Kontroversi Zaid_Ibrahim

Bayaran ex gratia

Pada 22 Mac 2008, Zaid Ibrahim, yang baru lima hari dilantik sebagai menteri kabinet bertanggungjawab bagi badan kehakiman, mencadangkan agar kerajaan Malaysia meminta maaf kepada mereka yang dikatakan menjadi mangsa dalam Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang membawa kepada pemecatan Tun Salleh Abas dan lima hakim Mahkamah Agung — Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah[22]. Beliau mencadangkan supaya dilakukan reformasi dalam bidang kehakiman untuk mengembalikan kembali kebebasan kehakiman yang dilihat sudah tercalar akibat krisis 1988[23]. Zaid kesal dengan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar saguhati sejumlah RM10.5 juta kepada Tun Salleh Abas, Tan Sri Azmi Kamaruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdoolcadeer, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Seah dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh. Padahal Zaid telah berjanji akan merahsiakan jumlah ex gratia itu. [24]

Perjudian

Semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor, masa lampau beliau dicerca sebagai kaki botol, berjudi, memiliki kuda lumba dan hidup mewah. Lantas beliau mengakuinya ketika masih dalam UMNO. Malahan beliau meminta para menteri UMNO tidak hipokrit, malah patut mengaku pernah terlibat. Kuda bernama 'Kelantan' bernilai $NZ135,000.00 miliknya cukup bagus dan kini dipelihara di Kota Bharu,Kelantan. Tentang hartanya, beliau mencabar para menteri turut mengisytiharkan harta masing-masing dan dibuat perbandingan. Mustafa Ali dari PAS mempertahankan beliau dengan mengambil iktibar daripada Khalifah Umar Al-Khattab dan panglima Islam Khalid bin al-Walid.[25] Kuda adalah sejenis sukan dan ramai raja-raja Melayu mempunyai kuda. Blog Pisau.net mendedahkan Zaid menyimpan pelbagai arca kuda dan gambar lukisan kuda.[26] Zaid menempelak rakan lamanya yang berjudi dan main kasino di luar Malaysia dan pernah kalah judi.[27]

Malaysiakini dalam rencana tanpa nama melaporkan bahawa Zaid mengkritik kerajaan Melaka dalam pelaksanaan pembenterasan aktiviti perjudian di Melaka. Beliau mengaitkan bahawa pemimpin Islam hipokrit dalam hal ini. Menurutnya lagi, jangan menghukum orang yang berjudi sepertinya.[28]

Rujukan

WikiPedia: Zaid_Ibrahim http://www.anwaraidc.com/2010/04/zaid-peminat-nomb... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.forbes.com/lists/2008/56/biz_philanthro... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/polit... http://malaysiakini.com/news/106409 http://malaysiakini.com/news/148592 http://www.malaysiakini.com/columns/129575 http://www.malaysiakini.com/news/119221