Sejarah Xbox_360

Konsol ini digelar sebagai Xbox Next, Xenon, Xbox 2, Xbox FS atau NextBox semasa dalam proses pembangunan[7], dan dihasilkan pada awal tahun 2003[8]. Pada bulan Februari 2003, projek pembangunan platform perisian untuk konsol Xbox 360 telah dimulakan, dengan Naib Presiden Microsoft iaitu J Allard mengetuai projek ini. Dalam bulan tersebut, Microsoft mengadakan acara khas untuk merekrut 400 orang pembangun bertempat di Bellevue, Washington untuk membangunkan sistem perisian tersebut. Pada 12 Ogos 2003, syarikat elektronik ATI memetrai perjanjian untuk membangunkan cip mikropemproses grafik bagi konsol ini[9]. Cip mikropemproses untuk konsol ini menggunakan cip dari IBM, Xenon, di mana teras bagi cip ini merupakan versi yang telah diubahsuai dari cip mikropemproses yang digunakan dalam konsol PlayStation 3 iaitu Cell[10].

Sebelum pelancaran rasmi konsol ini, Microsoft telah beberapa kali mengeluarkan iklan untuk mempromosi konsol terbaru dari mereka. Laman web OrigenXbox.com telah dilepaskan di Internet, membolehkan pengunjung berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah dari Microsoft[11][12]. Antaranya ialah pengunjung perlu menjawab tiga soalan trivia berkaitan dengan konsol Xbox 360 dan berpeluang untuk memenangi tempahan ke acara pra-pelancaran Xbox 360[13]. Peraduan lain yang ditawarkan dalam laman web ini ialah menjawab soalan berkaitan dengan permainan video Halo 2 dan peraduan mereka cipta ikon avatar Gamertile[12].

Konsol Xbox 360 telah dilancarkan pada 22 November 2005 di Amerika Syarikat dan Kanada; 2 Disember 2005 di Eropah dan 10 Disember 2005 di Jepun. Selepas itu, ia telah dilancarkan di beberapa negara lain seperti Mexico, Brazil, Chile, Colombia, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, India dan Rusia. Konsol ini mencatat sejarah tersendiri apabila ianya merupakan konsol yang paling banyak dilancarkan di beberapa negara dalam masa setahun[14].


Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Xbox_360 http://www.kotaku.com.au/2010/11/report-foxconn-wo... http://www.beyond3d.com/content/articles/4/2 http://www.businessweek.com/innovate/content/aug20... http://news.cnet.com/2100-1043-5063661.html http://www.dailytech.com/article.aspx?newsid=5997 http://www.digitaltrends.com/gaming/the-history-of... http://www.engadget.com/2005/09/15/xbox-360-launch... http://www.engadget.com/2005/09/27/the-origen-xbox... http://www.engadget.com/2005/09/28/more-to-the-ori... http://findarticles.com/p/articles/mi_zd1up/is_200...