Budaya Pulau_Taiwan

Rencana utama: Budaya Taiwan

Seorang penari dalam pakaian tradisional orang asli

Budaya utama Taiwan terutamanya berasal daripada budaya tradisional Cina, dengan pengaruh yang agak besar daripada Jepun dan Amerika Syarikat, khususnya dalam bidang politik dan senibina. Orang asli Taiwan juga mempunyai budaya yang berbeza. Seni halus, tradisi orang kebanyakan, dan budaya popular merangkumi motif tradisional dan moden dari Asia dan Barat.

en:Karaoke yang dikenali sebagai KTV amat popular di Taiwan dan merupakan satu contoh pengarah budaya Jepun sezaman. en:Pachinko merupakan lagi satu contoh yang lain.

Budaya Taiwan juga mempengaruhi budaya Barat: Teh buih (Bubble tea) dan teh susu (milk tea) merupakan minuman popular yang dijual di merata-rata pusat bandar raya di Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat.

Lebih kurang 80 peratus penduduk di Taiwan tergolong dalam kelompok etnik Holo dan bertutur dalam kedua-dua Mandarin dan bahasa Taiwan. Mandarin merupakan bahasa utama sebagai bahasa perantaraan di sekolah; walaupun demikian, kebanyakan media bertutur dibahagikan antara Mandarin dan bahasa Taiwan. Berbahas dalam bahasa Taiwan di bawah pergerakan penyetempatan telah menjadi lambang untuk menyatakan identiti Taiwan, dan bahasa itu telah mengalami kemunculan sejak awal 1990-an. Hakka yang merupakan lebih kurang 10 peratus jumlah penduduk mempunyai bahasa sendiri yang berbeza. Kelompok minoriti orang asli masih bertutur dalam bahasa asal, walaupun kebanyakannya boleh bertutur dalam Mandarin dan bahasa Taiwan.

Kuil Longshan, Taipei, merupakan contoh senibina yang mempunyai pengaruh oleh Cina Selatan biasa dilihat pada bangunan-bangunan lama di Taiwan.

Pergerakan penyetempatan Taiwan berlangsung menjadi pendorong utama dalam budaya Taiwan sebagai reaksi kepada penindasan oleh bekas kerajaan Kuomintang dan perasaan permusuhan dari Republik Rakyat China. Dengan demikian, politik identiti, bersama-sama dengan perpisahan politik dari tanah besar China yang melebihi 100 tahun, termasuknya 50 tahun di bawah pemerintahan jajahan Jepun, telah menyebabkan tradisi yang berbeza di banyak bidang, umpamanya masakan, wayang gambar, fotografi, opera dan muzik.

Salah satu daripada tarikan utama ialah Muzium Istana Nasional (National Palace Museum), yang mengandungi lebih daripada 650,000 barang gangsa, jed, seni khat, lukisan dan porselin Cina. KMT Chiang Kai Shek berpindah koleksi ini dari Kota Larangan ke Beijing pada 1949 sewaktu mereka melarikan diri ke Taiwan. Koleksi ini yang dijangka merupakan 10 peratus harta karun kebudayaan China amat banyak dan hanya 1 peratus sahaja dipamerkan pada setiap masa.

Budaya kedai mudah beli

Dengan kemegahan kedai muda beli yang berjumlah 8,058 di kawasan yang berukuran 35,980 kilometer persegi dan jumlah penduduk sebanyak 22.9 juta, Taiwan merupakan kepadatan kedai muda beli setiap penduduk yang tertinggi di dunia: sebuah kedai bagi setiap 2,800 penduduk ataupun 0.000357 kedai setiap penduduk (2005 ACNielsen ShopperTrends). Dengan 3,680 kedai 7-Eleven, Taiwan juga mempunya kepadatan kedai 7-Eleven bagi setiap pendudk yang tertinggi di dunia: sebuah kedai bagi setiap 6200 penduduk ataupun 0.000161 kedai setiap penduduk (Halaman Pelesenan Antarabangsa bagi Laman Web 7-Eleven). Di Taipei, tidak luar biasa jika terdapat dua kedai 7-Eleven menyeberangi jalan ataupun banyak kedainya di kalangan beberapa ratus meter dari satu sama lain. Oleh sebab ia terdapat di merata-rata tempat, kedai mudah beli di Taiwan berkhidmat bagi pihak institusi kewangan, agensi kerajaan seperti pengutipan yuran meletak kereta, bil utiliti, denda kesalahan lalu lintas, dan bayaran kad kredit. 80 peratus daripada pembeli-belah rumah tangga di bandar membeli di kedai mudah beli setiap minggu (2005 ACNielsen ShopperTrends). Kebolehan membeli makanan, minuman, makanan segera, majalah, video, permainan komputer dan sebagainya 24 jam sehari dan di mana-mana sudut jalan memudahkan kehidupan bagi penduduk Taiwan yang amat sibuk dan tergesa-gesa.