Negeri_Sembilan
Negeri_Sembilan

Negeri_Sembilan

      Negeri Sembilan di       MalaysiaNegeri Sembilan (juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus) adalah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di sebelah utara, Pahang di sebelah timur, Johor di sebelah tenggara dan Melaka di sebelah selatan.[2] Ibu negerinya Seremban. Bandar diraja adalah Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah di tengah negeri. Negeri ini kelima terkecil keluasannya di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8), serta mempunyai kependudukan ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10).Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada sembilan negeri seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagarruyung.[3]

Negeri_Sembilan

Laman sesawang: www.ns.gov.my
Huruf pertama plat kenderaan N
Ibu negeri Seremban
Bandar diraja Seri Menanti1
IPM  (2010) 0.739 (tinggi)
Sejarah  
Kod panggilan kebangsaan 06
Poskod kebangsaan 70xxx to 73xxx