Spanar_Jaya

Spanar Jaya merupakan sebuah siri televisyen komedi Malaysia terbitan 10 on 10 Pictures. Sitkom ini bersiaran di ntv7 dari 8 Mac 1999 hingga 27 September 2005. Dibintangi oleh Rambo Chin, Ahmad Idham, Zaibo, Wardina Safiyyah, Opie Zami, Sharifah Sofia, Annahita Bakavoli, Syed Hussein dan Deanna Yusoff, ia mengisahkan Pak Selamat, seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan.[1]Ini merupakan lakonan terakhir mendiang Rambo Chin sebelum kematiannya pada 7 Ogos 2001 akibat serangan jantung[2] dan turut dibintangi oleh mendiang Shuba Jay sebelum kematiannya pada 17 Julai 2014 akibat nahas pesawat Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia.[3] Pada tahun 2015, Spanar Jaya telah disenaraikan oleh portal Yahoo! News sebagai salah satu rancangan sitkom tempatan paling diingati.[4]Pada Disember 2018, Spanar Jaya diterbitkan semula dengan versi baru yang diberi judul Spanar Jaya X yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 2 Februari 2019, sempena ulang tahun ke-20 sitkom ini.[5][6]

Spanar_Jaya

Tempoh siaran 20 minit
Bilangan episod 248 (Senarai episod)
Saluran asal ntv7
Bilangan musim 7
Negara asal Malaysia
Lagu pembukaan "Spanar Jaya"
Ditulis oleh Deen Ali
Yasmin Yahya Nassim
Pengarah
  • Zulkifli Said
  • Khairul Anwar Salleh
  • Rashid Salleh
  • Roslan Hussin
Bahasa Melayu
Penerbit Tiara Jacquelina
Pencipta Mamat Khalid
Loloq
Norenshah Sahari
Genre Komedi
Siaran asal 8 Mac 1999 – 27 September 2005
Lagu penutup "Spanar Jaya"
Penyunting Harzrin Ahmad Shahrum
Shahrul Lail Mohd Zaidun
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema Azizi "Chunk" Hj. Adnan
Syarikat penerbitan 10 on 10 Pictures
Penerbit eksekutif Azraai Kamaruddin

Rujukan

WikiPedia: Spanar_Jaya http://www.imdb.com/Title?Spanar+Jaya/ http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/61... http://www.usatoday.com/story/news/world/2014/07/1... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... https://www.rotikaya.com/komen-wardina-safiyyah-te... https://ph.news.yahoo.com/rancangan-sitkom-tempata...