Internet Kebebasan_bersuara

Piawaian antarabangsa, kebangsaan, dan rantauan mengiktiraf bahawa kebebasan bersuara, sebagai sejenis kebebasan ekspresi, beraplikasi kepada apa jua medium, termasuk Internet.[3]

Kebebasan maklumat

Rencana utama: Kebebasan maklumat

Jo Glanville, penyunting Indeks Penapisan, menyatakan bahawa "Internet telah menjadi revolusi untuk penapisan sebanyak ia menjadi untuk bebas bersuara." [21] Kebebasan maklumat adalah lanjutan daripada kebebasan bersuara di Internet. Kebebasan maklumat boleh juga merujuk kepada hak privasi dalam konteks Internet dan teknologi maklumat. Sebagaimana kebebasan menyuarakan pendapat, hak privasi juga diiktiraf sebagai hak asasi manusia dan kebebasan maklumat berlaku sebagai lanjutan daripada hak ini.[22] Kebebasan maklumat juga merangkumi penapisan dalam konteks teknologi maklumat, iaitu kebolehan mengakses paparan Web, tanpa penapisan atau apa jua sekatan.[perlu rujukan]

Perisytiharan Prinsip World Summit on the Information Society (WSIS) pada tahun 2003 menggariskan demokrasi dan kesejagatan, ketidakbelahbahagian, dan perhubungan kesemua hak asasi manusia dan kebebasan fundametal. Perisytiharan juga membuat rujukan kepada hak kebebasan menyuarakan pendapat untuk Masyarakat Maklumat dengan menyatakan:

"Kami menggariskan sebagai asas Masyarakat Maklumat, dan sepertimana yang telah digariskan Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, bahawa kesemua orang mempunyai hak kebebasan bersuara]]; dan bahawa hak ini merangkumi kebebasan berpendapat tanpa halangan dan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dan idea melalui sebarang media tanpa batasan. Komunikasi adalah proses sosial yang fundamental, dan keperluan manusia yang asas dan asas kepada semua organisasi sosial. Ia adalah penting kepada Masyarakat Maklumat. Semua orang tidak kira di mana harus punyai peluang untuk terlibat dan tidak sesiapa pun harus dikecualikan daripada keuntungan tawaran Masyarakat Maklumat."[23]

Internet membuka peluang baru untuk mengunakan kebebasan bersuara. Keanoniman, pengkalan data seperti Freenet dan laman gripe membenarkan kebebasan suara dengan menjamin bahawa perisian tidak boleh dihapuskan atau ditapis.[perlu rujukan]

Penapisan internet

Konsep kebebasan maklumat muncul sebagai respon pada penapisan internet yang ditaja oleh negara, iaitu memantau dan mengawas internet. Penapisan Internet termasuk mengawal atau menyekat penerbitan atau pengaksesan maklumat di Internet.[perlu rujukan] Yayasan Penyempadanan Internet (Electronic Frontier Foundation, EFF) adalah satu organisasi yang berdedikasi kepada kebebasan bersuara di Internet. Inisiatif Internet Terbuka (ONI) adalah satu kerjasama antara Citizen Lab di Pusat Munk untuk Pengajian Antarabangsa, Universiti Toronto, Pusat Berkman untuk Internet dan Masyarakat di Fakulti Undang-Undang Harvard, Kumpulan Penyelidikan Rangkaian Maju di Program Keselamatan Cambridge di Universiti Cambridge dan Institut Internet Oxford di Universiti Oxford yang bertujuan menyiasat, membongkarkan, dan menganalisa amalan penapisan dan pengawalan Internet secara kredibel dan tidak berpihak.[perlu rujukan] Kumpulan seperti Konsortium Global untuk Kebebasan Internet menyokong kebebasan maklumat untuk apa yang disifatkan mereke sebagai "masyarakat tertutup".[24]

Mengikut kata "senarai musuh internet" Reporters without Borders (RSF) negara-negara berikut mengamalkan penapisan Internet yang menyeluruh: Cuba, Iran, Kepulauan Maldives, Myanmar/Burma, Korea Utara, Syria, Tunisia, Uzbekistan dan Vietnam.[25]

Contoh yang diumumkan baru-baru ini adalah "Tembok Api Besar China" (sebagai rujukan kepada fungsinya sebagai peranti rangkaian dan kepada Tembok Besar China). Sistem menghalang paparan Internet dengan menghalang alamat IP dari dihubungkan dan dan terdiri daripada peranti standard dan server proksi di pintu-pintu laluan di Internet. Sistem ini juga secara selektif meracuni DNS apabila sesetengah laman diminta. Kerajaan tidak secara sistematik memantau paparan Internet disebabkan ia tidak praktikal.[26] Penapisan Internet di Republik Rakyat China dilakukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pentadbiran yang pelbagai. Mengikut lunas undang-undang ini, lebih daripada 60 peraturan-peraturan telah dibuat di bawah Kerajaan Republik Rakyat China, dan sistem penapisan diimplementasikan secara ketat oleh ISP-ISP, syarikat-syarikat perniagaan, dan organisasi-organisasi.[27][28]