Ciri-ciri Argon

Seketul argon pepejal yang pantas mencair.

Argon memiliki keterlarutan dalam air yang lebih kurang sama dengan oksigen dan adalah 2.5 kali ganda lebih larut di dalam air berbanding nitrogen. Argon tidak mempunyai warna dan bau, dan tidak beracun dalam bentuk pepejal, cecair atau gas. Argon bersifat lengai secara kimia dalam kebanyakan keadaan dan tidak membentuk sebarang sebatian stabil yang disahkan dalam suhu bilik.

Walaupun argon adalah gas adi, ia mempunyai kemampuan untuk membentuk beberapa sebatian. Penghasilan argon fluorohidrida (HArF), satu sebatian argon yang agak stabil dengan hidrogen dan fluorin, telah dilaporkan oleh para pengkaji di Universiti Helsinki pada tahun 2000.[2] Walaupun sebatian kimia argon yang neutral dan berkeadaan asas buat masa sekarang hanya terhad kepada HArF, argon boleh membentuk klatrat dengan air apabila atom-atom argon terperangkap di dalam kekisi molekul air.[3] Ion-ion dan kompleks keadaan teruja yang mengandungi argon seperti ArH+ dan ArF diketahui kewujudannya. Pengiraan telah meramalkan beberapa sebatian argon yang sepatutnya stabil secara teori,[4] tetapi belum ada percubaan untuk mensintesis bahan ini telah dilakukan.

Rujukan

WikiPedia: Argon http://environmentalchemistry.com/yogi/periodic/Ar... http://elements.etacude.com/Ar.php http://query.nytimes.com/gst/abstract.html?res=9B0... http://www.geoberg.de/text/geology/07011601.php http://adsabs.harvard.edu/abs/1895RSPTA.186..187R http://adsabs.harvard.edu/abs/2003JChPh.119.6415C http://adsabs.harvard.edu/abs/2006JPhCS..29....1B http://adsabs.harvard.edu/abs/2008ApJ...674..607L http://adsabs.harvard.edu/abs/2012PhRvC..85f5811G http://www.nndc.bnl.gov/content/elements.html