Nota Senarai_genosid

  1. The Rohingya genocide[3][4][5][6] terhadap etnik minoriti Rohingya di Myanmar (Burma) oleh tentera Myanmar dan pelampau Buddhisme. Keganasannya bermula pada 25 Ogos 2017 dan berterusan sejak itu, mencapai kemuncaknya pada bulan Ogos dan September 2017. Penduduk Rohingya di Myanmar merupakan minoriti yang sebahagian besarnya Muslim yang telah menghadapi penganiayaan dan diskriminasi yang meluas selama beberapa dekad. Mereka dinafikan kewarganegaraan di bawah undang-undang kewarganegaraan Myanmar 1982, dan secara salah dianggap sebagai pendatang Bengali oleh kelompok majoriti Bamar di Myanmar, sehingga kerajaan enggan mengakui Kewujudan Rohingya sebagai kumpulan etnik yang sah.[7] Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) ialah kumpulan pemberontak Rohingya yang ditubuhkan pada 2013 untuk "membebaskan orang [Rohingya] daripada penindasan yang tidak berperikemanusiaan.".[8] Pada 25 Ogos 2017, ARSA mengaku bertanggungjawab atas serangan terancang ke atas pos-pos polis yang dilaporkan membunuh dua belas pasukan keselamatan. Pasukan tentera Myanmar segera melancarkan beberapa siri serangan balas terhadap orang awam Rohingya, dan disertai oleh pelampau penganut Buddha tempatan. Bersama-sama mereka membakar ratusan perkampungan Rohingya, membunuh beribu-ribu lelaki, wanita, dan kanak-kanak Rohingya, menyeksa ramai orang lain, dan menyerang wanita dan gadis Rohingya yang tidak terkira banyaknya. Beberapa pelarian Rohingya berkata mereka terpaksa menyaksikan askar mencampak bayi mereka ke dalam rumah yang terbakar untuk mati. Ramai wanita dan gadis pelarian Rohingya telah memberikan laporan tentang dirogol dengan kejam secara berkumpulan. Keganasan itu telah mengakibatkan krisis pelarian, dengan dianggarkan 693,000 Rohingya melarikan diri ke kem pelarian yang sesak di negara jiran Bangladesh.
  2. Genosid terhadap Yazidi oleh ISIS termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan penghambaan gadis-gadis dan wanita, penculikan paksa, indoktrinasi dan perekrutan anak-anak lelaki kaum Yazidi (berumur 7 hingga 15 tahun) untuk digunakan dalam konflik bersenjata, penukaran agama secara paksa kepada Islam dan pengusiran dari tanah leluhur mereka. Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Syria mengisytiharkan dalam laporan bahawa ISIS sedang melakukan genosid terhadap penduduk Yazidi.[15] Sukar untuk menentukan dengan tepat jumlah orang yang dibunuh[16] tetapi ribuan lelaki dan anak lelaki Yazidi diketahui masih belum ditemui dan tindakan genosid ISIS terhadap orang Yazidi masih berterusan, seperti yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Antarabangsa pada Jun 2016.
  3. Genosid Darfur merujuk kepada jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan seperti pembunuhan beramai-ramai dan pemerkosaan semasa genosid Darfur yang berlaku di wilayah Darfur semasa Konflik Darfur yang dilakukan oleh militia Janjaweed dan kerajaan Sudan. Kekejaman-kekejaman ini telah dipanggil genosid pertama abad dalam ke-21.[19] Presiden Sudan, Omar al-Bashir, telah didakwa atas peranannya dalam genosid tersebut oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[20]
  4. Effacer le tableau ("memadamkan papan") ialah nama operasi yang diberikan kepada pembasmian sistematik orang Pigmi Bambuti oleh pasukan pemberontak di Republik Demokratik Congo (RDC). Objektif utama Effacer le tableau ialah menakluk wilayah Kivu Utara di RDC dan melakukan pembersihan etnik terhadap orang Pigmi dari kawasan timur Congo yang jumlah penduduknya mencapai 90,000 pada tahun 2004.[23][24]
  5. Populasi Pigmi Timur berkurang kepada 90,000 selepas kempen yang membunuh 60,000[25] menunjukkan penurunan 40% dalam populasi
  6. Semasa Perang Congo Pertama, tentera Perikatan Pasukan Demokratik untuk Pembebasan Congo (AFDL) yang disokong Rwanda menyerang kem pelarian di Timur RDC, tempat tinggal 527,000 orang pelarian Hutu di Kivu Selatan dan 718,000 di Kivu Utara.[26] Unit-unit AFDL dan, lebih-lebih lagi, Angkatan Tentera Patriotik Rwanda (RPA) dengan sistematik menembak kem pelarian tersebut dengan meriam dan senjata ringan. Serangan awal ini mengorbankan nyawa 6,800–8,000 orang pelarian dan memaksa 500,000 – 700,000 orang pelarian pulang balik ke Rwanda.[27]Ketika orang yang terselamat melarikan diri ke barat RDC, unit-unit AFDL mengejar mereka dan menyerang kem sementara mereka, membunuh ribuan orang lagi.[28] Semua serangan dan pembunuhan ini terus menjadi lebih teruk apabila pelarian bergerak ke barat jauh sehingga 1,800 km. Laporan Suruhanjaya Bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan 134 tapak di mana kekejaman-kekejaman sedemikian dibuat. Pada 8 Julai 1997, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB ketika itu menyatakan bahawa "kira-kira 200,000 orang pelarian Hutu mungkin telah dibunuh".[28]
  7. Lebih kurang 50 penjenayah genosid Rwanda telah didapati bersalah oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda, tetapi ramai yang lain tidak didakwa kerana kekurangan keterangan saksi. Sebanyak 120,000 lagi ditangkap oleh Rwanda; daripada ini, 60,000 telah diadili dan disabit kesalahan dalam sistem mahkamah Gacaca. Penjenayah yang melarikan diri ke Zaire (Republik Demokratik Congo) digunakan sebagai justifikasi apabila Rwanda dan Uganda menyerang Zaire (Perang Congo Pertama dan Perang Congo Kedua). Ia diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa sebagai genosid.
  8. Genosid Bosnia merangkumi pembunuhan-pembunuhan ramai setempat dan sewaktu seperti Srebrenica[32] dan di Žepa yang dilakukan oleh pasukan Serb Bosnia pada tahun 1995, serta kempen pembersihan etnik yang bertaburan di kawasan-kawasan kuasaan Tentera Republika Srpska[33] semasa Perang Bosnia 1992-95.[34] Pada 31 Mac 2010, Parlimen Serbia meluluskan resolusi yang mengutuk pembunuhan Srebrenica dan memohon maaf kepada keluarga-keluarga Srebrenica atas kematian orang Bosnia ("orang Islam Bosnia").[35]
  9. Genosid Isaaq atau "Holokus Hargeisa"[39][40] merupakan pembunuhan sistematik dan disokong oleh negara terhadap orang awam Isaaq antara tahun 1988 dan 1991 oleh Republik Demokratik Somalia di bawah pemerintahan diktator Siad Barre.[41] Bilangan kematian orang awam dalam pembunuhan itu dianggarkan antara 50,000 hingga 100,000 mengikut pelbagai sumber,[42][43][44] manakala laporan tempatan menganggarkan jumlah kematian orang awam keseluruhannya melebihi 200,000 orang Isaaq.[45] Ini termasuk peranapan sepenuhnya dan kehancuran bandar raya kedua dan ketiga terbesar di Somalia, Hargeisa (90 peratus dimusnahkan)[46] dan Burao (70 peratus dimusnahkan),[47] dan menyebabkan 400,000[48][49] orang Somali (terutama daripada puak Isaaq) melarikan diri dari tanah air mereka dan melintasi sempadan ke Hartasheikh di Habsyah sebagai pelarian, mewujudkan kem pelarian terbesar di dunia ketika itu (1988),[50] dengan 400,000 lagi menjadi orang dalam negeri yang dipindahkan.[48][51][52] Pada tahun 2001, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjalankan penyiasatan mengenai pelanggaran hak asasi manusia di Somalia yang berlaku dalam masa perang saudara negara itu,[41] khususnya untuk mengetahui sama ada "jenayah-jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah antarabangsa (iaitu jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan atau genosid) dilakukan semasa perang saudara negara itu". Siasatan dijalankan secara bersama oleh Unit Koordinasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCU) dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia.[41] Siasatan tersebut diakhiri dengan laporan yang mengesahkan bahawa genosid telah berlaku terhadap orang Isaaq di Somalia.[41]
  10. Pada 5 Disember 2012, parlimen Sweden, Riksdag, menggubal resolusi oleh parti Hijau untuk mengiktiraf rasmi Anfal sebagai genosid. Resolusi ini diluluskan oleh semua 349 ahli parlimen.[55][dipertikaikanbincang] Pada 28 Februari 2013, Dewan Rakyat United Kingdom mengiktiraf Anfal sebagai genosid secara rasmi selepas kempen yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Konservatif Nadhim Zahawi, yang berketurunan Kurdi.[56] Korea Selatan mengiktiraf Anfal sebagai genosid pada 13 Jun 2013.[57]
  11. Gukurahundi, pembunuhan beramai-ramai sistematik kaum Ndebele oleh parti ZANU-PF pimpinan Robert Mugabe, dikenal pasti sebagai genosid oleh International Association of Genocide Scholars.[60] Gukurahundi dimulakan kerana parti ZAPU, parti pembangkang utama Zimbabwe, mendapat sokongan utama daripada orang Ndebele, menyebabkan Mugabe mengambil keputusan untuk membasmi mereka bagi menghapuskan sokongan terhadap ZAPU.[61] Gukurahundi dimulakan pada tahun 1983, dan berterusan sehingga persetujuan Perjanjian Bersatu 1987, semasa mana kira-kira 20,000 orang Ndebele telah dibunuh dan dihantar ke kem tahanan.
  12. Genosid Cambodia merujuk kepada kekejaman yang dilakukan oleh pemerintahan Khmer Rouge di bawah pimpinan Pol Pot[64] yang memaksa penduduk bandar berpindah ke kawasan pedalaman dengan kejam, selain penyeksaan, hukuman mati besar-besaran, buruh paksa, dan kebuluran.[65][66][67] Sehingga 20,000 lebih kubur beramai-ramai, yang terkenal dengan nama Medan Pembunuhan, telah ditemui,[68] di mana sekurang-kurangnya 1,386,734 mangsa dibunuh.[69] Tribunal Khmer Rouge Tribunal mendapati bahawa penyasaran minoriti Vietnam dan Cam merupakan satu genosid di bawah Konvensyen PBB.[70][71]
  13. Genosid di Timor Timur merujuk kepada "kempen pendamaian" keganasan yang disokong oleh kerajaan Indonesia semasa pendudukan Timor Timur. Universiti Oxford mempunyai konsensus akademik yang menyifatkan penaklukan dan pendudukan Indonesia di Timor Timur sebagai genosid dan Universiti Yale mengajarinya sebagai sebahagian daripada program "Kajian Genosid" mereka.[77][78] Anggaran jumlah kematian yang tepat sukar untuk ditentukan. Laporan tahun 2005 oleh Suruhanjaya Penerimaan, Kebenaran dan Rekonsiliasi di Timor Timur (CAVR) melaporkan jumlah minimum kematian yang berkaitan konflik tersebut ialah sebanyak 102,800 (+/− 12,000). Daripada jumlah tersebut, laporan tersebut menyatakan bahawa kira-kira 18,600 (+/− 1,000) orang telah dibunuh atau hilang, dan kira-kira 84,000 (+/− 11,000) meninggal dunia akibat kelaparan atau penyakit melebihi daripada yang dijangkakan disebabkan mortaliti zaman aman. Angka-angka ini merupakan anggaran minimum sederhana yang CAVR nyatakan sebagai penemuan utama mereka yang berlandaskan sains. Walau bagaimanapun, laporan CAVR tidak memberi batas atas angka ini tetapi CAVR meramalkan bahawa jumlah kematian keseluruhan akibat kelaparan dan penyakit berkaitan konflik boleh mencapai sehingga 183,000.[79] Suruhanjaya kebenaran menyalahkan tentera Indonesia atas kira-kira 70% pembunuhan berdarah itu.[80]
  14. Selepas Idi Amin Dada menggulingkan rejim Milton Obote pada tahun 1971, dia mengisytiharkan orang Acholi dan Lango sebagai musuh, kerana Obote adalah orang Lango dan kerana mereka mendominasi tentera dia melihat orang Lango ancaman.[83]Pada Januari 1972, Amin mengeluarkan arahan kepada tentera Uganda supaya mereka berkumpul dan membunuh semua tentera Acholi atau Lango, dan kemudian memerintahkan agar semua orang Acholi dan Lango dipenjarakan di dalam berek tentera, di mana mereka sama ada dibunuh tentera atau dibom oleh tentera udara Uganda.[83]
  15. Genosid Burundi. Dalam rentetan panjang pergolakan awam yang berlaku antara orang Tutsi dan Hutu sejak kemerdekaan Burundi pada tahun 1962, pembunuhan beramai-ramai Hutu oleh Tutsi pada tahun 1972 dan pembunuhan beramai-ramai Tutsi oleh penduduk Hutu yang merupakan majoriti pada tahun 1993 dianggap sebagai genosid dalam laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa untuk Burundi yang dikemukakan kepada Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1996.
  16. Genosid di Bangladesh. Pembunuhan beramai-ramai, rogol, pembakaran bangunan, dan pembasmian sistematik agama minoriti (terutamanya orang Hindu), pembangkang politik, dan anggota pasukan pembebasan Bangladesh dilakukan oleh Tentera Darat Pakistan dengan sokongan militia paramiliter—Razakar, Al-Badr dan Al-Shams—yang dibentuk oleh parti Islam radikal Jamaat-e-Islami.[87] Walaupun orang Hindu Bengali dijadikan sasaran khusus, majoriti mangsa adalah orang Muslim.[88]
  17. Genosid Guatemala. Tentera kerajaan Guatemala dan kumpulan paramiliter sekutu telah dikecam oleh Suruhanjaya Penjelasan Sejarah kerana melakukan genosid terhadap penduduk Maya[93][94] dan pelanggaran hak asasi manusia secara meluas terhadap orang awam semasa perang saudara melawan pelbagai kumpulan pemberontak sayap kiri. Sekurang-kurangnya 200,000 orang mati akibat hukuman mati sewenang-wenang, penghilangan paksa dan pelanggaran hak asasi manusia lain.[95] Seperempat daripada mangsa langsung pelanggaran hak asasi manusia dan tindakan keganasan adalah wanita.[96]
  18. Aardakh juga dikenali sebagai Operasi Lentil (Rusia: Чечевицаcode: ru is deprecated , Chechevitsa; Templat:Lang-ce Vaynax Maxkaxbaxar) merupakan pengusiran Soviet keseluruhan penduduk Vainakh (Chechen dan Ingush) dari Kaukasus Utara ke Asia Tengah semasa Perang Dunia II. Pengusiran ini, yang didahului Pemberontakan 1940–1944 di Chechnya, diperintahkan pada 23 Februari 1944 oleh ketua NKVD Lavrentiy Beria selepas kelulusan Perdana Menteri Soviet Joseph Stalin, sebagai sebahagian daripada program penempatan paksa Soviet dan pengalihan penduduk yang melibatkan berjuta-juta orang minoriti etnik Kesatuan Soviet bukan Rusia antara tahun 1930-an dan 1950-an.
    Pengusiran tersebut melibatkan seluruh bangsa mereka, lebih daripada 500,000 orang, serta pembubaran sepenuhnya Republik Sosialis Soviet Autonomi Checheno-Ingush. Beratus-ratus ribu[99][halaman diperlukan][100][101][102] orang Chechen dan Ingush meninggal atau dibunuh semasa operasi tangkapan dan pengangkutan, dan juga semasa tahun-tahun awal mereka dikucil. Yang terselamat tidak akan pulang ke tanah kelahiran mereka sehingga tahun 1957. Ramai di Chechnya dan Ingushetia mengelaskannya sebagai tindakan genosid, seperti yang diakui oleh Parlimen Eropah pada tahun 2004.[103][104]
  19. Pengusiran orang Tatar Krimea (Bahasa Tatar Krimea: Qırımtatar halqınıñ sürgünligi; Bahasa Ukraine: Депортація кримських татар; Bahasa Rusia: Депортация крымских татар) merupakan pembersihan etnik sekurang-kurangnya 191,044 orang Tatar Krimea atau, menurut sumber lain, 423,100 (89.2% wanita, kanak-kanak, dan orang tua) pada 18–20 Mei 1944; salah satu jenayah rejim totalitarian Soviet. Ia dilaksanakan oleh Lavrentiy Beria, ketua keselamatan negara Soviet dan polis rahsia, atas nama Joseph Stalin. Dalam masa tiga hari, NKVD Beria menggunakan kereta api ternakan untuk mengusir wanita, kanak-kanak, orang tua, malah ahli Komunis dan anggota Tentera Merah ke Republik Soviet Uzbekistan, beberapa ribu kilometer jauhnya. Mereka salah satu daripada sepuluh etnik yang terjejas oleh dasar pemindahan penduduk Stalin di Kesatuan Soviet. Pengusiran ini diakui sebagai genosid oleh Ukraine, Latvia, Lithuania, dan Kanada; serta beberapa sarjana. Profesor Lyman H. Legters mengatakan bahawa sistem hukuman Soviet, bersama-sama dengan dasar pemindahan penduduknya, sepatutnya dianggap sebagai genosid kerana hukuman tersebut memberatkan golongan etnik tertentu secara khusus, dan pemindahan etnik ini, yang kelangsungan hidupnya bergantung kepada ikatan dengan tanah airnya yang tertentu, "mempunyai kesan genosid yang hanya dapat diperbaiki dengan mengembalikan kumpulan tersebut ke tanah airnya".[109] Penentang Soviet Ilya Gabay[110] dan Pyotr Grigorenko[111] kedua-duanya mengelaskan peristiwa ini sebagai genosid. Sejarawan Timothy Snyder menyertakannya dalam senarai dasar Soviet yang "memenuhi standard genosid."[112]
  20. Awalnya ia dilaksanakan di Wilayah Timur yang ditakluk Jerman oleh skuad maut paramiliter (Einsatzgruppen) dengan tembakan atau, lebih jarang, menggunakan van gas improvisasi, dan kemudian di kem penghapusan dengan menggunakan gas.[117]
  21. Genosid oleh Ustaše termasuk Genosid Serbia. Negara boneka Jerman-Itali, Negara Merdeka Croatia, membunuh orang Serbia, Yahudi, Romani dan orang Croat dan Bosniak yang anti-Ustaše di dalam sempadannya, kebanyakkannya di kem tahanan, terutamanya di kem tahanan Jasenovac. Ante Pavelić, pemimpin Ustaše, melaksanakan undang-undang perkauman yang serupa dengan Jerman Nazi, mengisytiharkan Yahudi, Romani dan orang Serbia sebagai "musuh rakyat Croatia". Beliau melarikan diri ke Sepanyol selepas perang dengan bantuan Gereja Katolik Rom dan mati tercedera di sana beberapa tahun kemudian dalam satu cubaan membunuhnya.[129]
  22. 1 2 Tidak termasuk orang Yahudi dan Romani yang dihantar ke kem penghapusan Jerman.
  23. Pembunuhan beramai-ramai genosid dan pembersihan etnik terhadap etnik Muslim dan Croat oleh tentera Chetnik Yugoslavia nasionalis dan penyokong diraja di sebahagian besar Yugoslavia Taklukan (kini Bosnia dan Herzegovina, Croatia, Serbia) semasa Perang Dunia II di Yugoslavia, untuk mencipta Serbia Raya selepas perang.[131][132][133][134] Pelan Moljević ("Tentang Negara Kita dan Sempadannya") dan 'Arahan' 1941 yang dikeluarkan oleh pemimpin Chetnik, Draža Mihailović, menggalakkan pembasmian orang bukan Serb. Anggaran jumlah kematian mengikut etnik adalah antara 18,000 hingga 32,000 orang Croat dan antara 29,000 hingga 33,000 orang Muslim.[135]
  24. Operasi Poland NKVD ialah pembunuhan beramai-ramai yang khusus terhadap kelompok etnik Poland di USSR atas perintah pemimpin Soviet Joseph Stalin. Sejarawan Michael Ellman mengatakan bahwa "operasi kerajaan", terutamanya "operasi Poland", mungkin dianggap sebagai genosid seperti yang ditakrifkan oleh konvensyen PBB.[141] Pendapat ini dikongsi oleh Simon Sebag Montefiore, yang memanggil operasi Poland NKVD 'genosid mini.'[142] Sejarawan Timothy Snyder memanggil Operasi Poland bersifat genosid: "Sukar untuk tidak melihat "Operasi Poland" Soviet 1937 – 38 sebagai genosid, kerana lebih daripada 100,000 orang tidak bersalah dibunuh atas alasan palsu bahawa mereka etnik yang tidak setia dan kerana Stalin bercakap tentang "orang Poland sampah".[143] Norman Naimark memanggil dasar Stalin terhadap orang Poland pada tahun 1930-an sebagai "genosid"[144] tetapi tidak menganggap seluruh Pembersihan Besar-besaran genosid kerana ia menyasari penentang politik juga.[144]
  25. Pembunuhan Parsley ialah pembunuhan beramai-ramai orang Haiti di Republik Dominika atas perintah Presiden Rafael Trujillo untuk membersihkan Dominika daripada penghijrahan orang Haiti. Selepas laporan tentang orang Haiti mencuri hasil tanaman penduduk Dominika di sepanjang sempadan Utara, Trujillo memberi arahan kepada askar-askarnya untuk menghapuskan semua orang Haiti yang tinggal di rantau Utara negara itu. Tentera Dominika kemudiannya menyoal siasat ribuan orang awam dengan menyuruh setiap mangsa menyebut perkataan "parsli". Jika yang dituduh tidak dapat menyebut perkataan itu dengan memuaskan, mereka dianggap orang Haiti dan ditembak mati.[148] Pasukan bersenjata ini membunuh orang Haiti dengan senapang, parang, penyodok, pisau, dan bayonet. Kanak-kanak Haiti dilaporkan dicampak ke udara dan disambut bayonet tentera, kemudian dilemparkan ke atas mayat ibu mereka.[149] Sesetengah mati ketika cuba melarikan diri ke Haiti melintasi Sungai Artibonite, yang sering menjadi tempat konflik berdarah antara dua negara itu.[150] Yang terselamat yang berjaya melintasi sempadan dan kembali ke Haiti menceritakan kisah keluarga mereka yang dipotong dengan parang dan dicekik oleh askar, dan kanak-kanak dihentak pada batu dan batang pokok oleh askar. Mengguna unit-unit tentera luar rantau biasanya tidak mempercepatkan askar membunuh orang Haiti. Maklumat informan legasi AS melaporkan bahawa ramai askar "mengaku bahawa untuk melaksanakan pembunuhan kejam ini, mereka perlu 'mabuk' sepenuhnya."[151](p167) Beberapa bulan kemudian, satu siri pembunuhan dan pengembalian orang Haiti berlaku di sempadan selatan.
  26. Porajmos (sebutan Bahasa Romani: IPA: [pʰoɽajˈmos]), atau Samudaripen ("Pembunuhan besar-besaran"), genosid Romani atau Holokus Romani, ialah usaha yang direncana dan dicuba oleh kerajaan Jerman Nazi dan sekutu-sekutunya untuk menghapuskan sebahagian Orang Romani di Eropah. Pada 26 November 1935, dekri tambahan kepada Undang-undang Nuremberg yang mencabut kewarganegaraan Jerman daripada orang Yahudi meluaskan kategori "musuh negara berasaskan kaum" untuk merangkumi Romani, kategori yang sama dengan orang Yahudi, dan dalam beberapa hal, nasib mereka serupa.[153][154]
  27. Kebuluran buatan manusia,[159][160] serentak dengan penghapusan golongan elit negara, likuidasi gereja Ukraine, dan pemindahan paksa penduduk.[161]
  28. Pendamaian Libya,[165] juga dikenali sebagai Genosid Libya[166][167][168][169] atau Perang Italo-Senussi Kedua,[170] merupakan konflik yang berlarutan di Libya Itali antara pasukan tentera Itali dan pemberontak tempatan yang berkaitan dengan Golongan Senussi yang berlangsung dari tahun 1923 hingga 1932,[171][172] apabila pemimpin utama Senussi, Omar Mukhtar, ditangkap dan dihukum mati.[173] Pendamaian ini mengakibatkan kematian besar-besaran penduduk asli di Barqah—seperempat penduduk Barqah yang berjumlah 225,000 orang mati semasa konflik.[166] Itali melakukan jenayah perang besar semasa konflik ini; seperti penggunaan senjata kimia, kes-kes terus membunuh tentera yang menyerah, dan pembunuhan besar-besaran penduduk awam.[169] Pihak berkuasa Itali melakukan pembersihan etnik dengan mengusir 100,000 orang Badawi Barqah, separuh penduduk Barqah, dari perkampungan mereka untuk diberikan kepada peneroka Itali.[165][174] Itali meminta maaf pada tahun 2008 atas pembunuhan, kemusnahan, dan penindasan rakyat Libya semasa zaman pemerintahan kolonial, dan menyatakan ia "pengakuan penuh dan berunsur moral atas kerosakan yang Itali buat terhadap Libya semasa era kolonialnya."[175]
  29. Genosid Armenia,[177][178] dilakukan oleh Turki Muda, merangkumi pembunuhan beramai-ramai, pengusiran paksa melibatkan kawad paksa, dan kebuluran. Ia berlaku serentak dengan Genosid Assyria dan Genosid Yunani; beberapa ahli sejarah menganggap ini sebagai genosid yang lebih besar menyasarkan semua orang Kristian di Anatolia.[179][180] Secara keseluruhannya, kira-kira 2 juta orang Kristian terbunuh di Anatolia antara tahun 1894 hingga 1924, 40 peratus daripada penduduk asal.[181]
  30. Untuk genosid Yunani, sumber-sumber lain memberikan 500,000–1,200,000 jumlah korban untuk orang Yunani Pontic, Kappadokia dan Ionia. Genosid ini, yang dimulakan oleh kerajaan Usmaniyah, merangkumi pembunuhan beramai-ramai, pengusiran paksa melibatkan kawad paksa, pengusiran segera, hukuman mati sewenang-wenang, dan pemusnahan bangunan kebudayaan, sejarah, dan keagamaan Ortodoks Yunani.
  31. Genosid di Afrika Barat Daya Jerman ialah kempen untuk menghapuskan orang Herero dan Nama oleh Empayar German di Afrika Barat Daya Jerman (kini Namibia). Ia dianggap sebagai salah satu genosid pertama dalam abad ke-20.
  32. Pembunuhan besar-besaran Hamidian (Bahasa Armenia: Համիդյան ջարդերcode: hy is deprecated , Turki: Hamidiye Katliamıcode: tr is deprecated , Perancis: Massacres hamidienscode: fr is deprecated ), juga dikenali sebagai Pembunuhan Besar-besaran Orang Armenia 1894–1896[196] dan Genosid Armenia,[196] merupakan pembunuhan orang Armenia di Empayar Uthmaniyyah yang berlaku pada pertengahan tahun 1890-an. Anggaran jumlah mangsa adalah antara 80,000 hingga 300,000,[197] menyebabkan 50,000 kanak-kanak menjadi yatim.[198] Pembunuhan ini dinamakan sempena Sultan Abdul Hamid II, yang dalam usaha untuk mengekalkan wilayah-wilayah Empayar Ottoman yang sedang runtuh, memperkenalkan semula Pan-Islamisme sebagai ideologi negara.[199] Walaupun pembunuhan ini utamanya menyasarkan orang Armenia, ia kadangkala bertukar menjadi pogrom anti-Kristian, seperti pembunuhan Diyarbakir, di mana, sekurang-kurangnya menurut satu sumber ketika itu, sehingga 25,000 Orang Assyria juga terbunuh.[200] Pembunuhan ini bermula di belah dalam Empayar Usmaniyah pada tahun 1894, sebelum menjadi lebih meluas dalam tahun-tahun berikutnya. Antara tahun 1894 dan 1896-lah apabila kebanyakan pembunuhannya berlaku. Pembunuhan-pembunuhan mula melandai pada tahun 1897, berikutan kecaman antarabangsa terhadap Abdul Hamid. Tindakan paling keras diarahkan kepada komuniti Armenia yang telah lama dianiaya apabila seruan untuk reformasi awam dan layanan yang lebih baik daripada kerajaan diabaikan. Empayar Usmaniyah tidak mengira umur atau jantina mangsa, dan membunuh semua dengan kekejaman.[201] Ini berlaku semasa telegraf boleh menyebarkan berita ke seluruh dunia, dan pembunuhan ini mendapat liputan meluas dalam media Eropah Barat dan Amerika Utara.
  33. Genosid ini mengurangkan jumlah mereka dari kira-kira 3,000 kepada kira-kira 500 orang. (Sekarang orang Selk'nam jati dianggap pupus.)[202][203]
  34. Genosid Circassian merujuk kepada pembersihan etnik, penghapusan besar-besaran, pemindahan,[206] penghancuran dan pengusiran kebanyakan orang asli Sirkassia dari Sirkassia dalam sejarah, iaitu sebahagian besar dari Utara Kaukasus dan pantai timur laut Laut Hitam. Ini berlaku selepas Perang Kaukasus pada suku terakhir abad ke-19.[207] Mereka berpindah terutamanya ke Empayar Uthmaniyyah. Pada Mei 1994, kenyataan Presiden Russia Boris Yeltsin ketika itu mengakui bahawa penentangan terhadap penyokong Czar adalah sah, tetapi beliau tidak mengakui "kerajaan penyokong Czar bersalah melakukan genosid."[208] Pada tahun 1997 dan 1998, pemimpin-pemimpin Kabardino-Balkaria dan Adygea menghantar rayuan kepada Duma untuk mempertimbangkan semula situasi dan untuk mengeluarkan permintaan maaf yang diperlukan; hingga kini, tiada respons dari Moscow. Pada Oktober 2006, organisasi-organisasi awam Adygea Russia, Turki, Israel, Jordan, Syria, Amerika Syarikat, Belgium, Kanada dan Jerman telah menghantar surat kepada presiden Parlimen Eropah dengan permintaan untuk mengakui genosid terhadap orang Adygean (Sirkassia).[209] Pada 21 Mei 2011, Parlimen Georgia meluluskan resolusi, menyatakan bahawa pembunuhan "terancang" orang Sirkassia oleh Empayar Rusia, yang disertai dengan "kebuluran dan wabak sengaja", harus diakui sebagai "genosid" dan orang yang dipindahkan semasa peristiwa-peristiwa tersebut dari tanah air mereka, harus diakui sebagai "pelarian". Georgia, yang mempunyai hubungan yang buruk dengan Russia, telah membuat usaha untuk berhubung dengan kumpulan etnik di Utara Kaukasus sejak Perang Georgia-Rusia 2008.[210] Susulan perundingan dengan ahli akademik, aktivis hak asasi manusia dan kumpulan diaspora Sirkassia dan perbincangan parlimen di Tbilisi pada tahun 2010 dan 2011, Georgia menjadi negara pertama yang menggunakan perkataan "genosid" untuk merujuk kepada peristiwa-peristiwa tersebut.[210][211][212] Pada 20 Mei 2011, parlimen Republik Georgia mengisytiharkan dalam resolusinya[213] bahawa pembasmian orang Cherkess (Adyghe) semasa perang Rusia-Kaukasia dan selepasnya dikira genosid seperti yang ditakrifkan dalam Konvensyen Hague 1907 dan Konvensyen PBB 1948.
  35. Walaupun pembersihan etnik dan pembunuhan bermula pada awal 1800-an, terutamanya di bawah pimpinan Grigory Zass, pengusiran dan pembunuhan besar-besaran yang menyebabkan kebanyakan kematian bermula pada tahun 1864.
  36. Genosid California[222][223] merujuk kepada penghapusan tiap-tiap puak seperti Orang Yuki semasa Pembunuhan Beramai-ramai Peneroka Round Valley 1856–1859 1856–1859,[224] pembunuhan am terhadap orang Indian oleh peneroka yang mengejar emas seperti pembunuhan Bloodsland, atau "Perang Pembasmian" Sungai Klamath[225] bersama-sama dengan penurunan keseluruhan populasi Indian California disebabkan oleh wabak dan kebuluran yang diperburuk oleh pembunuhan.
  37. Hanya julat kematian disebabkan oleh pembunuhan
  38. Kemerosotan jumlah penduduk keseluruhan pada tempoh tersebut
  39. Queensland merupakan tanah kolonial yang paling berdarah di Australia. Oleh itu, rekod Queensland mendokumentasikan laporan penembakan dan pembunuhan orang asli yang paling kerap, tiga pembunuhan paling dahsyat terhadap penduduk putih, pasukan polis sempadan yang paling jahat, dan jumlah mangsa orang putih yang paling tinggi akibat keganasan sempadan yang pernah direkodkan dalam mana-mana koloni Australia.[226] Oleh itu, sesetengah sumber menggambarkan peristiwa-peristiwa ini sebagai 'Genosid Orang Asli Queensland.[227][228][229][230]
  40. Genosid terhadap Moriori bermula pada musim luruh 1835. Pencerobohan Kepulauan Chatham oleh orang Maori dari New Zealand menyebabkan rakyat Moriori dan budaya mereka mati. Mereka yang selamat sama ada dijadikan hamba atau dimakan, dan Moriori tidak dibenarkan berkahwin dengan Moriori lain atau memiliki anak dalam kaum mereka sendiri. Ini menyebabkan rakyat dan bahasa mereka terancam. Pada tahun 1863, hanya tinggal 101 orang Moriori daripada 2000 yang masih hidup.[232]
  41. [239][240]
  42. Kepupusan Orang Asli Tasmania dianggap sebagai contoh arketip genosid oleh Rafael Lemkin[242] (pencipta perkataan genosid) selain beberapa sejarawan lain, pandangan ini disokong oleh sarjana-sarjana genosid yang lebih baru seperti Ben Kiernan yang membahasnya dalam bukunya 'Blood and Soil: A History of Genocide and Extermination from Sparta to Darfur'. Kepupusan ini juga termasuk dalam Perang Hitam, yang menjadikan perang ini sebagai tindakan genosid.[243] Sejarawan-sejarawan seperti Keith Windschuttle tidak bersetuju dengan interpretasi ini dalam wacana yang dikenali sebagai "perang sejarah".
  43. Pembunuhan Haiti 1804 dianggap sebagai genosid oleh ramai ahli sejarah,[245][246] kerana ia bertujuan untuk memusnahkan populasi Haiti Perancis selepas Revolusi Haiti. Pembunuhan inii diperintahkan oleh Raja Jean-Jacques Dessalines untuk menghapuskan sisa-sisa populasi kulit putih dari Haiti, dan berlangsung dari Januari hingga 22 April 1804. Semasa pembunuhan, keluarga-keluarga diseksa dan dibunuh, dan akhirnya populasi kulit putih Haiti hampir tidak wujud lagi.[247][248]
  44. Genosid Dzungar. Maharaja Qianlong Mancur dari Empayar Qing China memerintahkan askar-askarnya untuk menjalankan genosid dan hapuskan bangsa Dzungar, memerintahkan pembunuhan semua lelaki Dzungar dan penghambaan wanita dan kanak-kanak Dzungar.[250] Maharaja Qianlong memindahkan sisa penduduk Zunghar ke tanah besar dan memerintahkan jeneral-jeneralnya untuk membunuh semua lelaki di Barkol atau Suzhou, dan mengedarkan isteri-isteri dan anak-anak bangsa Dzungar kepada tentera Qing.[251][252] Tentera Qing yang membunuh Dzungar ialah askar-askar Manchu dan Khalkha Mongol. Dalam satu penceritaan peperangan, Wei Yuan menulis bahawa kira-kira 40% isi rumah Dzungar mati kerana cacar, 20% melarikan diri ke Rusia atau Kekhanan Kazakhstan, dan 30% dibunuh oleh tentera, meninggalkan tiada yurt dalam kawasan beribu-ribu batu cina kecuali yang menyerah diri.[253][254][255] Clarke menulis 80%, atau antara 480,000 dan 600,000 orang, dibunuh antara 1755 dan 1758 dalam "pemusnahan penuh negara Zunghar malah juga orang Zunghar sebagai sebuah bangsa."[253][256] Sejarawan Peter Perdue telah menunjukkan bahawa pengurangan jumlah Dzungar ialah hasil dasar pemusnahan yang jelas yang dilancarkan oleh Maharaja Qianlong.[253] Walaupun "pembunuhan sengaja" ini majoritinya diabaikan oleh sarjana moden,[253] Mark Levene, sejarawan yang minat penyelidikan terkini terfokus pada genosid, telah menyatakan bahawa penghapusan Dzungar ialah "boleh dikatakan genosid abad kelapan belas yang tiada tolok bandingannya".[257]
  45. Genosid Taíno merujuk kepada pemusnahan penduduk asli Hispaniola kerana buruh paksa dan penindasan oleh orang Sepanyol. Raphael Lemkin (pencipta istilah genosid) menganggap penindasan Sepanyol terhadap penduduk asli Amerika sebagai genosid budaya dan bahkan genosid terang-terangan termasuk penyalahgunaan sistem Encomienda. Beliau menggambarkan perhambaan sebagai "genosid budaya yang tiada tolok bandingannya" dengan menyatakan "ia kaedah yang paling berkesan dan teliti untuk memusnahkan budaya, untuk menyahmasyarakatkan manusia." Beliau menganggap penjajah bersalah kerana gagal menghentikan penyalahgunaan sistem walaupun telah diperintah raja. Beliau juga menyatakan penderaan seksual penjajah Sepanyol terhadap wanita peribumi sebagai tindakan "genosid biologi."[258] Ahli sejarah Universiti Hawaii David Stannard menghuraikan Encomienda sebagai sistem genosid yang "telah membawa maut awal dan menyakitkan kepada berjuta-juta orang peribumi Amerika Tengah dan Selatan."[259] Program pengajian genosid Universiti Yale menyokong pandangan ini mengenai penyalahgunaan di Hispaniola.[260] Andrés Reséndez berpendapat bahawa walaupun orang Sepanyol tahu mengenai penyebaran cacar, mereka tidak menyebutnya sehingga 1519, seperempat abad selepas kedatangan Columbus di Hispaniola.[261] Sebaliknya, dia berpendapat bahawa perhambaan di lombong emas dan perak adalah sebab utama mengapa populasi orang asli Amerika Hispaniola menurun dengan banyak[262][261] dan walaupun penyakit ialah faktor, populasi orang asli akan pulih dengan cara yang sama seperti orang Eropah semasa Maut Hitam kalaulah perhambaan terus diberhentikan.[261] Menurut ahli antropologi Jason Hickel, sepertiga pekerja Arawak mati setiap enam bulan akibat buruh paksa di lombong.[263]
  46. Perang Salib Albigensian merupakan kempen tentera 20 tahun yang dimulakan oleh Paus Innocent III untuk memusnahkan Katarisme, sebuah mazhab Kristian, di Languedoc, di selatan Perancis. Gereja Katolik menganggap mereka pembidaah dan memerintahkan mereka untuk dihapuskan.[264] Raphael Lemkin menggelarkan Perang Salib Albigensian sebagai "salah satu kes genosid agama yang paling tidak dapat dipertikaikan dalam sejarah".[265] Kurt Jonassohn dan Karin Solveig Björnson menggambarkannya sebagai "genosid ideologi pertama."[266]