Geografi Pulau_Taiwan

Taman Negara Taroko

Pulau Taiwan menyeberangi Selat Taiwan dan terletaknya 200 kilometer dari pantai tenggara China. Luas kawasannya 35,801 kilometer persegi (13,823 batu persegi), dengan:

Pulau ini disifatkan dengan kontras di antara bahagian dua pertiga di timur yang mengandungi lima bangaran yang berceranggah dari utara ke hujung selatan pulau, dan dataran yang beralun di barat dan yang diduduki sebahagian besar penduduk Taiwan. Titik tertinggi Taiwan ialah Yu Shan yang berukuran 3,952 meter.

Iklim Taiwan ialah tropika marin. Musim hujan berlanjutan dari Jun hingga Ogos semasa monsun barat daya, walaupun cuacanya mendung pada seluruh tahun. Bencana alam merangkumi taufan dan gempa bumi.

Taiwan merupakan pusat endemisme burung. Sila lihat Burung Endemik Taiwan untuk maklumat lanjut.

Dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan kilang yang banyak, Taiwanmengalami pencemaran yang teruk. Menurut sebuah laporan, Taiwan ditempatkan 119 daripada 143 buah negara yang diperiksa oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga ("Energy Information Administration"). Bandar raya Taipei mengalami pencemaran udara yang amat teruk yang disebabkan oleh lingkaran gunung-ganang yang mengelilingnya dan yang sebenarnya menyekat jelaga dan asbut di dalam bandar raya.