1945 - Perang Dunia II: Pihak Soviet melancarkan serangan besar-besar menentang Nazi di Eropah Timur.
1962 - Ops Chopper, operasi pertama melibatkan helikopter Tentera Darat Amerika Syarikat di medan Vietnam dilancarkan. 1,000 orang askar Vietnam Selatan diangkut oleh helikopter CH-21 Shawnee untuk menyerbu sebuah ibu pejabat Viet Cong 16 kilometer dari Saigon.
2006 - Kejadian rempuh-rempuhan ketika adat melempar jamrah pada hari terakhir penunaian haji di Mina, Arab Saudi, menyebabkan 362 jemaah haji terkorban.