Kerjaya Kimi_Räikkönen

Kerjaya awal (sehingga tahun 2000)

Raikkonen dilahirkan di Espoo. Beliau bermula dalam sukan kart pada umur sepuluh tahun. Perlumbaan pertamanya di luar negara Finland ialah di Monaco, apabila beliau berusia 15 tahun. Pada perlumbaan tersebut, sterengnya patah, tetapi beliau meneruskan perlumbaan dan memaklumkan mekaniknya dengan melambaikan stereng yang patah itu di udara. Pada tahun 1998, beliau menjadi juara dalam Kejuaraan Nordic (kart) di Varna, Norway. Pada tahun 1999, Räikkönen mendapat tempat kedua dalam kejuaraan European Formula Super A, dan juga bersaing dalam kejuaraan Formula Ford Euro Cup. Pada usia 20 tahun, beliau memenangi kejuaraan British Formula Renault pada tahun 1999, dengan memenangi empat perlumbaan pertama tahun tersebut. Pada tahun 2000, beliau memenangi tujuh daripada sepuluh acara dalam kejuaraan Formula Renault UK.

Sauber (2001)

Atas dasar keputusan ini, Peter Sauber memberikan kebenaran kepada Räikkönen untuk menguji bersama pasukan Formula Satu Sauber pada bulan September 2000 di Litar Mugello.[1] Selepas menjalani ujian lanjut di Jerez dan Barcelona, Sauber menandatangani Räikkönen sebagai pemandu mereka bagi musim 2001. Walau bagaimanapun, sesetengah pengkritik (termasuk presiden FIA, Max Mosley) menyuarakan kebimbangannya atas pemberian Lesen Super kepada pemandu yang tidak berpengalaman; Raikkonen hanya berlumba dalam 23 perlumbaan kereta. Bagaimanapun, beliau diberikan lesen dan mendapat mata kejuaraan pada penampilan sulungnya di Grand Prix Australia 2001. Raikkonen tidur 30 minit sebelum perlumbaan tersebut.[2]

Prestasi Räikkönen pada tahun pertamanya dalam Formula Satu agak memuaskan. Räikkönen mendapat mata kejuaraan dalam empat perlumbaan. Dengan mendapat sembilan mata kejuaraan, Räikkönen, bersama-sama dengan rakan sepasukan, Nick Heidfeld, membantu Sauber untuk mendapat keputusan terbaik mereka dalam Kejuaraan Pengeluar, iaitu tempat keempat.

McLaren (2002-2006)

2002

Räikkönen telah lama dikaitkan kepada pembekal enjin Sauber, Ferrari. Sebaliknya, pencapaian Räikkönen pada tahun 2001 telah mengagumkan pasukan McLaren yang diuruskan oleh Ron Dennis pada tahun 2002. Beliau mengambil alih tempat mentor dan rakannya, Mika Häkkinen.

Räikkönen di Grand Prix Amerika Syarikat pada tahun 2002.

Räikkönen mendapat podium pertamanya untuk McLaren pada perlumbaan pertama musim 2002 di Grand Prix Australia. Walaupun McLaren mengalami kegagalan enjin yang banyak pada tahun 2002, Räikkönen mendapat 24 mata dan menaiki podium sebanyak empat kali. Räikkönen hampir memenangi Grand Prix pertamanya di Perancis, namun melakukan kesilapan pada selekoh tajam Adelaide dengan baki beberapa pusingan.[3] Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua. Räikkönen menamatkan musim di tangga keenam, satu tempat di belakang rakan sepasukan beliau, David Coulthard, dan McLaren menamatkan musim di tangga ketiga dalam Kejuaraan Pengeluar.

Ferrari

Räikkönen memenangi perlumbaan ketiga 2007 di Silverstone.

2007

Selepas Grand Prix Itali 2006, pasukan Ferrari mengumumkan Räikkönen telah menandatangani kontrak 3 tahun bersama Scuderia Ferrari untuk musim 2007-2009. Beliau memenangi perlumbaan pertama musim 2007 di Australia.

Dalam perlumbaan Grand Prix Malaysia 2007, Raikonen berada di tempat ke-3. Di Grand Prix Bahrain 2007, beliau di belakang pemandu McLaren, Fernando Alonso dan menduduki tempat ke-3. Di Grand Prix Sepanyol 2007 pula, Raikonen tidak dapat menamatkan perlumbaan selepas pusingan ke-10 kerana keretanya mengalami masalah elektrik. Di Grand Prix Monaco pula, Raikonen mendapat tempat ke-8. Di Grand Prix Sepanyol, beliau buat pertama kali gagal menghabiskan perlumbaan sejak menyertai Ferrari.

Räikkönen di Spa, dimana dia memenangi perlumbaan keempat musim tersebut.

Hanya empat perlumbaan selepas itu, Räikkönen berjaya memenangi dua lagi perlumbaan berturut-turut di Grand Prix Perancis dan Grand Prix British. Beliau gagal menghabiskan perlumbaan sekali lagi di GP Eropah. Apabila penghujung musim kian dekat, Räikkönen memenangi GP Belgium dan GP China. Ini diikuti oleh Grand Prix Brazil 2007 dramatis yang menyaksikan Räikkönen menang buat kali keenam dalam musim ini lalu meraih gelaran Kejuaraan Dunia Formula Satu musim 2007, sekaligus mengetepikan juara bertahan Alonso dan juga menghancurkan hasrat Hamilton untuk menjadi pelumba pertama untuk menjadi juara keseluruhan Formula Satu dalam musim pertamanya.

2008

Selepas perlumbaan pertama yang di Australia, beliau memenangi perlumbaan pertamanya bagi musim 2008 di Grand Prix Malaysia, di hadapan Robert Kubica dan Heikki Kovalainen. Di Bahrain, Räikkönen bermula dari tempat keempat dan menghabiskan perlumbaan di tempat kedua, di hadapan rakan sepasukan, Felipe Massa.

Räikkönen di Grand Prix Malaysia 2008.

Di Sepanyol, Raikkonen mendapat petak pertama yang ke-15 kerjayanya dan yang pertama dalam musim 2008. Beliau berjaya memenangi perlumbaan tersebut dan menetapkan pusingan terpantas dalam perlumbaan tersebut.

Di Grand Prix Turki, Räikkönen memulakan perlumbaan dari tempat keempat. Walaupun sayap depan keretanya rosak pada peringkat awal perlumbaan, Räikkönen masih mampu untuk menetapkan pusingan terpantas perlumbaan itu dan beliau menghabiskan perlumbaan tersebut di tempat ketiga.

Räikkönen memandu untuk Ferrari di Grand Prix Kanada 2008.

Räikkönen mengambil petak pertama yang ke-16 kerjayanya di Perancis, dan ia merupakan petak pertama yang ke-200 bagi Scuderia Ferrari. Räikkönen menguasai perlumbaan tersebut dengan menetapkan pusingan terpantas dan mendahului perlumbaan tersebut sehingga kegagalan ekzos mengancurkan niatnya untuk memenangi perlumbaan itu. Prestasi enjin dari keretanya menurun disebabkan kegagalan ekzoz ini. Rakan sepasukan, Felipe Massa, kemudiannya memenangi perlumbaan tersebut di hadapan Räikkönen.

Räikkönen bermula dari tempat ketiga di Grand Prix British. Perlumbaan ini diadakan dalam keadaan hujan lebat dan beliau menghabiskan perlumbaan di tempat keempat.

Di Grand Prix Jerman, Räikkönen bermula dari tempat keenam dan beliau tidak memulakan perlumbaan dengan baik. Beliau berada di tempat kelima ketika kereta keselamatan dikeluarkan selepas Timo Glock mengalami kemalangan. Rakan sepasukan, Felipe Massa berada dihadapan Räikkönen, dan hasilnya, Raikkonen terpaksa menunggu di belakang Massa apabila lorong pit dibuka. Beliau turun ke tempat ke-12, tetapi dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-6.

Di Grand Prix Hungary, Räikkönen sekali lagi bermula di tempat ke-6. Beliau kehilangan tempat tersebut kepada Alonso pada awal perlumbaan, namun Räikkönen akhirnya menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga.

Kembali ke Formula Satu

Lotus (2012–)

Räikkönen memandu untuk Lotus di Grand Prix Malaysia 2012.

Pada minggu sebelum Grand Prix Singapura 2011, beberapa sumber berita melaporkan bahawa Räikkönen akan kembali ke Formula Satu pada musim 2012 dengan pasukan Williams F1 selepas beliau didapati berada di ibu pejabat pasukan tersebut di Grove, Oxfordshire.[4] Beberapa laporan menyatakan bahawa Räikkönen telah membuat satu perundingan awal dengan pasukan itu.[5] Walau bagaimanapun, Williams enggan mengulas mengenai laporan tersebut. Pada 29 November 2011, ia telah diumumkan bahawa Räikkönen akan kembali ke Formula Satu pada tahun 2012, dan menandatangani kontrak dua tahun bersama Lotus.[6]

2012

Räikkönen memulakan musim ini dengan mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan di Grand Prix Australia. Beliau memulakan perlumbaan tersebut dengan baik dan akhirnya beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.[7] Di Grand Prix China, beliau tidak begitu cemerlang. Beliau hanya mampu menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-14. Namun nasibnya berubah di Grand Prix Bahrain apabila beliau mendapat tempat kedua, selepas bermula dari tempat kesebelas. Ia merupakan podium pertamanya sejak beliau kembali ke Formula Satu. Tiga minggu kemudian, Räikkönen mendapat tempat ketiga di Grand Prix Sepanyol, selepas bermula di tempat kelima, namun beliau dinaikkan kedudukan ke tempat keempat selepas Lewis Hamilton diberikan penalti selepas pusingan kelayakan. Di Grand Prix Eropah, beliau mendapat tempat kedua, di belakang Fernando Alonso. Di Grand Prix British, beliau mendapat tempat kelima, selepas bermula dari tempat keenam. Di Jerman, beliau mendapat tempat ketiga, manakala di Hungary, beliau bersaing bersama rakan sepasukan, Romain Grosjean, dan berjaya mendapat tempat kedua.

Räikkönen di Grand Prix Jerman.Räikkönen di Grand Prix Amerika Syarikat.

Pada perlumbaan seterusnya di Belgium, Räikkönen mendapat podium keenamnya dengan mendapat tempat ketiga. Seminggu kemudian di Grand Prix Itali di Monza, Räikkönen bermula di tempat ketujuh dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Di Grand Prix Singapura, Räikkönen hanya mampu mendapat tempat ke-12 pada pusingan kelayakan kerana Lotus E20 beliau tidak dapat menandingi tiga pasukan teratas dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Di Grand Prix Jepun 2012, Räikkönen mendapat tempat kelapan pada pusingan kelayakan selepas berpusing pada Q3. Beliau mendapat tempat keenam dalam perlumbaan tersebut selepas dipotong oleh Lewis Hamilton selepas Lewis keluar daripada lorong pit. Di Grand Prix Korea, beliau bermula dan menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Di Grand Prix India, Räikkönen melayakkan diri di tempat ketujuh. Beliau tidak dapat memperbaiki kedudukannya dan menamatkan perlumbaan di tempat yang sama kerana keretanya tidak mempunyai kelajuan yang tinggi di jalan yang lurus. Selepas perlumbaan ini, Räikkönen melanjutkan kontraknya bersama Lotus, dan akan kekal bersama mereka sehingga akhir musim 2013. Pada 4 November 2012, Räikkönen memenangi perlumbaan pertama untuk Lotus F1 di Grand Prix Abu Dhabi selepas bermula dengan baik. Beliau memintas kedua-dua Pastor Maldonado dan Mark Webber pada selekoh pertama. Walaupun beliau tidak dapat menyamai kelajuan Hamilton, isu mekanikal menyebabkan Hamilton bersara dan Räikkönen memenangi perlumbaan tersebut. Di Brazil, iaitu perlumbaan terakhir dalam kalendar Formula Satu musim 2013, Räikkönen bermula dari tempat kesembilan dan menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Räikkönen menamatkan musim di tangga ketiga dalam kedudukan Kejuaraan Pemandu Dunia.

2013

Pada 29 Oktober 2012, pasukan Lotus F1 mengesahkan bahawa Räikkönen akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2013. Pada 17 Mac, beliau memenangi perlumbaan pertama musim di Australia, meskipun memulakan perlumbaan dari tempat ketujuh, selepas hanya perlu melakukan dua perhentian pit.

Di Grand Prix Malaysia, Räikkönen berjaya memasuki Q3 dan mendapat tempat ketujuh, namun diberikan penalti kerana menghalang Nico Rosberg dan menyebabkan Räikkönen bermula dari tempat kesepuluh.[8] [9] Beliau akhirnya menamatkan perlumbaan ini di tempat ketujuh, di belakang rakan sepasukannya yang mendapat tempat keenam, Romain Grosjean. Räikkönen melayakkan diri di tempat ketujuh di Malaysia, namun diturunkan tiga-petak kedudukan kerana menghalang Nico Rosberg pada sesi kelayakan.[10] Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, di belakang rakan sepasukan, Grosjean.[11] Di Grand Prix China, beliau mendapat tempat kedua, walaupun jatuh dua tempat pada petak permulaan dan mengalami kerosakan pada keretanya semasa bersaing bersama Sergio Pérez.

Rujukan

WikiPedia: Kimi_Räikkönen http://www.autosport.com/news/report.php/id/98172 http://www.f1db.com/tiki-index.php?page=Kimi%20Rai... http://www.formula1.com/news/headlines/2013/3/1439... http://www.formula1.com/news/headlines/2013/3/1440... http://www.formula1.com/results/season/2013/894/71... http://www.imdb.com/name/nm1688722/ http://www.jamesallenonf1.com/2011/09/raikkonen-po... http://www.kimiraikkonen.com http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/formula_one/159343... http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/formula_one/150245...