Sejarah Tisfun

Zaman Parthia

Tisfun diasaskan pada hujung 120-anSM. Ia dibina di tapak ketenteraan yang diletak serata Seleukia oleh Mithridates I dari Parthia. Zaman pemerintahan Gotarzes I sempat menyaksikan Tisfun menjadi ibu pusat hal ehwal politik dan perdagangan. Bandar ini kemudiannya dijadikan ibu negeri kerajaan tersebut semasa pemerintahan Orodes II pada kira-kira 58SM. Sedikit demi sedikit, bandar tersebut bergabung dengan Seleukia dan penempatan berdekatan untuk membentuk sebuah metropolis.

Peralihan ibu negeri ini mungkin disebabkan kehampiran Seleukia dengan ibu negeri lama mereka (Mithradatkirt, dan Hekatompilos di Hyrkania) dengan serangan bangsa Scythia.

Strabo ada menjelaskan tentang pengasasan Tisfun:

Di zaman purbakala, Babil merupakan bandar raya Suryani; tetapi sekarang Seleukia pula bandar rayanya, yakni Seleukia di Sungai Dajlah, itulah gelarannya. Berdekatan sana ialah sebuah penempatan bernama Ctesifon, penempatan yang besar. Penempatan ini, raja-raja Parthia biasa jadikannya tempat kediaman mereka masa musim sejuk maka orang Seleukia pun terselamat, dan supaya orang Seleukia tidaklah ditindas, orang biasa dan askar Scythia berkediaman bersama mereka. Oleh kerana kuasa Parthia, makanya, Ctesifon menjadi sebuah bandar berbanding sebuah penempatan; saiznya amat besar sampaikan ia mampu mengandungi berjumlah orang, dan ia telah dilengkapi dengan bangunan oleh puak Parthia; dan ia dibekalkan Parthia dengan barang-barang untuk dijual dan dengan seni citra yang menyukacitakan orang Parthia; bagi raja-raja Parthia mereka biasa berluangkan masa semasa musim sejuk di sana kerana udaranya segar, tetapi mereka bermusim panas di Ekbatana dan di Hyrkania kerana kehadiran kemasyhuran lama mereka.[10]

Disebabkan kepentingan Tisfun, ia menjadi sasaran penting bagi pemimpin Empayar Rom dalam peperangan mereka di wilayah timur. Bandar tersebut pernah ditakluk Rom sebanyak lima kali—tiga kali dalam abad ke-2. Maharaja Rom Trajan dapat takluk Tisfun pada tahun 116, tetapi pemangkunya, Hadrian, memulangkan ia pada tahun 117 sebagai perdamaian. Jeneral Rom Avidius Cassius jajah Tisfun pada tahun 164 dalam sebuah perang Parthia, tetapi tinggalkannya apabila mereka berdamai. Pada tahun 197, maharaja Septimius Severus jarah Tisfun dan jadikan penduduknya sebagai hamba abdi.

Zaman Sasan

Peta Mesopotamia Sasan dan kawasan berhampirannya.

Pada tahun 226, Tisfun berada di dalam kawalan Kerajaan Sasan dan dijadikan ibu negeri serta menamatkan wangsa Parthia di Iran. Tisfun berkembang pesat di bawah pemerintahan Sasan, dan menjadi sebuah bandar raya yang dikenali dalam bahasa Arab sebagai Al-Madain, dan dalam bahasa Aramia sebagai Mahoze.[11] Daerah yang paling lama didiami di Tisfun ialah daerah timur, yang digelarkan dalam sumber-sumber bahasa Arab Islam sebagai "Bandar Lama" (مدينة العتيقة Madīnah al-'Atīqah), di mana kediaman Sasan, dikenali sebagai Istana Putih (قصر الأبيض), berada. Belah selatan Tisfun dikenali sebagai Asbānbar atau Aspānbar, yang dipenuhi mahligai, harta, permainan, kandang kuda, dan tempat mandi. Taq Kasra terletak di belah selatan.[11][12]

Belah barat dikenali sebagai Veh-Ardashir (maksudnya "bandar baik Ardashir" dalam bahasa Parsi Pertengahan), juga dikenali sebagai Mahoze oleh orang Yahudi, Kokhe oleh orang Kristian, dan Behrasir oleh orang Arab. Veh-Ardashir didiami dengan ramai orang Yahudi yang kaya, dan merupakan ibu pusat gereja keuskupan Nestor. Di selatan Veh-Ardashir ialah Valashabad.[11] Tisfun ada beberapa daerah yang dinamakan Hanbu Shapur, Darzanidan, Veh Jondiu-Khusrau, Nawinabad dan Kardakadh.[11]

Severus Alexander maju ke arah Tisfun pada tahun 233 tetapi kalah menentang Ardashir I, memetik laporan Herodian, seorang sejarawan Yunani.[13] Pada tahun 283, maharaja Carus menjarah Tisfun semasa ia mengalami pergolakan awam. Pada tahun 295, maharaja Galerius tewas di luar bandar tersebut. Namun, baginda kembali setahun kemudian dan menawan bandar Tisfun buat kali kelima demi Empayar Rom pada tahun 299. Baginda kembalikan ia kepada raja Parsi Narseh dan mengambil Armenia dan Mesopotamia barat. Pada c. 325 dan tahun 410, bandar tersebut—tidak pun jajahan Yunani di seberang sungai—menjadi tapak majlis gereja bagi Gereja Timur Assyria.[petikan diperlukan]

Tisfun dari abad ke-4 (Peta Peutinger)

Selepas penaklukan Antokiah pada tahun 541, Khusrau I bangunkan sebuah bandar berdekatan Tisfun untuk penduduk-penduduk yang baginda tawan. Baginda menamakan bandar baharu ini Weh Antiok Khusrau, bermaksud "Antokiah yang lebih elok binaan Khusrau."[14] Para penduduk tempatan menggelari bandar baharu ini Rumagan, bermaksud "bandar Romawi" dan orang Arab gelarnya Al-Rumiyyah. Di samping Weh Antiok, Khusrau juga membina beberapa bandar kota lain.[15] Khusrau I mengusir 292,000 orang penduduk, hamba dan tawanan ke bandar baharu ini pada tahun 542.[16]

Pada tahun 590, seorang ahli Wangsa Mihran, Bahram Chobin menangkis pemerintah baharu Sasan Khusrau II dari Iraq, dan menawan wilayah tersebut. Setahun kemudian, Khusrau II dengan bantuan Empayar Byzantine merampas semula wilayah tersebut. Dalam pemerintahannya, kemasyhuran Al-Madain menurun disebabkan kepopularan kediaman musim sejuk baharu Khusrau di Dastagird.[17] Dalam tahun 627, Maharaja Byzantine Heraclius mengepung ibu negeri Sasan sehinggalah Parsi menerima perjanjian damai mereka. Tahun 628, suatu wabak melanda Tisfun, Al-Madain dan seluruh wilayah barat Kerajaan Sasan, dan melibatkan kemangkatan putera dan pemangku Khusrau, Kavadh II.[17]

Pada tahun 629, Tisfun berada dalam tangan tukang serobot Shahrbaraz dari Mihran buat seketika, tetapi beliau kemudiannya dibunuh penyokong puteri Khusrau II bernama Borandukht. Tisfun kekal di bawah peperangan di antara dua gajah Kerajaan Sasan: pihak Pahlawi (Parthia), di bawah Wangsa Ispahbudhan dan pihak Parsig (Parsi) di bawah Pairuz Khusrau.

Kejatuhan Sasan dan Penaklukan Muslim

Dalam pertengahan zaman 630-an, Arab Muslim, yang telah menakluk tanah milik Kerajaan Sasan akhirnya menewaskan pihak Sasan dalam Perang Al-Qadisiyah.[11] Bangsa-bangsa Arab kemudian menyerang Tisfun, dan dijadikan jajahan sehinggalah awal tahun 637.

Pegawai tentera Muslim Saad bin Abi Waqqas dengan pantas menangkap Valashabad dan membuat perjanjian damai dengan penduduk Weh Antiok Khusrau dan Veh-Ardashir. Syarat-syarat dalam perjanjian tersebut adalah bahawa penduduk Weh Antiok Khusrau dibenarkan untuk berpindah jika mereka ingini, tetapi jika ingin menetap mereka harus dikenakan jizyah. Kemudian, apabila tentera Muslim tiba ke Tisfun seluruh bandar itu kosong, disebabkan kerabat diraja, bangsawan, dan askar Sasan larikan diri. Namun, pihak Muslim dapat menangkap beberapa tentera sebagai tawanan, dan harta perbendaharaan negeri diambil dan diberi kepada tentera Muslim.[11] Tambahan juga, balairung seri Taq Kasra pernah digunakan sebagai sebuah masjid.[18]

Akan tetapi, kemakmuran politik dan ekonomi bandar Tisfun jatuh merosot akibat pengasasan kota Baghdad sebagai ibu negeri Kerajaan Abbasiyah pada abad ke-8, dan Tisfun pun akhirnya jadi pekan hantu. Khalifah Al-Mansur mengambil bahan binaan dari peninggalan Tisfun untuk membina Baghdad. Beliau juga mahu robohkan istana tersebut dan gunakan batu-batanya untuk istana beliau, tetapi beliau berhenti melakukannya kerana proses tersebut mengambil masa yang terlalu lama.[19] Al-Mansur juga pernah menggunakan bandar Al-Rumiya sebagai ibu negeri Abbasiyah selama beberapa bulan.[20]

Tisfun dipercayai dijadikan sebagai inspirasi bandar Isbanir dalam Hikayat Seribu Satu Malam.

Zaman moden

Puing-puing Tisfun merupakan tapak pertempuran utama dalam Perang Dunia I pada November 1915. Kerajaan Uthmaniyah dapat mengalahkan tentera British daripada menakluk Baghdad, dan mengusir mereka 64 km sebelum mengepung puak British di Al-Kut dan memaksa mereka untuk menyerah.

Rujukan

WikiPedia: Tisfun http://geography.about.com/library/weekly/aa011201... http://referenceworks.brillonline.com/entries/ency... http://www.iranica.com/newsite/articles/v6f4/v6f4a... http://www.rawstory.com/rs/2013/05/30/iraq-to-rest... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... //doi.org/10.1017%2FS0003598X00003781 http://ecai.org/sasanianweb/sites/Ctesiphon.html http://www.iranicaonline.org/articles/ctesiphon http://www.iranicaonline.org/articles/madaen-sasan... http://www.iranicaonline.org/articles/sasanian-dyn...