Taksonomi Ular_laut

Asalnya, ular laut dianggap sebagai keluarga Hydrophiidae yang bersatu dan berasingan, kemudian dipecahkan kepada dua subfamili, iaitu: Hydrophiinae atau ular laut sejati (kini 16 genus dengan 57 spesies), dan Laticaudinae atau krait laut yang lebih primitif (satu genus, Laticauda, dengan lima spesies). Akhirnya, setelah menjadi jelas betapa rapatnya ular laut dengan Elapidae, keadaan taksonomi menjadi kurang jitu takrifnya. Sesetengah ahli taksonomi membalas dengan mengalihkan ular laut ke Elapidae untuk mewujudkan subkeluarga Elapinae, Hydrophiinae dan Laticaudinae, tetapi Laticaudinae boleh digugurkan jika Laticauda digolongkan dalam Hydrophiinae. Belum ada sesiapa lagi yang dapat mengaitkan hubungan-hubungan filogenetik antara pelbagai subkumpulan elapid dengan cukup meyakinkan, maka keadaannya masih tidak jelas. Oleh itu, yang lain pula memilih sama ada untuk terus mengusahakan susunan lama atas sebab praktik semata-mata ataupun menggumpalkan semua genus sekali ke dalam Elapidae tanpa sebarang pemecahan taksnomi untuk mencerminkan kerja yang masih perlu diusahakan.[2][3][4][5]

Genus[2][3]Pengarang takson[2]Spesies[2]Subsp.*[2]Taburan geografi[3]
AcalyptophisBoulenger, 189610Teluk Thailand, Laut China Selatan, Selat Taiwan, dan pantai Guangdong, Indonesia, Filipina, New Guinea, New Caledonia, Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat)
AipysurusLacépède, 180471Laut Timor, Laut China Selatan, Teluk Thailand, dan pantai Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat), New Caledonia, Kepulauan Loyalty, selatan New Guinea, Indonesia, barat Malaysia dan Vietnam
AstrotiaFischer, 185510kawasan pantai dari barat India dan Sri Lanka melalui Teluk Thailand hingga Laut China Selatan, barat Malaysia, Indonesia, ke timur hingga New Guinea, pantai timur dan utara Australia, Filipina
EmydocephalusKrefft, 186920pantai Timor (Laut Indonesia), New Caledonia, Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat), dan laut Asia Tenggara sepanjang pantai China, Taiwan, Jepun, dan Kepulauan Ryukyu
EnhydrinaGray, 184920di Teluk Parsi (Oman, Emiriah Arab Bersatu, dsb.), ke selatan hingga Seychelles dan Madagascar,

Asia Tenggara (Pakistan, India, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Vietnam), Australia (Wilayah Utara, Queensland, Australia Barat), New Guinea dan Papua New Guinea

EphalophisM.A. Smith, 193110barat laut Australia
HydrelapsBoulenger, 189610utara Australia, selatan New Guinea
HydrophisLatreille in Sonnini & Latreille, 1801343Perairan Indo-Australia dan Asia Tenggara.[6]
KeriliaGray, 184910Perairan Asia Tenggara[6]
KolpophisM.A. Smith, 192610Lautan Hindi[6]
LapemisGray, 183520Teluk Parsi hingga Lautan Hindi, Laut China Selatan, Kepulauan Indo-Australia dan barat Lautan Pasifik[6]
LaticaudaLaurenti, 176850Perairan Asia Tenggara dan Indo-Australia
ParahydrophisBurger & Natsuno, 197410utara Australia, selatan New Guinea
ParapistocalamusRoux, 193410Pulau Bougainville, Kepulauan Solomon
PelamisDaudin, 180310Lautan Hindi dan Pasifik
PraescutataWall, 192110dari Teluk Parsi hingga Lautan Hindi, Laut China Selatan, dan ke timur laut hingga kawasan pantai Fujian dan Selat Taiwan
ThalassophisP. Schmidt, 185210Laut China Selatan (Malaysia, Teluk Thailand), Lautan Hindi (Sumatra, Jawa, Borneo)

*) Tidak termasuk subspesies nominat


Berkaitan