Sambutan Hari_Kemenangan_di_Eropah

Di United Kingdom, lebih dari sejuta orang meraikan di jalanan bagi menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah. Orang ramai memenuhi Dataran Trafalgar, The Mall sehingga ke Istana Buckingham, di mana Raja George VI dan Ratu Elizabeth, diiringi oleh Perdana Menteri Winston Churchill, muncul di balkoni Istana di hadapan orang ramai yang bertepuk sorak. Puteri Elizabeth (kini Ratu Elizabeth II) dan saudara perempuannya Puteri Margaret dibenarkan bersiar-siar di khalayak ramai tanpa diketahui umum dan turut terlibat dalam sambutan tersebut.[1]

Di Amerika Syarikat, Presiden Harry Truman yang menyambut hari lahir yang ke-61 pada hari tersebut, mendedikasikan kemenangan tersebut untuk memperingati pendahulunya Franklin D. Roosevelt, yang meninggal dunia akibat pendarahan otak pada 12 April, kurang dari sebulan sebelum itu.[2] Bendera-bendera kekal dinaikkan separuh tiang untuk baki dari tempoh 30 hari perkabungan.[3][4] Truman mengatakan yang hasrat utamanya ialah "Franklin D. Roosevelt hidup untuk menyaksikan hari ini."[2] Sambutan besar-besaran juga diadakan di Chicago, Los Angeles, Miami dan khususnya di Times Square, New York.[5] Sambutan kemenangan di Canada dicemari dengan Rusuhan Halifax.

Hari Kemenangan Soviet

Oleh kerana ketumbukan tentera Kesatuan Soviet berada di bahagian timur Jerman, tarikh 9 Mei yang berdasarkan waktu Moscow merupakan tarikh penyerahan tentera Jerman. Ini merupakan sebab kenapa negara Eropah Timur seperti Rusia dan beberapa bekas Republik Soviet menyambut Hari Kemenangan bukan pada 8 Mei, sebaliknya pada 9 Mei.