Sejarah Zaman_Baru

Asal-usul

Sebilangan unsur asas pergerakan Zaman Baru mula-mula muncul dalam pergerakan metafizik abad ke-19 seperti Spiritualisme, Teosofi, dan Pemikiran Baru, di samping pergerakan perubatan alternatif seperti kiropraktik dan naturopati.[3][4] Pergerakan-pergerakan tersebut pula berakar-umbikan Transcendentalisme, Mesmerisme, Swedenborgianisme, dan pelbagai tradisi esoterik atau ilmu ghaib Barat lama, seperti seni astrologi kedap, sihir, alkimia, dan kabbalah. Idea-idea ini dilariskan oleh hasil kerja pengarang awal abad ke-20 seperti D. H. Lawrence dan W. B. Yeats. Penggunaan pertama The New Age dalam konteks ini didapati dalam buku The Secret Doctrine oleh Madame Blavatsky yang diterbit pada tahun 1888[5] tetapi ungkapan tersebut sudah wujud awal lagi dengan memaksudkan kepercayaan pada kerohanian dan kesenian "New Age" oleh William Blake sekitar tahun 1809 dalam prakatanya dalam Milton: a Poem, dan dicipta oleh ahli mistik Kristian bernama Emanuel Swedenborg pada abad ke-18.

Jurnal mingguan liberalisme dan sosialisme Kristian berjudul The New Age diterbit seawal tahun 1894.[6] Pada tahun 1907, jurnal tersebut dijual kepada sekumpulan penulis Sosialis yang diketuai Alfred Richard Orage dan Holbrook Jackson. Turut terlibat sama adalah H. G. Wells, George Bernard Shaw, dan William Butler Yeats. Majalah ini dijadikan forum untuk membincangkan politik, kesusasteraan, dan kesenian.[7][8] Dari tahun 1908 hingga 1914, majalah tersebut memainkan peranan penting dalam mempelopori gerakan avant-garde British dari vortisisme hingga imagisme. Selepas tahun 1914, syarikat penerbitan Orage bertemu dengan P. D. Ouspensky, seorang pengikut G. I. Gurdjieff, lalu mula berhubungan dengan Harry Houdini, maka mengurangkan kandungan sastera dan seni untuk memberi tumpuan kepada mistisisme dan topik kerohanian yang lain; majalah tersebut dijual pada tahun 1921. Menurut ulasan Universiti Brown, "The New Age membantu membentuk modernisme dalam bidang kesusateraan dan seni dari tahun 1907 hingga 1922".[9]

Pada pertengahan awal abad ke-20, Edgar Cayce, seorang mistik dan ahli teologi Amerika Syarikat dan juga pengasas Persatuan Penyelidikan dan Kesedaran, membawa pengaruh besar pada apa yang bakal dikenali sebagai pergerakan Zaman Baru. Beliau terkenal khususnya kerana amalan yang bergelar "channeling" (perantaraan).[10] Alice Bailey, seorang pengikut Neo-Teosofi menerbitkan buku Discipleship in the New Age (1944), yang memakai istilah New Age (Zaman Baru) sebagai memaksudkan peralihan dari Zaman Astrologi Pisces ke Aquarius. Istilah ini juga kelihatan dalam esei oleh seniman, mistik, dan ahli falsafah Amerika bernama Walter Russell, yang berbunyi "...this New Age philosophy of the spiritual re-awakening of man..." (falsafah Zaman Baru mengenai kesedaran semula rohani insan ini), juga diterbit pada tahun 1944. Yayasan Findhorn, sebuah komuniti Zaman Baru di Scotland Utara yang diasaskan pada tahun 1962, memainkan peranan penting dalam perkembangan awal gerakan Zaman Baru dan masih giat pada masa kini. Pergerakan di Rusia pula banyak dipengaruhi oleh Nicholas Roerich dan Helena Roerich yang mengajar tradisi Teosofi. Seorang lagi bekas penganut Teosofi, Rudolf Steiner dan pergerakan antroposofinya turut berpengaruh, khususnya di kalangan masyarakat berbahasa Jerman. Di Brazil, penulis Spiritisme bernama Allan Kardec mengadukkan Kerohanian Zaman Baru dengan tradisi rakyat Candomblé dan Umbanda.

Kegunaan kini

Pergerakan subbudaya yang kini bergelar New Age ini sudah wujud pada sejak 1970-an, berlandaskan unsur-unsur budaya saingan 1960-an. Penggunaan istilah New Age meluas pada pertengahan 1970-an, dicerminkan dalam judul majalah bulanan New Age Journal, lalu mempengaruhi ribuan kedai buku dan cenderahati metafizik kecilan yang semakin menggelar dirinya "New Age bookstores".[11][12]

Kesan kegiatan besar-besaran sempena Harmonic Convergence pada pertengahan 1980-an, istilah berkenaan dilariskan lagi oleh media massa Amerika untuk menyifatkan subbudaya kerohanian alternatif tersebut, termasuk kegiatan-kegiatan seperti meditasi, perantara roh, kelahiran semula, penyembuhan kristal, pengalaman psikik, kesihatan holistik dan environmentalisme, ataupun kepercayaan pada fenomena ganjil atau “misteri-misteri belum selesai” seperti UFO, misteri Bumi, dan bulatan tanaman. Menjelang akhir 198o-an, wujudnya bahan bacaan baru yang membincangkan tema-tema tersebut, termasuk majalah Psychic Guide (kini Body, Mind & Spirit), Yoga Journal, New Age Voice (muzik Zaman Baru), New Age Retailer, NaPRA ReView ("New Age Publishing and Retailers Association"), dan lain-lain lagi.

Rujukan

WikiPedia: Zaman_Baru http://www.ascendedmasters.ac/index.html http://www.britannica.com/eb/article-9057250/Alfre... http://www.childrenoflight.com/index.html http://www.entrepreneur.com/tradejournals/article/... http://www.experiencefestival.com/a/Fast_Fasting/i... http://books.google.com/books?id=0GuWbJhYIccC&pg=P... http://books.google.com/books?id=bKqCmlh9mWwC&pg=P... http://books.google.com/books?id=yV1ADS0XXf4C&pg=P... http://www.greatdreams.com/indigo.htm http://www.indigochild.com/News-CNN.html