Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Inggeris Trans-Pacific Partnership Agreement atau
TPPA, kadangkala dirujuk sebagai
TPP sahaja) ialah
perjanjian perdagangan bebas yang dirunding oleh 11 negara di rantau
Asia Pasifik iaitu
Australia,
Brunei,
Kanada,
Chile,
Jepun,
Malaysia,
Mexico,
New Zealand,
Peru,
Singapura dan
Vietnam. Perjanjian ini bermula pada 2005 sebagai
Perjanjian Perkongsian Strategik Trans-Pasifik (TPSEP atau P4). Negara-negara anggota telah menetapkan matlamat untuk memuktamadkan perundingan pada tahun 2012 tetapi isu-isu kontroversi seperti pertanian, harta intelek, perkhidmatan dan pelaburan telah menyebabkan perundingan masih berterusan sehingga ia dimuktamadkan pada 2015. Beberapa siri rundinga n telah dibuat antaranya
Ottawa (2014),
Hanoi (2014),
Hawaii (2015) dan Atlanta (2015). Kelulusan TPP adalah salah satu matlamat utama dalam agenda perdagangan pentadbiran
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.TPP bertujuan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota, menggalakkan inovasi, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, dan menyokong penjanaan dan pengekalan pekerjaan. Sungguh pun begitu, perundingan ini dikritik antaranya oleh golongan profesional perubatan, aktivis kebebasan internet, aktivis alam sekitar, kumpulan buruh dan ahli politik kerana ia dilakukan secara rahsia, skop perjanjian yang yang meluas, dan klausa kontroversi dalam draf yang dibocorkan.