Tentera Shinigami_(Bleach)

Tentera shinigami terdiri daripada tiga elemen yang unik: Gotei 13 (13 Bahagian), Pasukan Kidō dan pasukan khas.

Pasukan Seni Syaitan

Tidak banyak yang diketahui tentang Pasukan Kidō (鬼道衆, kidōshū) kecuali bahagian ini ini mengambil pelajar dari Akademi Shinigami yang mahir menggunakan kidō sebagai ahli dan kesemua operasinya ialah maklumat sulit.

Pasukan Kidō bertanggungjawab membuka "Pintu Menembusi Dunia" (穿界門, senkaimon) di antara dunia manusia dengan Soul Society.

Pasukan khas

Juga dikenali sebagai Unit Gerakan Rahsia (隠密機動, onmitsukidō). Pangkat tertinggi ialah Eksekutif Militia (刑軍, keigun), pangkat kedua tertinggi ialah Pasukan Rondaan (警邏隊, keiratai) dan bahagian kelima ialah Kuasa Pembetulan (裏挺隊, riteitai). Nama dan fungsi dua bahagian lain tidak diketahui. Tidak banyak informasi yang diberikan berkenaan dengan operasi pasukan khas.

Pasukan khas kini diketuai oleh Kapten Soifon dari Bahagian ke-2 Gotei 13. Dia mengambil alih kedudukan Shihouin Yoruichi yang meninggalkan Soul Society 100 tahun dahulu.

Pangkat

Ketua bagi pasukan khas dipanggil komander bertugas (総司令官, sōshireikan). Ketua bagi setiap bahagian (terdapat lima orang kesemuanya) digelar sebagai komander pasukan (軍団長, gundanchō). Walaupun cara pangkat lain berfungsi dalam pasukan khas belum diketahui, seperti Gotei 13, ketua bagi pasukan ini biasanya turut memimpin bahagian atasan iaitu Eksekutif Militia tetapi komander pasukan khas mempunyai beberapa orang pengawal peribadi, berbeza pula dengan Gotei 13.

Pakaian seragam

Walaupun jeneral bagi pasukan khas mengenakan pakaian seragam seperti seragam shinigami piawai, pakaian Eksekutif Militia berbeza sedikit daripada mereka dalam Gotei 13. Secara keseluruhan, pakaian mereka seakan-akan seragam ninja. Pakaian mereka tidak mempunyai anak baju berwarna putih dan selendang yang diikat pada pinggang berwarna hitam, bukannya putih. Sehelai kain digunakan untuk menutup sebahagian daripada muka dan dalam anime, menutupi rambut juga (tetapi tidak menutupi mata). Mereka memakai stokin sahaja (tidak memakai cepu). Bahagian lengan dan hujung seluar diikat ketat dengan kain supaya pakaian tidak bergerak terlalu banyak (mungkin untuk mengurangkan bunyi semasa bergerak dan mempertingkat ketangkasan).

Ketua militia memakai seragam yang sama tetapi dengan bahagian belakang dan bahu terdedah. Hal ini disebabkan oleh teknik "Tangisan Kilat" (瞬閧, shunkō). Teknik ini menggabungkan pertarungan fizikal dengan seni syaitan untuk menghasilkan tekanan semangat tinggi yang tertumpu di bahagian belakang dan bahu sehingga mencarik-carikkan fabrik.

Pakaian seragam Kuasa Pembetulan adalah sangat berbeza. Tenteranya memakai seragam putih, sehelai aksesori kepala yang panjang dan beg sandang.

Gotei 13

Gotei 13 (護廷十三隊, goteijūsantai) ialah organisasi yang dianggotai oleh kebanyakan shinigami. Organisasi ini berpecah kepada tiga belas bahagian (sejajar dengan namanya) dan setiap bahagian mempunyai kepakaran khusus dalam bidang tertentu. Bahagian ke-4 berfungsi untuk membantu dalam perubatan dan pembekalan, Bahagian ke-11 khusus dalam pertarungan (mahir bermain pedang) manakala Bahagian ke-12 bertugas ke atas penyelidikan dan kajian saintifik. Fungsi khas bahagian lain tidak dijelaskan dan hanya tiga bahagian yang dinyatakan tadi diberikan penekanan.

Pangkat

Seperti pasukan tentera biasa, Gotei 13 juga mempunyai pangkat. Terdapat 21 pangkat untuk pegawai dan tiada pangkat bagi mereka yang bukan bertaraf pegawai. Pengelasan pangkat-pangkat adalah seperti di bawah, dari yang tertinggi hingga terendah.

Jeneral-Komander

Sōtaichō (総隊長) ialah pemimpin Gotei 13 dan kapten bagi Bahagian Pertama. Shinigami yang menduduki jawatan ini ialah Yamamoto-Genryūsai Shigekuni.

Komander Unit

Komader unit sering kali dipanggil kapten (隊長, Taichō) dan merupakan ketua bagi bahagian masing-masing. Gelaran "Kapten" bukan merupakan terjemahan terbaik kepada pangkat sebenar mereka tetapi sesuai digunakan jika berdasarkan saiz unit yang diketuai oleh mereka. Sebuah unit dalam Gotei 13 biasanya terdiri daripada 200 orang ahli.

Kapten merupakan antara shinigami yang paling dihormati di Soul Society selain daripada Bilik Utama 46, Pasukan Seni Syaitan dan ketua bagi pasukan khas. Kecuali Zaraki Kenpachi, kesemua kapten dapat membebaskan zanpakutō pada tahap terakhir dan biasanya jauh lebih kuat daripada leftenan mereka. Shinigami yang boleh menggunakan tahap terakhir mempunyai kekuatan lima hingga sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang tidak tahu menggunakannya. Untuk mencapai tahap ini, mereka harus menerima latihan intensif dan berlatih untuk menguasai kuasa tersebut agar dapat digunakan secara berkesan dalam pertarungan sebenar. Kebanyakan kapten juga mahir menggunakan langkah kilat, seni syaitan dan mempunyai pengetahuan yang meluas tentang sejarah shinigami serta taktik pertempuran. Kesemua faktor ini menghasilkan jurang besar berkenaan kekuatan antara kapten dengan shinigami berkelas bawahan.

Terdapat tiga cara berlainan untuk menjadi seorang kapten dalam Gotei 13:

  1. Menduduki ujian kelayakan kapten (隊首, taishu) yang menguji keupayaan calon menggunakan tahap terakhir zanpakutō. Kemungkinan besar kebanyakan shinigami menjadi kapten dengan kaedah ini. Sekurang-kurangnya tiga orang kapten termasuklah Jeneral-Komander harus hadir untuk menjadi saksi kepada ujian tersebut.
  2. Dicalonkan oleh sekurang-kurangnya enam orang kapten dan kebenaran daripada tiga orang daripada baki tujuh kapten Gotei 13.
  3. Menewaskan seorang kapten di hadapan 200 orang saksi dari bahagian kapten lawan. Diketahui hanya Zaraki Kenpachi yang menjadi kapten melalui cara ini.
Timbalan Komander Unit

Fukutaichō (副隊長) sering kali dipanggil sebagai leftenan dan merupakan pegawai tempat kedua dalam setiap bahagian.

Leftenan berperanan sebagai pegawai eksekutif bagi bahagian mereka dan menyelia serta mengawasi operasi harian. Mereka (bersama-sama kapten) tidak dipertanggungjawabkan ke atas unit pasukan yang khusus. Mereka biasanya tahu membebaskan zanpakutō sendiri pada tahap pertama dan merupakan pegawai kedua terkuat dalam bahagian masing-masing. Dalam situasi tertentu seperti kematian, peninggalan atau apa-apa perkara yang berlaku kepada kapten menyebabkan dia tidak boleh bertugas seperti biasa, leftenan akan mengambil alih tempatnya buat sementara waktu sehinggalah kapten yang lain dapat menggantikannya.

Pegawai berkedudukan

Mereka ialah pegawai lain dalam sesebuah bahagian yang menduduki tempat ketiga dan ke bawah. Tempat pertama diduduki oleh kapten manakala tempat kedua oleh leftenannya. Terdapat 18 tempat duduk lagi iaitu ketiga hingga ke-20. Dalam Gotei 13, hanya seorang yang boleh menduduki tempat pegawai senior (seperti tempat ke-3 atau ke-5) manakala beberapa pegawai boleh berkongsi jawatan yang junior (seperti tempat ke-20). Tetapi, hal ini boleh berubah mengikut bahagian (terdapat dua orang pegawai menduduki tempat ketiga dalam Bahagian ke-13). Dalam bahasa Jepun, pangkat biasanya dieja dengan nombor tertentu diikuti dengan perkataan "tempat" seperti 三席, sanzeki (三 ialah tiga manakala 席 ialah tempat). Sudah tentu, prinsip yang bertentangan digunakan dalam bahasa Melayu (misalnya, tempat ketiga).

Pakaian seragam

Pakaian seragam seorang kapten. Pakaian dalam gambar ini dipakai khususnya oleh bekas kapten Bahagian ke-3, Ichimaru Gin

Kebanyakan kakitangan Gotei 13 memakai pakaian seragam shinigami piawai yang bernama shihakushō (死覇装) - sehelai anak baju, kimono hitam dan hakama serta tali pinggang kain berwarna putih. Leftenan juga kadang kala memakai kain lilit di tangan yang mempunyai simbol serta nombor bahagian masing-masing. Biasanya, mereka dikehendaki untuk berbuat demikian semasa dipanggil ke mesyuarat.

Kapten memakai haori putih (mempunyai nombor bahagian masing-masing di bahagian belakang) di atas pakaian shinigami mereka.

Pegawai Gotei 13, selalunya kapten dan leftenan sering menambahkan aksesori pada pakaian seragam atau tubuh mereka. Beberapa modifikasi yang dipaparkan dalam Bleach adalah seperti berikut:

  • Kapten Unohana Retsu dari Bahagian ke-4 memakai obi dan bukannya tali pinggang kain seperti shinigami biasa.
  • Kapten Kuchiki Byakuya dari Bahagian ke-6 memakai sehelai selendang yang amat mahal bernama Ginpaku Kazahana no Uzuginu yang dililitkan pada lehernya.
  • Kapten Kyōraku Shunsui dari Bahagian ke-8 merupakan kapten yang mengenakan pakaian paling berwarna-warni. Dia selalu memakai topi jerami dan haori yang berwarna terang di atas pakaian shinigaminya.
  • Kapten Hitsugaya Tōshirō dari Bahagian ke-10 mempunyai pemegang pedang yang diikat di belakangnya. Aksesori ini diperbuat daripada kain hijau pucat yang panjang dan disambungkan dengan klip emas berukirkan corak bintang pada permukaannya.
  • Kapten Zaraki Kenpachi dari Bahagian ke-11 memakai haori yang bergerigi di bahagian hujung kain yang mungkin diambil daripada bekas kapten bahagian ini.
  • Kapten Soifon dari Bahagian ke-2 memakai pakaian seragam shinigami yang tidak berlengan dan berkain di bahagian belakang. Hal ini kerana Komander bagi Pasukan Khas boleh menggunakan shunkō yang menyebabkan fabrik di bahagian lengan dan belakang tercarik. Maka, tiada gunanya untuk menambahkan kain di bahagian tersebut.
  • Leftenan Chōjirō Sasakibe dari Bahagian Pertama memakai jinbaori di atas shihakushō (seragam shinigami).
  • Leftenan Matsumoto Rangiku dari Bahagian ke-10 memakai selendang merah jambu, tali pinggang kain dan lencana leftenannya yang dililitkan pada pinggang dan diikat reben.
  • Leftenan Kurotsuchi Nemu dari Bahagian ke-12 mengenakan pakaian seragam yang ringkas; dia tidak mempunyai hakama dan memakai kimono versi skirt mini.

Jata

Jata bagi 13 Bahagian dalam Gotei 13

Setiap bahagian dalam Gotei 13 mempunyai simbol tersendiri yang melambangkan peranan utama masing-masing dan mengandungi makna yang tersirat. Misalnya, simbol bagi Bahagian ke-11 ialah satu rombus dengan tujuh bintang yang bermaksud "lawan" manakala bungan kamelia yang menjadi lambang Bahagian ke-6 membawa maksud "justifikasi bijak". Maksud bagi kesemua simbol belum dijelaskan tetapi kesemuanya bertemakan corak bunga.

Senarai Kapten dan Leftenan

Berikut merupakan nama semua kapten (tempat pertama) dan leftenan (tempat ke-2) dalam Gotei 13.

Bahagian PertamaKapten Yamamoto-Genryūsai Shigekuni
Leftenan Sasakibe Chōjirō
Bahagian LapanKapten Kyōraku Shunsui
Leftenan Ise Nanao dahulunya Yadomaru Lisa
Bahagian ke-2Kapten Soifon dahulunya Shihouin Yoruichi
Leftenan Ōmaeda Marechiyo dahulunya Omaeda Marenoshin
Bahagian ke-9Kapten Mugurama Kensei Dahulunya Tōsen Kaname
Leftenan Hisagi Shūhei dahulunya Mashiro Kuna
Bahagian ke-3Kapten Roujuurou Ootoribashi Dahulunya Ichimaru Gin
Leftenan Kira Izuru dahulunya Iba Chikane
Bahagian ke-10Kapten Hitsugaya Tōshirō
Leftenan Matsumoto Rangiku
Bahagian ke-4Kapten Unohana Retsu
Leftenan Kotetsu Isane dahulunya Yamada Seinosuke
Bahagian ke-11Kapten Zaraki Kenpachi dahulunya Kiganjo Kenpachi
Leftenan Kusajishi Yachiru
Bahagian ke-5Kapten Hirako Shinji Dahulunya Aizen Sōsuke
Leftenan Hinamori Momo dahulunya Ichimaru Gin
Bahagian ke-12Kapten Kurotsuchi Mayuri dahulunya Urahara Kisuke
Leftenan Kurotsuchi Nemu dahulunya Sarugaki Hiyori
Bahagian ke-6Kapten Kuchiki Byakuya dahulunya Kuchiki Ginrei
Leftenan Abarai Renji dahulunya Kuchiki Sojun
Bahagian ke-13Kapten Ukitake Jūshirō
Leftenan Kuchiki Rukia dahulunya Shiba Kaien
Bahagian ke-7Kapten Komamura Sajin dahulunya Aikawa Ravu
Leftenan Iba Tetsuzaemon dahulunya Kotsubaki Jin'emon


Francais
Filem
Kaum-kaum
Watak
Pelajar
Shinigami
Hollow
Bount
Vizard
Lain-lain
Senjata
Lokasi-lokasi