Kepercayaan Zaman_Baru

Tiada satu sistem kepercayaan yang tunggal, tetapi berbagai-bagai amalan dan falsafah dijumpai dalam fahaman Zaman Baru ini:

Istilah

Tapak-tapak purba seperti Stonehenge disanjungi ramai pengamal Zaman Baru; kerana tempat-tempat sedemikian dipercayai mengandungi tenaga istimewa.DayaRamai yang percaya bahawa wujudnya daya-daya tertentu yang tidak bergantung pada makhluk halus atau kuasa kerohanian dan berbeza dari daya yang ditakrifkan oleh sains, seperti gravitasi dan elektromagnetik. Daya-daya ini bersifat alamiah serta bertindak sendiri sebagai sebahagian aturan semula jadi. Daya-daya inilah yang membolehkan benih bercambah, tumbuh, dan berbunga, dan sebagainya.Kuasa"Daya" dan segala yang lain dikuatkan oleh kuasa mistik yang wujud dalam segala benda. Kuasa itu boleh dialihkan, baik melalui sentuhan zahir, pengamatan indera, ataupun sekadar berdekatan. Kuasa boleh dikumpul atau dipakai dalam seseorang atau sesuatu benda melalui pelbagai mekanisme, termasuk nasib dan amalan esoterik. Kuasa ini dipercayai boleh diperhati secara zahir dalam bentuk "aura" dan "tenaga psi", apatah lagi mungkin mendatangkan bahaya jika ditemui secara besar-besaran.TenagaDalam sesetengah sistem kepercayaan, "daya" dan "kuasa" boleh dilihatkan bergabung, misalnya dalam konsep "daya vital" yang wujuda dalam pelbagai sistem kepercayaan tradisional, serta disampaikan dalam konsep Zaman Baru seperti "tenaga" dalam Sentuhan Terapeutik atau Reiki, kepercayaan aliran kuasa di Earth, seperti "garis lei" di Britain dan Eropah, dan kuasa Bumi yang diterangkan dalam sistem geomansi Cina bergelar feng shui.SemangatSegala makhluk (khususnya makhluk berperasaan) diiringi "tenaga" bertujuan tertentu yang bersamaan dengan kesedaran mereka, tetapi tidak berpaut pada kewujudan zahir mereka. Tenaga ini biasanya lebih penting berbanding kewujudan fizikal, iaitu ianya kekal dalam suatu bentuk selepas ajal dalam bentuk zahir.

Falsafah dan kosmologi

TeismeWujudnya fahaman panteisme mengenai Tuhan yang boleh difahami dengan apa jua cara; termasuk melalui bentuk Dewi ataupun politeisme.[perlu rujukan]Hidup selepas matiKesedaran kekal selepas ajal menjadi bentuk hidup yang lain, iaitu wujudnya hidup selepas mati untuk penghayatan selanjutnya melalui bentuk roh, kelahiran semula dan/atau pengalaman hampir ajal.[13] Ada juga percayanya akan kewujudan neraka, tetapi bukanlah hukuman selamanya yang digambarkan oleh ajaran Kristian atau Islam. Pandangan Universalis mengenali hidup selepas mati adalah biasa.AstrologiHoroskop dan Zodiak diamalkan untuk memahami, mentafsir, dan menyusun maklimat mengenai keperibadian, hal-ehwal manusia dan hal-ehwal duniawi.[perlu rujukan]TeleologiDipercayai bahawa hidup itu ada tujuan, termasuklah kepercayaan pada sinkronik, iaitu kebetulan itu membawa erti rohani, dan membawa tauladan rohani untuk mendidik sesiapa yang menerimanya dengan terbuka. Segalanya dihubungkan secara universal melalui Tuhan, dan menggunakan tenaga yang sama.[14] Wujdunya suatu matlamat kosmik dan kepercayaan bahawa segala benda, sedar-sedar atau sebaliknya, sedang saling bekerjasama untuk menuju matlamat ini.Persepsi psikikTempat-tempat tertentu seperi Stonehenge menghasilkan tenaga psikik, adakalanya melalui garis lei, oleh itu dianggap sebagai suci dalam agama-agama pagan seluruh dunia.[15]

Agama dan sains

Kerohanian eklektikSetiap orang harus mengikut jalan kerohanian tersendiri tanpa perlu mematuhi dogma. Pelbagai agama dan falsafah dari seluruh dunia menawarkan pelbagai amalan untuk diamalkan.[perlu rujukan]Anti-PatriakBentuk roh betina, termasuk bayangan kedewian seperti Aeon Sophia dalam agama Gnostik, dikecam oleh agama patriak (mengutamakan lelaki).[4]Mekanik kuantumTokoh-tokoh seperti Deepak Chopra, Fritjof Capra, Fred Alan Wolf, dan Gary Zukav pernah mengaitkan mekanik kuantum dengan Kerohanian Zaman Baru, seperti yang dipaparkan dalam filem What the Bleep Do We Know!? (2004). Tambahan pula, berkaitan juga dengan Hukum Tarikan, yang berhubungkait dengan Pemikiran Baru dan dipaparkan dalam filem The Secret (2006). Mereka mentafsir prinsip ketakpastian Heinsenberg, kekusutan kuantum, kerebahan fungsi gelombang, atau tafsiran berbilang alam dengan erti bahawa segala benda di alam semesta adalah satu (monisme), kemungkinan dan kewujudan tiada penghujungnya, dan alam zahir ini hanya kepercayaan seseorang.SainsMekanik Kuantum dan hipotesis Gaia pernah dipakai dalam bidang kebatinan kuantum untuk mengesahkan prinsip kerohanian.[16] Melalui pendekatan sedemikian, sains Barat sering menafikan kesahan terapi alternatif seperti parapsikologi, meditasi, dan kesihatan holistik.[4]

Lain-lain

Zaman AquariusZaman sekarang adalah zaman perubahan besar yang dialami Bumi dan kesedaran insan. Terdapat tarikh-tarikh tertentu yang penting dalam menandakan perubahan sedemikian, termasuk Harmonic Convergence pada tahun 1987 dan Harmonic Concordance pada tahun 2003; salah satu tarikh terpenting akan datang dijangka tiba sekitar tahun 2011 dan 2012.[17][18][19]RohTuhan, malaikat, mahaguru tertinggi, unsur-unsur, hantu, pari-pari, semangat dan makhluk asing boleh membimbing kita sekiranya kita menerima bimbingan mereka dengan terbuka.[20]Tamadun purbaAtlantis dan Mu pernah wujud dan meninggalkan tinggalan dan binaan seperti tengkorak kristal, Piramid Besar, dan Stonehenge.Gerak hatiPanduan hidup penting yang sudah diganti oleh rasionalisme, keraguan saintifik, dan kaedah saintifik di zaman sekarang.[perlu rujukan]MatematikMinat terhadap bahasa alam dan matematik, terbukti melalui ilmu numerologi, Kabbala, Geometri Suci, dan gnostik untuk memahami sifat Tuhan.[21]Potensi insanMinda manusia lebih besar potensinya berbanding sejauh mana yang dianggap selama ini,[22][23][24] bahkan juga mampu mengatasi realiti fizikal.[25]Hubungan satu sama lainPeluang menghayati diri dan perhubungan seseorang ditakdirkan berulang sehingga sihat.[26]Anak nilaAnak-anak dilahirkan dengan kuasa rohani yang lebih maju berbanding generasi lama.[27][28]Pemikiran positifSikap positif yang didukung oleh affirmations membolehkan kejayaan dalam apa jua yang dikerjakan.[29] Segolongan besar orang tertentu yang utuh kesedaran roahninya bakal membawa perubahan kepada seluruh manusia.[30] Manusia bertanggungjawab menyertai kegiatan kreatif yang positif serta berusaha memulihkan diri, orang lain dan planet.[31]Amalan dunia TimurMeditasi, Yoga, Taijiquan, Qigong, Reiki, dan sebagainya boleh membantu seseorang mencapai potensi dirinya.[perlu rujukan]Penyembuhan rohaniManusia boleh memiliki kuasa penyembuh, seperti sentuhan terapeutik, yang boleh dikembangkan untuk menyembuhkan orang lain baik dekat mahupun jauh.[perlu rujukan]PemakananMakanan mempengaruhi minda dan badan. Lebih bagus bagi seseorang mengutamakan makanan organik vegetarian segar yang ditanam setempat dan bermusim.[32][33] Puasa boleh meningkatkan lagi kesedaran diri.[34]

Rujukan

WikiPedia: Zaman_Baru http://www.ascendedmasters.ac/index.html http://www.britannica.com/eb/article-9057250/Alfre... http://www.childrenoflight.com/index.html http://www.entrepreneur.com/tradejournals/article/... http://www.experiencefestival.com/a/Fast_Fasting/i... http://books.google.com/books?id=0GuWbJhYIccC&pg=P... http://books.google.com/books?id=bKqCmlh9mWwC&pg=P... http://books.google.com/books?id=yV1ADS0XXf4C&pg=P... http://www.greatdreams.com/indigo.htm http://www.indigochild.com/News-CNN.html