Demografi Islam

Rencana–rencana utama: Dunia Islam dan Ummah
Populasi Muslim mengikut peratusan

Kajian demografi menyeluruh terhadap 232 negara dan wilayah pada 2009 melaporkan bahawa 23% penduduk dunia atau 1.57 bilion orang merupakan Muslim. Sekitar 80–90% angka ini merupakan Ahli Sunah Waljamaah dan 10–20% adalah Syiah,[8][142][10] dengan minoriti kecil tergolong dalam mazhab lain. Kira-kira 50 negara bermajoriti Muslim,[143] dan sekitar 20% dari semua Muslim seluruh dunia merupakan Arab.[144] Antara 1900 dan 1970 komuniti Muslim sejagat berkembang daripada 200 juta kepada 551 juta;[145] antara 1970 dan 2009 populasi Muslim berkembang lebih tiga kali menjadi 1.57 bilion.

Majoriti Muslim tinggal di Asia dan Afrika.[146] Sekitar 62% Muslim menetap di Asia, dengan lebih 683 juta penganut di Indonesia, Pakistan, India dan Bangladesh.[147][148] Di Timur Tengah, negara bukan Arab seperti Turki dan Iran adalah negara majoriti Muslim terbesar; di Afrika, Mesir dan Nigeria memiliki masyarakat Muslim teramai.[149]

Kebanyakan anggaran menyatakan yang Republik Rakyat China memiliki antara 20 hingga 30 juta Muslim (1.5% hingga 2% penduduk).[150][151][152][153] Bagaimanapun, data daripada International Population Center San Diego State University menunjukkan bahawa China memiliki 65.3 juta Muslim.[154] Islam ialah agama kedua terbesar selepas Kristian di banyak negara Eropah,[155]dan sedang menghampiri status tersebut di benua Amerika, dengan antara 2.45 juta dan kira-kira 7 juta Muslim di Amerika Syarikat.[9][156]

Rujukan

WikiPedia: Islam http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=b... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-07/09/c... http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.ht... http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.ht... http://www.al-shia.com/html/eng/p.php?p=shia'&url=... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/295507/I... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/574006/S... http://www.britannica.com/eb/article-9105852/Islam http://www.cair.com/Portals/0/pdf/The_Mosque_in_Am... http://www.etymonline.com/index.php?term=Islam