Tamadun Sejarah_dunia

Negeri

Rencana–rencana utama: Negara dan Tamadun

Revolusi Pertanian pertama mendorong kepada beberapa perubahan utama. Ia membenarkan penduduk lebih padat, yang mengikut masa membentuk negeri. Terdapat beberapa takrifan bagi istilah, "negeri." Max Weber dan Norbert Elias mentakrifkan negeri sebagai organisasi manusia yang mempunyai monopoli bagi penggunaan kekerasan sah bagi kawasan geografik yang khusus.

Sempadan menetapkan negeri— contoh jelas adalah Tembok Besar China, yang merentangi lebih 6,400 km, dan pertama kali didirikan pada abad ke-3 SM bagi melindungi bahagian utara dari penceroboh nomad yang dikenali sebagai Xiongnu. Ia telah dibina semula dan diperkukuhkan beberapa kali semenjak itu.

Negeri pertama dipercayai muncul di Mesopotamia, barat Iran, Mesir Purba dan Lembah Indus pada akhir alaf ke-4 dan awal alaf ke-3 SM.Semasa Zaman Gangsa di Mesopotamia dan Iran, terdapat beberapa negeri-bandar. Mesir Purba bermula sebagai negeri tanpa bandar, tetapi kemudian membangunkannya. Negeri muncul di China pada akhir alaf ke-3 dan awal alaf ke-2 SM.

Sesebuah negeri biasanya memerlukan tentera bagi menguatkuasa kekuatan secara sah. Tentera pula memerlukan birokrat bagi mengekalkannya. Satu-satunya pengecualian kepada aturan ini kelihatannya bagi tamadun Lembah Indus, iaitu tidak terdapat bukti bagi kewujudan kuasa tentera.

Perang utama berlaku antara negara di Timur Tengah. Sekitar 1275 Sebelum Masihi, Hittite di bawah Muwatalli II dan Mesir di bawah Ramesses II menandatangani perjanjian Kadesh, perjanjian keamanan tertua dunia.[2]

Empayar mula wujud, dengan penaklukan kawasan yang diperintah oleh puak utama, sebagaimana yang berlaku di Empayar Neo-Assyria (abad ke-10 SM), Empayar Parsi Achaemenid (abad ke-6 SM), Empayar Mauryan (abad ke-4 SM), Qin dan Dinasti Han (abad ke-3 SM), dan Empayar Rom (abad ke-1 SM).

Pertembungan antara empayar termasuk yang berlaku pada abad ke-8, apabila Khalifah Islam dari Arab (memerintah dari Sepanyol hingga ke Iran) dan dinasti Tang China (yang memerintah dari Xinjiang hingga ke Korea) bertempur selama beberapa dekad bagi mengawal Asia Tengah.

Skrip Kuneiform, sistem penulisan terawal yang diketahui.

Empayar daratan satu sempadan terbesar dalam sejarah adalah Empayar Mongol pada abad ke-13. Menjelang masa itu, kebanyakan orang di Eropah, Asia dan Afrika Utara merupakan sebahagian dari negara. Terdapat juga negara di Mexico dan barat Amerika Selatan. Negara mengawal semakin banyak jajahan dan penduduk dunia; kawasan "kosong" terakhir, tidak termasuk Antartika yang tidak didiami, akan dibahagikan antara negara dalam Persidangan Berlin (1884-1885).

Bandar dan perdagangan

Rencana–rencana utama: Bandar dan perdagangan

Pertanian turut mencipta, dan membenarkan penyimpanan, lebihan makanan yang mampu menyokong orang yang tidak terbabit secara langsung dalam penghasilan makanan. Pembangunan pertanian membenarkan penubuhan bandar pertama. Ini adalah pusat perdagangan, pengilangan, dan kuasa politik dengan hampir tiada keluaran pertanian mereka sendiri. Bandar menubuhkan hubungan simbiosis dengan kawasan desa sekeliling, menyerap keluaran pertanian dan sebaliknya memberikan barangan dan pelbagai tahap perlindungan tentera.

Pembangunan bandar menghasilkan secara etimologi dan juga kebangkitan tamadun itu sendiri: yang pertama ialah tamadun Sumeria, di bahagian bawah Mesopotamia (3500 SM), diikuti oleh tamadun Mesir sepanjang sungai Nil (3300 SM) dan tamadun Harappan di Lembah Indus (3300 SM). Bandar besar didirikan, dengan kerumitan ekonomi dan masyarakat tahap tinggi. Setiap tamadun ini begitu berbeza sesama sendiri sehinggakan ia hampir pasti berasal secara berasingan. Ia dalam tompoh ini, dan disebabkan keperluan menguruskan bandar, hinggakan tulisan dan perdagangan meluas diperkenalkan.

Penulisan terawal yang diketahui adalah skrip kuneiform, dicipta oleh orang-orang Sumeria sejak sekitar 3000 SM. Tulisan Kuneiform bermula sebagai sistem piktograf. Melalui masa, lambang gambar dipermudahkan dan menjadi lebih abstrak. Kuneiform ditulis pada kepingan tanah liat, dari mana simbol dilukis dengan mensiang tumpul sebagai stilus. Abjad pertama digunakan pada Zaman Gangsa Pertengahan (2000-1500 SM). Darinya terbentuk abjad Phoenicia, yang digunakan bagi menulis bahasa Phoenicia. Abjad Phoenicia merupakan leluhur kebanyakan sistem tulisan yang digunakan hari ini.

Di China, masyarakat proto-bandar mungkin telah terbentuk dari 2500 SM, tetapi dinasti pertama yang dikenal pasti oleh pakar arkeologi adalah Dinasti Shang.

Pada alaf ke-2 SM melihat kewujudan tamadun di Caanan, Crete, tanah besar Yunani, dan Turki tengah.

Laluan perdagangan yang digunakan pada sekitar kurun 1 berpusat di Laluan Sutera.

Di Amerika, tamadun seperti Maya, Zapotec, Moche, dan Nazca muncul di Mesoamerika dan Peru pada hujung alaf pertama SM.

Syiling pertama di dunia diperkenalkan sekitar 625 SM di Lydia (barat Anatolia, di Turki) moden.[3]

Laluan Perdagangan muncul di timur Mediterranean pada alaf ke-4 SM. Lalaun perdagangan jarak jauh mula muncul pada alaf ke-3 SM, Kaum Sumeria di Mesopotamia berdagang dengan tamadun Harappan dari lembah Indus. Laluan Sutera antara China dan Syria mula digunakan pada alaf ke-2 SM. Bandar di Asia Tengah dan Parsi merupakan persimpangan jalan bagi laluan perdagangan ini. Makam dinastik Silla telah dijumpai di Korea, mengandungi tinggalan seperti cawan wain yang dihasilkan di Iran.[4] Tamadun Phoenicia dan Yunani mengasaskan empayar berasaskan perdagangan di lembangan Mediterranean pada alaf pertama SM.

Pada akhir alaf pertama dan awal alaf ke-2, kaum Arab menguasai laluan perdagangan di Lautan Hindi, Asia Timur, dan Sahara. Pada akhir alaf pertama, kaum-kaum Arab dan Yahudi menguasai perdagangan di Mediterranean. Pada awal alaf ke-2, penduduk di Itali mengambil alih peranan ini, dan bandar Flanders dan Jerman merupakan pusat laluan perdagangan di Eropah Utara yang dikawal oleh Liga Hansa. Di semua kawasan, bandar utama berkembang di persimpangan sepanjang laluan perdagangan.

Agama dan falsafah

Rencana–rencana utama: Sejarah falsafah, Perkembangan agama, dan Sejarah agama
Kuil Angkor Wat, Kemboja, awal abad ke-12.

Falsafah dan agama baru muncul di timur dan barat, terutamanya sekitar abad ke-6 SM. Menjelang masa, pelbagai variasi agama berkembang di sekeliling dunia, dengan antara yang paling awal adalah Hindu, Buddhisme dan Jainisme di India, dan Majusi di Parsi. Agama Ibraham menjejak asal mereka kepada agama Yahudi, sekitar 1800 SM.

Di timur, tiga aliran pemikiran menguasai pemikiran China sehingga zaman moden masa kini. Ia termasuk Taoisme, Legalisme dan Konfusianisme. Tradisi Konfusianisme, yang paling berkuasa, melihat kearah moral politik dan bukannya menggunakan kuasa undang-undang tetapi ke arah kuasa dan contoh tradisi. Konfusianisme akan kemudian tersebar ke Semenanjung Korea dan Goguryeo[5] dan kepada Jepun.

Di barat, falsafah Yunani, diwakili oleh Socrates, Plato dan Aristotle, tersebar ke seluruh Eropah dan Timur Tengah pada abad ke-4 SM melalui penaklukan oleh Alexander III dari Macedon, atau lebih dikenali sebagai Alexander Agung.

Rujukan

WikiPedia: Sejarah_dunia http://www.atypon-link.com/AEAP/doi/abs/10.1257/08... http://www.blackwell-synergy.com/doi/pdf/10.1111/j... http://www.justiniansflea.com/events.htm http://encarta.msn.com/encyclopedia_761575057_13/s... http://www.skkok.com/?_page=43 http://dpalm.med.uth.tmc.edu/courses/BT2003/BTstud... http://www.ph.ucla.edu/EPI/bioter/anempiresepidemi... http://www.digitalhistory.uh.edu/historyonline/con... http://www3.niaid.nih.gov/news/newsreleases/1996/p... http://www.reshafim.org.il/ad/egypt/ramses-hattusi...