Kebudayaan Zaman_Jōmon

Kegiatan manusia pada zaman Jōmon dalam mencari makanan bergantung pada tempat tinggalnya. Manusia yang tinggal di daerah yang mempunyai kekayaan sumber alam mencari makan sebagai pemburu dan pengumpul jenis tanaman yang boleh dimakan. Manusia zaman Jōmon mula mengenal kebudayaan tembikar yang bersifat artistik. Zaman ini terkenal dengan penghasilan tembikarnya (patung atau peralatan yang terbuat dari tanah liat). Terdapat kecenderungan kebudayaan Jōmon lebih berkembang di Jepun timur berdasarkan jumlah tapak penggalian dan pelbagai jenis barang tembikar yang berjaya ditemukan.

Topik Jepun 
Sejarah
Kronologi
Mengikut topik
Geografi
Politik
Kerajaan Jepun
Ekonomi
Sosial
Kebudayaan