Ekonomi São_Paulo

Rencana utama: Ekonomi Brazil
Panel perdagangan BM&F Bovespa, Bursa Saham São Paulo.Brooklin ialah salah sebuah pusat kewangan utama di bandaraya ini.

São Paulo ialah bandaraya ke-10 terkaya di dunia,[44] dan dijangka menjadi ke-6 terkaya pada tahun 2025.[45] Mengikut data IBGE, keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) pada tahun 2006 bernilai R$ 282,852,338,000, bersamaan dengan kira-kira 12.26% KDNK Brazil dan 36% daripada segala pengeluaran barang dan perkhidmatan negeri São Paulo.[46]

Sebagai pusat kewangan terbesar di Brazil, ekonomi São Paulo melalui transformasi yang amat menyeluruh. Dahulunya sebuah bandaraya yang bercirikan perindustrian, kini ekonomi São Paulo's semakin berasaskan sektor tertier, iaitu memberikan tumpuan kepada perkhidmatan dan perniagaan untuk negara. Bandaraya ini juga unik di kalangan bandaraya Brazil kerana bertapaknya sebilangan amat besar syarikat luar negara. Ramai penganalisis memandang São Paulo sebagai bandar raya global yang penting, namun ini tercabar kerana bandaraya ini mengalami masalah serius seperti penyisihan sosial dan pemisahan ruangan.[47] Biarpun sebagai pusat kewangan terpenting di negar, namun ekonomi São Paulo sangat informal sifatnya.[48]

Pada tahun 2005, bandaraya São Paulo mengumpul hasil cukai sebanyak R$ 90 bilion untuk menampung belanjawan bandaraya pada R$ 15 bilion. Bandaraya ini ada 1,500 cawangan bank dan 70 pusat beli-belah. 63% daripada semua syarikat antarabangsa yang berniaga di Brazil beribu pejabat di São Paulo.Bursa Saham São Paulo (BM&F Bovespa) merupakan bursa saham dan pertukaran bon rasmi Brazil, dan juga bursa saham terbesar di Amerika Latin, di mana jumlah dagangan mencapai sekitar R$ 6 bilion (AS$ 3.5 bilion) setiap hari.[49] Pendapatan per kapita bandaraya ini adalah R$ 25,675 (2006).[50]

Rujukan

WikiPedia: São_Paulo ftp://ftp.ibge.gov.br/Estimativas_Projecoes_Popula... ftp://geoftp.ibge.gov.br/documentos/cartografia/ar... http://www.aprenda450anos.com.br/450anos/vila_metr... http://www.bmfbovespa.com.br/English/NewExchange.a... http://www.bmfbovespa.com.br/en-us/home.aspx?idiom... http://www.colunista.com.br/sp450/index.htm http://www.dcomercio.com.br/especiais/mooca450anos... http://www.dersa.com.br/ http://www.dersa.com.br/rodoanel http://www.estadao.com.br/noticias/geral,sp-sera-6...