Korea (한국, 韓國) atau
Chosŏn (조선, 朝鮮) merupakan sebuah kawasan geografi dan peradaban (tamadun) yang terdapat di
Semenanjung Korea di
Asia Timur. Semenanjung ini terletak di antara
Tanah Besar China dan
gugusan Kepulauan Jepun serta dikelilingi oleh tiga laut iaitu
Laut Kuning di
barat,
Selat Korea di
selatan dan
Laut Jepun di
timur. Korea merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia dimana ia telah tercatat di dalam sejarah sekitar tahun 2,333
SM. Pada tahun
1910, Korea telah dijajah oleh
kuasa Jepun dan menjadi tanah jajahannya sehingga tahun
1945. Selepas berlakunya
Perang Dunia Kedua,
Amerika Syarikat dan
Kesatuan Republik Soviet Sosialis (KSSR) telah berperang di kawasan itu. Peperangan tersebut telah menyebabkan Korea dibahagi kepada dua entiti politik yang berbeza iaitu
Republik Demokratik Rakyat Korea (조선 민주주의 인민 공화국, 朝鮮民主主義人民共和國) yang diperintah oleh pihak berfahaman
komunis serta
Republik Korea (대한민국, 大韓民國) yang merupakan sebuah negara
demokrasi yang
kapitalis dan bebas.
Selanjutnya...Korea Selatan atau nama rasminya
Republik Korea (
RK,
Hangul: 대한민국,
Hanja: 大韓民國) ialah sebuah
negara berdaulat di
Asia Timur yang terletak di bahagian
selatan Semenanjung Korea. Ia berjiran dengan
Republik Rakyat China (
Tanah Besar China) di
barat,
Jepun di
timur,
Korea Utara di
utara, dan
Laut China Barat dan
Republik China (
Taiwan) di
selatan. Ibu negara dan bandaraya terbesarnya ialah
Seoul. Korea Selatan terletak dalam kawasan beriklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap dengan rupa bumi yang bergunung-ganang. Wilayahnya meliputi kawasan seluas 99,392 kilometer persegi dan diduduki seramai 50 juta orang termasuk di Seoul sahaja yang diduduki 10.4 juta orang.Hasil pencarian arkeologi mendapati bahawa
Semenanjung Korea pernah diduduki manusia seawal
zaman Paleolitik Awal.
Sejarah Korea bermula dengan penubuhan kerajaan Gojoseon pada tahun 2333 SM oleh Raja Dan-gun yang legenda. Ekoran penyatuan Tiga Kerajaan Korea di bawah pemerintahan Silla pada 668 M,
Korea melalui Dinasti Goryeo dan Dinasti Joseon sebagai satu negara sehingga berakhirnya Empayar Korea pada tahun 1910, apabila Korea diilhakkan oleh
Jepun. Selepas dibebaskan lalu diduduki oleh tentera
Soviet dan
Amerika Syarikat. Pada akhir
Perang Dunia Kedua, negara Korea terbahagi kepada Utara dan Selatan. Korea Selatan ditubuhkan sebagai negara demokrasi pada tahun
1948, namun ia terpaksa mengharungi kekacauan politik dan pemerintahan tentera yang berlarutan selama puluhan tahun lagi hingga tertubuhnya Republik Keenam pada tahun
1987.
Gambar Pilihan«
CheomseongdaeOleh: Caspian blue, dimuat naik oleh
Caspian bluePerlesenan:
GNURencana Utama : Sejarah KoreaTokoh Sejarah :
Sejong yang Agung - Gojong - Ahn Jung-geun - Shin Yun-bok - Yi Sun-sin - St. Andrew Kim Taegon - Kim Il-sung - Park Chung-hee - Syngman RheeRencana utama : Kebudayaan Korea Kemboja Hong Kong (China) Indonesia Kazakhstan Macau (China) Malaysia Palestin Republik China (Taiwan) Republik Rakyat China VietnamFerbnessaLGBTPortal lainSegar semula lamanTemplat:Link FA