Sejarah_Itali

Negara Itali yang disatukan pada tahun 1861, banyak menyumbang kepada perkembangan kebudayaan dan sosial di seluruh rantau Mediterranean. Banyak sekali budaya dan tamadun yang wujud sejak zaman prasejarah.Selepas wilayah ini dikuasai oleh Republik dan Empayar Rom selama berabad-abad lamanya, bangkitnya sebuah bangsa Itali yang membawakan kita sumbangan yang tidak terbilang. Antara sumbangan ini membolehkan perkembangan falsafah, sains dan kesenian Eropah sewaktu Zaman Pertengahan dan Pembaharuan (Renaissance). Setelah didominasi oleh negara kota sepanjang zaman Pertengahan dan Pembaharuan, the semenanjung Itali turut mengalami penguasaan asing. Sesetengah kawasan di Itali diilhakkan dengan empayar-empayar Sepanyol, Austria dan Napoleon, manakala Vatikan tetap menguasai bahagian tengahnya, sebelum seluruh semenanjung akhirnya dibebaskan lalu disatukan dalam banyak pergelutan pada abad ke-19 dan ke-20.Pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20, iaitu zaman Negara Beraja Itali, negara ini membina sebuah empayar jajahan yang meliputi sesetengah kawasan di Afrika serta negeri-negeri di sepanjang Laut Mediterranean. Itali mengalami kerugian besar dalam Perang Dunia Pertama tetapi akhirnya berada di pihak pemenang. Puak Fasis pimpinan Benito Mussolini mengambil alih tampuk pemerintahan dan menubuhkan pemerintahan diktator yang autoritarian pada tahun 1922-43. Itali merupakan sekutu rendah Jerman Nazi dan Jepun pada Perang Dunia Kedua. Selepas kawasan selatan dibebaskan pada tahun 1943, pejuang Fasis terus berjuang hingga menyerah kalah pada tahun 1945 sebagai "Republik Salò". Itali merupakan medan tempur yang sengit sekali ketika itu.Pada tahun 1946, ekoran pungutan suara, pemerintahan beraja di Itali dibubarkan,[1] dan pada 2 Jun 1946 lahirnya Republik Itali. Pada 1950-an dan 1960-an, Itali menikmati pemodenan pesat dan pembangunan ekonomi yang wujud selepas tinggalan malapetaka Perang Dunia Kedua. Sejak itu, Itali telah menjadi salah sebuah negara pengasas Komuniti Ekonomi Eropah (kini Kesatuan Eropah), di samping menganggotai PBB, NATO, UNESCO, G7 (kemudian menjadi G8), G20, dan OECD.