Ciri-ciri Ubuntu

Ubuntu memberikan tumpuan kepada kebolehgunaan[12] dan keselamatan. Pemasang Ubiquity membolehkan Ubuntu dipasang dalam cakera keras dari dalam persekitaran Live CD tanpa perlu mengebut semula komputer sebelum dipasang. Ubuntu juga menekankan kebolehcapaian dan pengantarabangsaan untuk dinikmati seberapa banyak pengguna yang termampu. Mulai versi 5.04, UTF-8 menjadi pengekodan aksara asal[13] yang membolehkan sokongan untuk pelbagai tulisan bukan Rumi. Sebagai ciri-ciri keselamatan, alat sudo digunakan untuk memberikan keistimewaan sementara untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran, maka membolehkan akaun akar kekal dikunci, serta melarang pengguna tidak berpengalaman dari tidak sengaja melakukan perubahan sistem yang memudaratkan atau membocorkan keselamatan.[14] PolicyKit turut dilaksanakan secara meluas ke dalam desktop untuk memperkukuhan lagi sistem melalui prinsip keistimewaan terkurang.

Desktop Ubuntu didatangkan dengan paparan antara muka bergrafik. Bermulanya versi 11.04, Unity menjadi paparan antara muka bergrafik yang didatangkan secara lalai untuk menggantikan GNOME Shell.

Ubuntu didatangkan dengan pelbagai perisian termasuklah LibreOffice (OpenOffice sebelum versi 11.04), Firefox, Empathy (Pidgin sebelum versi 9.10), Transmission, GIMP (sebelum versi 10.04), dan beberapa permainan yang bersifat ringan (seperti Sudoku and Catur). Perisian tambahan yang tidak didatangkan secara lalai boleh dimuat turun dan dipasang melalui Pusat Perisian Ubuntu. Ubuntu membolehkan port perangkaian ditutup dengan tembok apinya, dengan adanya pilihan port yang tersuai. GNOME (desktop asal) menawarkan sokongan untuk lebih 46 bahasa.[15] Ubuntu juga boleh menjalankan banyak program yang direka untuk Microsoft Windows (seperti Microsoft Office), melalui perisian Wine atau mesin maya (seperti VMware Workstation atau VirtualBox).

Keperluan sistem

Versi desktop Ubuntu kini menyokong seni bina Intel x86 dan AMD64.[16] Sesetengah keluaran pelayan juga menyokong seni bina SPARC.[17][18] Juga terdapat sokongan tidak rasmi untuk seni bina PowerPC,[19] IA-64 (Itanium) dan seni bina PlayStation 3 (walaubagaimanapun Sony dengan rasminya membatalkan sokongan untuk OtherOS pada PS3 dengan firmware 3.21, yang dikeluarkan pada 1 April 2010), serta pemproses mudah alih ARM. Sokongan pada GPU juga diperlukan untuk mengaktifkan kesan khas visual desktop termasuk sekali paparan antara muka Unity. Sekiranya tiada sokongan pada GPU, Unity versi 2D akan diaktifkan serta-merta .

Keperluan Sistem Minimum[20][21][22][23]PelayanDesktop
Pemproses (x86) dengan set panduan i686[24]300 MHz1 GHz
Ingatan (RAM)128 MB384 MB
Muatan Pemacu cakera keras1 GB5 GB
Resolusi paparan Monitor640×4801024×768

Pemasangan

Ubuntu 11.04 (sesi live CD)

Pemasangan Ubuntu biasanya dilakukan dengan Live CD. Sistem pengendalian Ubuntu juga boleh dijalankan terus dari CD (walaupun prestasinya berkurangan), membolehkan pengguna menguji sistem pengendaliannya untuk keserasian perkakas dan sokongan pemacu. CD-nya mengandungi pemasang Ubiquity,[25] yang boleh menberi panduan kepada pengguna melalui proses pemasangan tetap. Pemasangan dari CD memerlukan sekurang-kuranya 256 MB RAM.

Alat migrasi Microsoft Windows bernama Migration Assistant (diperkenalkan pada April 2007),[26] boleh digunakan untuk mengimport penanda laman, paparan latar (wallpaper), dan bermacam-macam tetapan dari pemasangan MS Windows sedia ada ke pemasangan Ubuntu yang baru.[27]

Ubuntu dan Kubuntu boleh dibut dan dijalankan dari pemacu kilat USB (asalkan BIOS-nya menyokong pengebutan dari USB), dengan pilihan menyimpan tetapan dalam pemacu kilat tersebut. Ini membolehkan pemasangan mudah alih yang boleh dijalankan di mana-mana PC yang mampu mengebut dari pemacu USB.[28] Di versi-versi terbaru Ubuntu, program USB creator disediakan untuk memasangkan Ubuntu pada pemacu USB (tidak semestinya memerlukan Live CD).

Wubi yang disertakan sebagai pilihan dalam Live CD,[29] membolehkan Ubuntu dipasang dan dijalankan dari dalam peranti gelung Windows maya (berbentuk fail imej besar yang diuruskan seperti program Windows yang lain melalui Panel Kawalan). Kaedah ini tidak memerlukan pemacu keras pengguna Windows itu dipecahkan. Wubi juga memanfaatkan Migration Assistant untuk mengimport tetapan juga. Wubi sesuai untuk pengguna Windows sahaja, dan tidak ditujukan kepada pemasangan Ubuntu tetap, apalagi menyebabkan prestasi terjejas sedikit.

Rujukan

WikiPedia: Ubuntu http://melayubuntu.blogspot.com http://news.cnet.com/8301-13580_3-9950552-39.html http://www.desktoplinux.com/cgi-bin/survey/survey.... http://www.desktoplinux.com/cgi-bin/survey/survey.... http://www.desktoplinux.com/news/NS8335306746.html http://www.easy-ubuntu-linux.com/ubuntu-feisty-ins... http://www.easy-ubuntu-linux.com/ubuntu-installati... http://www.eweek.com/c/a/IT-Infrastructure/Ubuntu-... http://ianmurdock.com/debian/ubuntu-vs-debian-repr... http://www.infoworld.com/t/platforms/best-open-sou...