Estonia
Estonia

Estonia

– di Eropah  (green & dark grey)
– di the Kesatuan Eropah  (green)  –  [Petunjuk]Estonia (bahasa Estonia: Eesti), rasminya Republik Estonia (bahasa Estonia: Eesti Vabariik), merupakan sebuah negara di kawasan Baltik Eropah Utara. Estonia bersempadan dengan Teluk Finland di utara, Laut Baltik di barat, Latvia di selatan (343 km), dan Tasik Peipus dan Rusia di timur (338,6 km)[8]. Keluasan wilayah seluas 45,227 km2 (17,462 bt2) dan dipengaruhi iklim sederhana. Bangsa Estonia tergolong daripada orang Finnik manakala bahasa rasminya ialah bahasa Estonia yang merupakan sejenis bahasa Finno-Ugrik.Estonia merupakan sebuah republik yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan yang mempunyai 15 daerah. Ibu kota dan bandar terbesarnya ialah Tallinn. Dengan populasi 1.29 juta, Estonia merupakan antara negara yang mempunyai kependudukan yang paling sedikit dalam Kesatuan Eropah, Zon euro, dan NATO. Estonia juga mempunyai produk domestik kasar per kapita yang tertinggi antara bekas republik Soviet.[9] Estonia disenaraikan sebagai negara yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia manakala Tabung Kewangan Antarabangsa mengiktirafkannya sebagai negara ekonomi maju dengan keahliannya dalam Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengklasifikasikan Estonia sebagai negara maju dengan Indeks Pembangunan Manusia yang sangat tinggi,[5] dan bertaraf tinggi dalam hal kebebasan media (ke-3 di dunia pada 2012[10]), kebebasan ekonomi, kebebasan politik dan pendidikan.

Estonia

Zon masa UTC+2 (EET)
Bahasa rasmi Estonia1
Ibu kota Tallinn
Kod panggilan +372
Bahagian memandu kanan
• Presiden Kersti Kaljulaid
Internet TLD .ee3
KDNK (nominal) Anggaran 2019 
• Kepadatan 29/km2 (75.1/sq mi) (181)
• Musim panas (DST) UTC+3 (EEST)
• Total $53.48 bilion[4]
• Anggaran 2019 1,512,736[2] (151)
Bandar terbesar capital
Pemerintahan Republik berparliamen
HDI (2019) ▲0.878[5]
Ralat: Nilai HDI tidak sah · 34
Mata wang Euro (EUR)
• Per kapita $27,691[4]
• Bancian 2000 1,370,052[3]
• Air (%) 4.45%
• Perdana Menteri Andrus Ansip (RE)
KDNK (PPP) Anggaran 2019 
• Jumlah $41.87 bilion[4]
Kumpulan etnik 68.8 % Estonia
25.5 % Rusia
  5.7 % kelompok minoriti yang lain[1]