Tentera_Darat_Diraja_Itali
Tentera_Darat_Diraja_Itali

Tentera_Darat_Diraja_Itali

Tentera Darat Diraja Itali, juga dikenali sebagai Regio Esercito, telah ditubuhkan sewaktu pengisytiharan Kerajaan Beraja Itali. Semasa tahun 1800an Itali mula bersatu menjadi satu negara dan pada tahun 1861, Manfredo Fanti menandatangani satu dekri penubuhan yang mewujudkan Tentera Darat Dua Sicily. Tugas pertama tentera yang baru diwujudkan ini ialah mempertahankan diri dari kuasa penindasan di selatan Itali. Tentera Darat Dua Sicily memerangi jenayah dan ketumbukan lain semasa zaman penyatuan. Selepas pemerintahan beraja tamat, tentera darat menukar namanya kepada Tentera Darat Itali (Esercito Italiano).Didalam Tentera Darat Diraja Itali terdapat pasukan peribadi tentera gunung elit yang dipanggil Alpini. Pasukan Alpini merupakan infantri gunung tertua yang aktif di dunia. Misi asal mereka ialah melindungi dan menjamin keselamatan sempadan gunung utara Itali yang membatasi Perancis dan Austria. Kumpulan ini muncul dalam Perang Dunia I semasa kempen tiga tahun memerangi Kaiserjager Austria-Hungary dan Alpenkorps Jerman. Sekali lagi dalam Perang Dunia II pasukan Alpini berjuang bersama-sama tentera Paksi di Barisan Timur serta Kempen Balkan.[1]

Tentera_Darat_Diraja_Itali