Pengangkutan São_Paulo

Lebuh raya


Memandu kereta merupakan kaedah pengangkutan utama untuk memasuki bandaraya São Paulo. Bandaraya ini direntasi oleh sepuluh lebuh raya Brazil yang utama, iaitu:

Rodoanel

Rencana utama: Rodoanel Mário Covas

São Paulo begitu pesat membangun dari 1940-an hingga 1980-an, sehingga banyaknya jalan-jalan dan bangunan-bangunan yang dibina tanpa perancangan rapi. Akibatnya, kesesakan lalu lintas kerap berlaku di lebuh-lebuh utama di bandaraya. Kaedah pengangkutan utama ke bandaraya ini adalah menaiki bas atau memandu kereta. Satu cara yang berkesan untuk mengelakkan kesesakan dalam bandaraya pernah dirancang oleh bekas gabenor Mário Covas dalam bentuk jalan keliling yang mengitari bandaraya iaitu Rodoanel Mario Covas,[51] and is being built by DERSA.[52]

Kereta api

Stesen Luz pada waktu pagi.

Di São Paulo terletaknya dua stesen keretapi utama, iaitu Luz dan Julio Prestes di kawasan Luz/Campos Eliseos. Luz merupakan pusat aliran Santos-Jundiaí yang pernah mengangkut kaum pendatang dari pelabuhan Santos ke São Paulo dan ladang-ladang kopi di bahagian barat Campinas. Stesen Julio Prestes pula menghubungkan bahagian barat daya negeri São Paulo dan bahagian utara negeri Paraná ke São Paulo, di mana barang eksport dipindahkan ke stesen Luz untuk dihantar ke perairan antarabangsa di Lautan Atlantik. Stesen Julio Prestes berhenti mengangkut penumpang menerusi laluan Sorocabana atau FEPASA, an kini hanya menyediakan kemudahan terhad untuk perhubungan subbandar. Oleh sebab akustik dan keindahan ruang dalamnya yang dikelilingi oleh tiang-tiang bergaya kebangkitan Yunani, sebahagian stesen ini ditukarkan kepada Dewan São Paulo (Sala São Paulo) yang menjadi pangkalan Orkestra São Paulo.

Stesen Luz yang dibina di Britain dan dipasang di Brazil, mempunyai stesen bawah tanah yang masih aktif untuk keretapi subbandar arah timur dan barat yang menghubungkan São Paulo dengan seluruh kawasan São Paulo Raya ke Timur dan kawasan metropolitan Campinas di Jundiaí di bahagian barat negeri. Selain menempatkan Museu da Língua Portuguesa (Muzium Bahasa Portugis) yang interaktif di dalam, stesen Luz dikelilingi oleh institusi kebudayaan berwibawa seperti Pinacoteca do Estado, The Museu de Arte Sacra di Lebuh Tiradentes dan Jardim da Luz, antara lainnya.

Kereta api di Stesen Luz.

Lapangan terbang

Fail:Aeroporto de Congonhas – Aeronaves.jpgLapangan Terbang Congonhas

São Paulo mempunyai dua lapangan terbang utama, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa São Paulo-Guarulhos (IATA: GRU) untuk penerbangan antarabangsa, dan Lapangan Terbang Congonhas-São Paulo (IATA: CGH) untuk penerbangan domestik dan serantau. Sebuah lagi lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Campo de Marte, memberikan kemudahan kepada pesawat ringan dan helikopter. Ketiga-tiga lapangan terbang ini mengangkut sejumlah 34,342,496 penumpang untuk meletakkan São Paulo dalam senarai 30 teratas di dunia dari segi pengangkutan penumpang udara.

Lapangan Terbang Congonhas mengendali penerbangan terutamanya ke Rio de Janeiro, Belo Horizonte dan Brasília. Selepas kerja peningkatan sistem disiapkan di Infraero, kini penumpang disenangkan dengan ruang menunggu baru yang terletak di tingkat mezanin dan boleh dimasuki dengan tangga gerak. Selain itu, lapan jambatan menaiki pesawat dibina untuk meningkatkan keselesaan kepada penumpang supaya tidak perlu berjalan di kawasan lapang ke pesawat.

Kawasan terminalnya diperluas dari 37.3 ribu ke lebih 51 ribu meter persegi. Perluasan ini tidak bertujuan meningkatkan daya muatan yang semakin tepu, tetapi semata-mata untuk memuaskan keperluan masa kini. Lapangan terbang Congonhas yang dibina pada 1930-an ini dibina untuk menampung 6 juta penumpang setahun, dan kini beroperasi dengan 12 juta orang setahun. Kawasan menaiki pesawat baru yang lebih daripada cukup luas, diasingkan dari konkos utama, bertujuan meningkatkan lagi keselesaan penumpang.[53]

Lapangan Terbang Campo de Marte terletak di daerah Santana di zon utara São Paulo. Lapangan ini mengendali pesawat kecil, terutama yang milik persendirian, kelab penerbangan dan firma teksi udara. Dibuka pada tahun 1935, kini Campo de Marte menjadi pangkalan armada helikopter terbesar di Brazil. Biarpun tiada penerbangan berjadual, namun terminalnya dilengkapi dengan bar snek, restoran dan cawangan bank. Lapangan terbang ini juga dijadikan pangkalan rumah Unit Taktik Udara Polis Awam Negeri, Unit Rondaan Polis Tentera Negeri dan Kelab Penerbangan São Paulo.[54]

Barangkalinya São Paulo merupakan bandaraya yang paling banyak helikopter di dunia. Dengan menggunakan lapangan terbang Campo de Marte, golongan elit kaya-raya memanfaatkan kemudahan seratus landas dan lapangan helikopter di sini untuk memintasi kesesakan lalu lintas di jalan raya.[55]

Lapangan Terbang Antarabangsa São Paulo-Guarulhos, juga dikenali oleh warga São Paulo dengan timangan "Cumbica", terletak 25 km (16 mi) di timur laut pusat bandaraya, di bandar jiran Guarulhos. Setiap hari, sekitar 100 ribu orang melalui lapangan terbang ini yang menghubungkan Brazil dengan 28 negara di seluruh dunia. Terdapat 370 syarikat yang membuka perniagaan di sini dan membuka 53 ribu peluang pekerjaan baru. Dengan kapasiti 15 juta penumpang setahun dalam dua terminal, lapangan terbang ini kini memberi kemudahan kepada 12 juta pengguna, sementara menunggu kelulusan terminal ketiga.

Lapangan Terbang Antarabangsa São Paulo-Guarulhos juga merupakan salah sebuah pusat kargo udara yang utama di Brazil. Dengan sekitar 100 penerbangan sehari, sektor kargo lapangan ini digunakan untuk mengangkut segalanya, baik buah-buahan yang ditanam di Lembah São Francisco di Timur Laut, mahupun perubatan tercanggih ciptaan sains di Tenggara. Terminal kargo lapangan ini adalah yang terbesar di Amerika Selatan dan kedua terbesar di Amerika Latin, di belakang Bandaraya Mexico. Pada tahun 2003, lebih 75 ribu tan metrik angkutan melalui terminal ini.[56]

Metro

Stesen Metro Sacomã.Metropolitano de São Paulo.Alstom Metrópolis

São Paulo mempunyai tiga sistem alihan laju:

  • Sistem rel bawah tanah, ("Metrô"), dengan tiga laluan lengkap dengan kepanjangan berjumlah 69.0 km (42.9 mi) (34.6 km (21.5 mi) di bawah tanah sepenuhnya).
  • Sistem rel komuter, Companhia Paulista de Trens Metropolitanos (CPTM), dengan enam laluan yang jumlah panjangnya 260.7 km (162.0 mi), memberikan kemudahan kepada pelbagai tempat yang tidak tercapai oleh sistem bawah tanah dan juga bandar-bandar lain dalam kawasan metropolitan. Rangkaian CPTM lebih panjang daripada sistem bawah tanah.
  • Sistem bas laluan segera, "Passa Rápido," yang terletak di paras jalan, tertumpu pada lebuh-lebuh besar, dan disambungkan dengan stesen bawah tanah atau komuter.

São Paulo tiada laluan trem, namun trem pernah menjadi pengangkutan utama pada separuh pertama abad ke-20.[57]

Bas


Sebahagian besar pengangkutan awam (syarikat kerajaan dan swasta) terdiri daripada kira-kira 17,000 bas (termasuk kira-kira 290 bas troli),[58] yang diwarnakan secara seragam mengikut kawasan perkhidmatannya (contohnya, hijau muda untuk bas ke Barat Daya, biru tua untuk kawasan Utara). Pada mulanya terdapat sejumlah besar van pengangkutan informal , tetapi kini kebanyakan besar van sebegini sudah berdaftar sepenuhnya dengan majlis bandaraya dan beroperasi mengikut skim warna yang sama dengan sistem bas utama.

Terminal Bas Tietê, terminal bas kedua terbesar di dunia.[59]

Terminal Bas São Paulo Tietê adalah antara yang terbesar di dunia, menghubungkan bandaraya ini dengan 565 tempat tanpa henti di kesemua negeri di Brazil, kecuali Amazonas, Roraima dan Amapá, dan juga lima negara lain (Uruguay, Paraguay, Argentina, Chile dan Bolivia). Ia menawarkan laluan khas ke lapangan terbang Congonhas dan Guarulhos, dan perkhidmatan kongsi kereta dari São Paulo ke Santos.

Terminal Bas Barra Funda lebih kecil daripada Tietê, dan berhubung dengan Stesen Keretapi dan Bawah Tanah Barra Funda. Ia menghubungkan bandaraya ini dengan bandaraya di barat daya negeri São Paulo, seperti Sorocaba, Itapetininga, Itu, Botucatu, Bauru, Marília, Jaú, Avaré, Piraju, Santa Cruz do Rio Pardo, Ipaussu, Chavantes, dan Ourinhos di sempadan negeri Paraná. Ia juga memberi khidmat kepada São José do Rio Preto, Araçatuba dan pekan-pekan lain yang terletak di barat laut negeri São Paulo.

Untuk khidmat bas ke pantai negeri São Paulo, penumpang perlu turun di stesen bawah tanah Jabaquara, iaitu hentian terakhir di arah selatan. Terminal bas Litoral berkhidmat untuk Praia Grande, Santos dan São Vicente di Tepi Pantai Selatan dan Mongaguá, Bertioga, dan Guarujá di Tepi Pantai Utara. Bas ke bandaraya Pantai Utara seperti Maresia, Riviera de São Lourenço, Caraguatatuba, Ubatuba, dan Paraty, di Rio de Janeiro harus dinaiki di Terminal Bas Tietê, di stesen Tietê di aliran bawah tanah arah utara.

Rujukan

WikiPedia: São_Paulo ftp://ftp.ibge.gov.br/Estimativas_Projecoes_Popula... ftp://geoftp.ibge.gov.br/documentos/cartografia/ar... http://www.aprenda450anos.com.br/450anos/vila_metr... http://www.bmfbovespa.com.br/English/NewExchange.a... http://www.bmfbovespa.com.br/en-us/home.aspx?idiom... http://www.colunista.com.br/sp450/index.htm http://www.dcomercio.com.br/especiais/mooca450anos... http://www.dersa.com.br/ http://www.dersa.com.br/rodoanel http://www.estadao.com.br/noticias/geral,sp-sera-6...