Tisfun
Tisfun

Tisfun

Tisfun (daripada Parsi Pertengahan: 𐭲𐭩𐭮𐭯𐭥𐭭 tyspwn atau tysfwn,[1] Jawi dan Bahasa Parsi: تیسفون‎, Yunani: Κτησιφῶν), juga dikenali sebagai Al-Madain atau Ctesifon, ialah sebuah bandar purba yang terletak di belah timur Sungai Dajlah, dan kira-kira 35 kilometer (22 mi) hala tenggara dari Baghdad sekarang. Tisfun dahulu merupakan ibu negeri Kerajaan Parsi di zaman Parthia dan Sasan selama setidak-tidaknya lapan ratus tahun.[2] Tisfun kekal sebagai ibu negeri kerajaan tersebut sehinggalah kedatangan Muslim di Parsi pada tahun 30 Hijrah, bersamaan dengan 651 Masihi.Tisfun dahulu berkembang menjadi sebuah bandar raya perdagangan, dan bergabung bersama negeri-negeri jiran berdekatan Sungai Dajlah, termasuklah kota Seleukia. Tisfun dan kawasan berdekatannya kadangkala digelar sebagai "Bandar-bandar" (Aramia: Mahuza, Arab المدائن, Al-Mada'in). Pada abad keenam dan ketujuh, ia merupakan salah sebuah bandar terbesar di dunia yang wujud.[3]Semasa Peperangan Romawi–Parthia, Tisfun jatuh ke tangan Empayar Rom tiga kali, dan kemudian dua kali ke tangan Sasan. Ia juga merupakan tempat berlakunya Pertempuran Tisfun pada tahun 363 Masihi. Selepas penaklukan Muslim, bandar tersebut tidak lagi dijaga dan penduduknya lesap menjelang abad kelapan, disebabkan oleh ibu negeri Abbasiyah di Baghdad mengambil gelarannya sebagai ibu pusat politik dan ekonomi. Binaan yang masih wujud kini yang paling menonjol ialah Taq Kasra, juga dikenali sebagai Gerbang Tisfun.[4]

Rujukan

WikiPedia: Tisfun http://geography.about.com/library/weekly/aa011201... http://referenceworks.brillonline.com/entries/ency... http://www.iranica.com/newsite/articles/v6f4/v6f4a... http://www.rawstory.com/rs/2013/05/30/iraq-to-rest... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... //doi.org/10.1017%2FS0003598X00003781 http://ecai.org/sasanianweb/sites/Ctesiphon.html http://www.iranicaonline.org/articles/ctesiphon http://www.iranicaonline.org/articles/madaen-sasan... http://www.iranicaonline.org/articles/sasanian-dyn...