Sejarah Pakistan

Negara Pakistan kini terdiri daripada empat buah wilayah iaitu Sindh, Punjab, Balochistan dan Wilayah Sempadan Barat Laut. Ia turut mentadbir sebahagian wilayah Kashmir yang turut dituntut oleh India.

Beberapa penakluk pernah menguasai wilayah ini. Kuasa penakluk itu termasuklah termasuk Harappa, Indo-Arya, Parsi, Yunani, Saka, Parthia, Kushan, White Hun, Kurdistani, Arab, Turki dan Mughal.

Sejarah awal

Lembangan Indus pernah terdiri beberapa kerajaan purba, termasuklah Mehrgarh, salah satu bandar purba yang terawal diketahui, dan Tamadun Lembah Indus di Harappa dan Mohenjo-daro.

Tamadun Lembah Indus runtuh pada pertengahan alaf kedua SM dan diikuti oleh Tamadun Vedik yang menjangkau sebahagian besar dataran Indo-Ganges.

Pada sekitar abad kelima hingga ketujuh Masihi, Dinasti Rai dari Sindh mentadbir kawasan ini. Dinasti Buddha terakhir yang mentadbir kawasan ini ialah Dinasti Pala yang memerintah kawasan ini serta utara India dan Bangladesh moden ketika pemerintahan Dharmapala dan Devapala. Sindh ditakluki oleh Muhammad ibn Qasim pada 711 M dan menjadi titik permulaan zaman Islam di Pakistan.[3]

Tamadun Islam di Pakistan

Menurut catatan rasmi Pakistan, penaklukan Muhammad ibn Qasim menandakan permulaan asas Pakistan,[4] meskipun konsep Pakistan hanya muncul pada abad ke-19. Zaman Pertengahan Awal, yakni dari abad ketujuh hingga ke-13 menampakkan perkembangan pengaruh Islam di sini. Ketika zaman ini, golongan sufi banyak berperanan dalam menjalankan dakwah di kawasan Pakistan, menyebabkan ramai daripada golongan Hindu dan Buddha memeluk Islam.

Selain itu, kawasan Pakistan juga dikuasai oleh pelbagai empayar Islam seperti Empayar Ghaznavi, Kerajaan Ghor dan Kesultanan Delhi, sebelum ditakluki oleh Empayar Mughal.

Kemerdekaan dan Pakistan moden

Negara Pakistan merdeka pada 14 Ogos 1947 daripada pihak British hasil gerakan kemerdekaan yang dipimpin oleh Muhammad Ali Jinnah. Tetapi sejarah awalnya bertindah-tindih dengan sejarah India, Kurdistan dan Iran. Ini termasuklah sejarah Laluan Sutera.

Negara ini secara rasminya menjadi negara republik Islam pada 1956 menerusi perlembagaan negara. Sebuah perang tercetus pada 1971 di Pakistan Timur, yakni Perang Kemerdekaan Bangladesh, meskipun disifatkan sebagai sebuah perang saudara oleh pihak Pakistan Barat.[5] Pihak pejuang kemerdekaan Bangladesh, Mutki Bahini yang dibantu oleh pihak tentera India menang dalam perang tersebut, menyebabkan Pakistan Timur merdeka daripada negara dan kini menjadi Bangladesh, manakala Pakistan Barat menyerah diri dalam perang tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Pakistan http://www.dawn.com/news/735610/figuring-qasim-how... http://www.nationsencyclopedia.com/Asia-and-Oceani... http://www.brookings.edu/~/media/Files/Programs/FP... http://www.columbia.edu/itc/mealac/pritchett/00isl... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.idea.int/resources/analysis/upload/Abba... http://www.asinah.net/travel-guides/pakistan.html http://www.adb.org/sites/default/files/pub/2011/Ec... //doi.org/10.2307%2F20029452