Bundeswehr
Bundeswehr

Bundeswehr

"Angkatan Tentera Jerman" dan "Angkatan bersenjata Jerman" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Angkatan Tentera Jerman (nyahkekaburan).Bundeswehr (Jerman bermaksud "Tentera Persekutuan";  listen (bantuan·maklumat)) ialah nama gabungan bagi angkatan tentera Jerman dan pentadbiran awam serta pihak berkuasa perolehannya. Negeri-negeri di Jerman tidak dibenarkan mempunyai angkatan tentera sendiri, semenjak Perlembagaan Jerman menyatakan bahawa hal ehwal pertahanan berada didalam tanggungjawab kerajaan persekutuan.[5]Bundeswehr telah dibahagikan kepada satu bahagian tentera (angkatan tentera atau Streitkräfte) dan satu bahagian awam berserta pentadbiran angkatan tentera (Wehrverwaltung). Bahagian tentera angkatan pertahanan persekutuan meliputi Heer (Tentera darat), Marine (Tentera laut), Luftwaffe (Tentera udara), cabang-cabang Streitkräftebasis (Pasukan Bantuan Bersama), dan Zentraler Sanitätsdienst (Perkhidmatan Perubatan Bersama).Menjelang 31 Julai 2015, Bundeswehr mempunyai kekuatan lebih kurang 180,000 anggota,[6] meletakkannya dikalangan 30 angkatan tentera terbesar dunia dan meletakkannya tempat kedua terbesar dalam Kesatuan Eropah dibelakang Perancis dari segi keanggotaan.[6] Sebagai tambahan Bundeswehr mempunyai kira-kira 40,000 anggota simpanan (2014).[7] Dengan perbelanjaan ketenteraan Jerman dianggarkan $46.5 bilion (SIPRI, 2014), Bundeswehr adalah diantara sepuluh tentera terbaik dibiayai di dunia, walaupun dari segi bahagian KDNK Jerman, perbelanjaan ketenteraan kekal pada purata 1.2% dan dibawah cadangan NATO sebanyak 2%.[8]

Bundeswehr

Diasaskan 12 November 1955 (1955-11-12)
Pangkat Lencana pangkat Bundeswehr Jerman
Kakitangan diatur 3,187 (14 Oktober 2019)
Peratusan KDNK 1.36% (2019)
Pengerahan Ya
Pembekal domestik Airbus
Rheinmetall
Howaldtswerke-Deutsche Werft
Krauss-Maffei Wegmann
Hensoldt
MBDA Deutschland GmbH
Heckler & Koch
Diehl Defence
Usia masuk tentera 17
Ibu pejabat Berlin, Bonn, dan Potsdam
Sejarah Sejarah ketenteraan Jerman
Pemerintah Tertinggi Ketika masa aman:
ialah Menteri Pertahanan[1]
Selepas pengisytiharan darurat:
ialah Canselor Persekutuan[2]
Eksport tahunan €6.35 bilion (9M pertama tahun 2019)[4]
Bajet €47.320 billion ($54.113 bilion) (2019)[3]
Cabang khidmat Tentera Darat Jerman
Tentera Laut Jerman
Tentera Udara Jerman
Pasukan Bantuan Bersama
Perkhidmatan Perubatan Bersama
Pasukan Siber dan Ruang Informasi
Bentuk kini 3 Oktober 1990
Kakitangan simpanan 28,250 (2018)
Inspektor Jeneral Jeneral Eberhard Zorn (Heer)
Pembekal luar  Kesatuan Eropah
 Amerika Syarikat
Kakitangan aktif 182,832 (31 Julai 2019) (Kedudukan Ke-27)
Menteri Pertahanan Annegret Kramp-Karrenbauer