Ekonomi Pulau_Taiwan

Rencana utama: Ekonomi Taiwan

Taiwan mempunyai sistem ekonomi kapitalis yang dinamik dengan penglibatan kerajaan dalam pelaburan dan perdagangan luar negeri beransur-ansur dikurangkan. Dalam memeliharakan arah alihan ini, kerajaan telah menswastakan beberapa bank dan firma perindustrian yang besar. Pertumbuhan yang benar dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah 8 peratus pada puratanya sepanjang tiga dekad yang lalu. Eksport merupakan dorongan utama dalam proses pengindustrian. Lebihan dagangannya amat besar dan simpanan wang asing merupakan ketiga terbesar di dunia. ROC mempunyai mata wang sendiri: Dolar Taiwan Baru (New Taiwan Dollar).

Pertanian merupakan cuma 2 peratus daripada KDNK, turun daripada 35 peratus pada tahun 1952. Industri-industri intensif buruh yang tradisional telah berpindah beransur-ansur ke luar pesisir, dengan industri-industri intensif modal dan intensif teknologi menggantikannya.Taiwan adalah pelabuh yang utama di tanah bsar China, Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam; 50,000 perniagaan Taiwan telah diasaskan di tanah besar China. Taiwan adalah salah satu daripada pelabuh asing yang terbesar di tanah besar China.

Bandar raya Taipei pada waktu malam.

Disebabkan pendekatan kewangan yang konservatif dan kekuatan keusahawanan, Taiwan tidak mengalami kesulitan yang sebesar apabila dibandingkan dengan jiran-jirannya dalam Krisis Kewangan Asia pada 1998 hingga 1999. Walau bagaimanapun, kemerosotan ekonomi sejagat, bergabung dengan penyelerasan dasar yang kurang baik oleh pentadbiran baru serta hutang lapuk yang semakin bertambah dalam sistem perbankan telah mendesak Taiwan ke arah kemelesetan pada 2001. Tahun itu merupakan tahun pertumbuhan negatif pertama sejak 1947. Disebabkan pemindahan banyak industri intensif buruh dan pengilangan ke tanah besar China, penggangguran mencapai kemuncak yang setaraf dengan masa krisis minyak pada 1970-an. Masalah ini menjadi satu daripada isu utama di Pilihan Raya Presiden ROC pada 2004. Pada akhirnya, kadar pengganguran merosot selepas kerajaan mengamalkan beberapa langkah-langkah untuk merangsang ekonomi.

ROC telah memasuki pertubuhan-pertubuhan perdagangan kerajaan antarabangsa seperti Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) di bawah nama "Wilayah Kastam Berasingan Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu" (Separate Customs Territory of Taiwan, Penghu, Kinmen and Matsu) (台灣、澎湖、金門及馬祖個別關稅領域) di WTO dan di bawah nama Taipei China di APEC. Walaupun Republik Rakyat China (RRC) membangkang hubungan diplomak ataupun rasmi di antara negara-negara asing dengan ROC, ia tidak membantah hubungan ekonomi. Walaubagaimana, disebabkan tekanan RRC, RC telah mengambil bahagian dalam organisasi-organisasi kerajaan di bawah nama-nama yang berlainan.

Pembukaan Taipei 101 pada 31 Disember 2004 telah membawa lebih pengiktirafan dunia kepada Taiwan dan Taipei. Taipei 101, yang dilengkapi dengan lif yang terpantas di dunia, merupakan bangunan yang tertinggi di dunia. Daerah kewangan disekeliling semakin diiktirafkan di pasaran dunia, dan sebuah daerah membeli-belah yang mengikut perkembang fesyen juga bertumbuh secara pesat berdekatannya.

Dengan Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong, Taiwan dikenali sebagai salah satu daripada Harimau-harimau Asia Timur.