. Pada 2000, Presiden Chen Shui-bian daripada Democratic Progressive Party, sebuah parti pembangkang, telah dipilih dalam pilihan raya umum dan dengan ini, menjadikan peralihan kuasa pertama yang demokratik dan aman.

Selepas terselamat daripada pembunuhan pada malam sebelum Pilihan Raya Umum 2004 yang menimbulkan perbalahan dan didakwa oleh pembangkang sebagai persembahan untuk mendapat undi kesian, Chen dipilih semula dengan kelebihan yang sungguh tipis. Siasatan perubatan dan siasatan polis menentusah bahawa luka Presiden Chen dan Naib Presiden Annette Lu adalah benar, dan tiada buktinya bahawa pembunuhan merupakan tayangan.

Lihat juga: