Penggunaan Tembaga

Tembaga adalah boleh tempa dan mulur, pengalir haba yang baik, dan apabila sangat tulen, merupakan pengalir elektrik yang baik.

Ia digunakan secara meluas, dalam hasil keluaran seperti:

  • Barang keluaran rumah:
    • Kerja paip menggunakan tembaga.
    • Tombol pintu dan lekapan-lekapan lain dalam rumah.
    • Pengatapan, peparitan, pemancut air dalam bangunan.
    • Perkakas memasak, seperti kuali leper.
    • Kebanyakan kutleri (pisau, garpu, sudu) mengandungi sedikit tembaga (perak nikel).
    • Perak sterling, sekiranya digunakan sebagai peralatan makan malam, akan mengandungi beberapa peratus tembaga.
    • Tembaga kadang kala digunakan oleh orang Inuit untuk membuat bilah pemotong untuk ulu.
  • Pensyilingan:
    • Sebagai juzuk dalam duit syiling, biasanya dalam bentuk aloi kupronikel.
    • Duit syiling Malaysia yang bernilai 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen mengandungi komposisi 75% tembaga dan 25% nikel. Duit syiling RM 1 yang tidak lagi diedarkan mengandungi komposisi 84% tembaga, 12% zink dan 4% timah.
    • Syiling Euro terdiri daripada bermacam jenis aloi tembaga
  • Penggunaan dalam bidang bioperubatan:
    • Sebagai permukaan biostatik dalam hospital, dan untuk melapik bahagian-bahagian dalam kapal laut untuk melindunginya daripada teritip dan kupang, pada asalnya digunakan dalam keadaan tulen, tetapi telah digantikan dengan logam Muntz. Bakteria tidak dapat tumbuh pada permukaan tembaga kerana ia adalah biostatik. Tombol pintu tembaga digunakan oleh pihak hospital untuk mengurangkan penyebaran penyakit, dan penyebaran Penyakit Legion disekat dengan menggunakan tiub tembaga dalam sistem penghawa udara.
    • Kuprum(II) sulfat digunakan sebagai racun kulat dan pengawal alga dalam tasik dan kolam perumahan. Ia digunakan dalam serbuk dan semburan kebun untuk membunuh kulapuk.
  • Penggunaan dalam bidang kimia:
    • Sebatian, contohnya larutan Fehling, mempunyai kegunaan dalam bidang kimia.
    • Sebagai juzuk dalam sepuh seramik, dan untuk mewarnakan kaca.

Rujukan

WikiPedia: Tembaga http://www.npi.gov.au/database/substance-info/prof... http://www.kitcometals.com/charts/copper_historica... http://www.geology.ucdavis.edu/~cowen/~GEL115/115C... http://www.ocean.udel.edu/horseshoecrab/funFacts.h... http://periodic.lanl.gov/elements/29.html http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.p.sabah.gov.my/galian/MCM_Untold_Story.... http://malaysiana.pnm.my/04/0413ukir_logam.htm http://seasrc.th.net/indic/inbyskt.htm http://www.mii.org/Minerals/photocopper.html