Geografi São_Paulo

Muka bumi

Gunung Pico do Jaraguá ialah puncak tertinggi di bandaraya ini, pada paras 1,135 meter (3,724 kaki).[12]

São Paulo terletak di Brazil Tenggara, di kawasan tenggara Negeri São Paulo, lebih kurang separuh jalan di antara Curitiba (ibu negeri Paraná, dahulunya sebahagian negeri São Paulo) dan Rio de Janeiro (bekas ibu negara Brazil, kini ibu negeri yang saman namanya). Bandaraya ini terletak di atas sebuah penara dalam Serra do Mar ("Banjaran Laut") yang menjadi sebahagian kawasan besar yang dikenali sebagai Tanah Tinggi Brazil, dengan purata aras tinggi sekitar 799 meter (2,621 kaki) di atas paras laut, walaupun hanya 70 kilometer (43 batu) jaraknya dari Lautan Atlantik yang dihubungkan oleh dua lebuh raya, iaitu Anchieta dan Imigrantes yang menurun banjaran itu ke arah bandar pelabuhan Santos dan tempat penginapan Guarujá. Rupa bumi beralun menguasai kawasan bandar di São Paulo kecuali di bahagian utara, di mana Banjaran Serra da Cantareira lebih tinggi arasnya serta menyimpan sebahagian besar Hutan Hujan Atlantik. Seluruh rantau ini amat stabil dari segi tektonik, tanpa mencatat apa-apa aktiviti seismik.

Sungai Tietê dan cawanganya, Sungai Pinheiros pernah menjadi sumber air tawar dan kawasan istirahat yang penting bagi São Paulo, sebelum menjadi tercemar akibat pembuangan kumbahan mentah dan buangan industri pada separuh akhir abad ke-20. Mujurlah, satu program pembersihan besar-besaran untuk kedua-dua sungai ini digiatkan oleh kerjasama antara kerajaan tempatan dan bank pembangunan antarabangsa seperti Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun.[13] Bentangan kedua-dua sungai yang menerusi bandaraya tidak boleh diterusi kapal, namun pengangkutan air semakin penting di sungai Tietê ke hilir (ke arah Selatan, dekat sungai Paraná), kerana sungai ini berada dalam lembangan Río de la Plata.

Di rantau São Paulo tiada tasik semula jadi yang besar, tetapi takungan Billings dan Guarapiranga di pinggir selatan bandar digunakan untuk menjana elektrik, menyimpan air, dan kegiatan istirahat seperti berlayar kapal. Flora aslinya terdiri daripada pelbagai tumbuhan malar hijau berdaun lebar. Kini, terdapat banyak spesies asing di sini kerana iklimnya yang sederhana dan hujan yang cukup lebat membolehkan pembiakan tumbuhan dari iklim tropika, subtropika dan sederhana, terutama sekali pokok kayu putih.

Iklim

Latar langit dari Kejiranan Jardins.

São Paulo mempunyai iklim subtropika lembap terpengaruh monsun (Cfa), mengikut sistem pengelasan iklim Köppen.[14] Pada musim panas, suhunya sekitar 17 °C (63 °F)–28 °C (82 °F), dan 32 °C (90 °F) pada hari-hari terpanas. Pada musim sejuk pula, suhunya antara 11 °C (52 °F) dan 23 °C (73 °F), dan 6 °C (43 °F) pada hari-hari tersejuk. Suhu tertinggi yang pernah dicatat adalah 35.3 °C (95.5 °F) pada 15 November 1985.[15] manakala yang terendah adalah −2 °C (28 °F) pada 2 Ogos 1955. Purata suhu sepanjang tahun agak sama dengan Sydney dan Los Angeles. Garisan Jadi (sekitar 23°27' S) yang menandai sempadan antara kawasan beriklim tropika dan sederhana di Hemisfera Selatan, merentasi bahagian utara São Paulo. Disebabkan aras tingginya, São Paulo menikmati iklim sederhana yang tersendiri.[16]

Curahan hujannya banyak sekali sehingga mencatat purata tahunan 1,454 milimeter (57.2 in).[17] Hujan lebih banyak turun pada bulan-bulan yang panas pada purata 219 milimeter (8.6 in) sebulan, dan berkurangan pada musim sejuk pada purata 47 milimeter (1.9 in) sebulan. São Paulo dan kawasan pantainya tidak pernah dilanda siklon tropika, apalagi jarang mengalami puting beliung. Larian salji hanya sekali terpahat dalam catatan rasmi, pada 25 Jun 1918. Pada akhir musim sejuk, khususnya bulan Ogos, bandaraya ini mengalami fenomena "veranico" (musim panas kecil) yang terdiri daripada cuaca panas dan kering yang luar biasa, sehingga mampu mencapai suhu melebihi 28 °C (82 °F). Begitu juga, musim panasnya juga ada hari-hari yang agak nyaman apabila angin berulang-ulang bertiup dari lautan. Pada masa-masa seperti ini, suhu tinggi harian tidak mungkin melampaui 20 °C (68 °F), tetapi boleh turun kurang daripada 15 °C (59 °F).

Data iklim untuk São Paulo (1961 - 1990, rekod terendah sejak 1931)
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Rekod tertinggi °C (°F)34.2
(93.6)
34.6
(94.3)
33.6
(92.5)
31.3
(88.3)
29.8
(85.6)
28.9
(84)
29.3
(84.7)
33
(91)
37.4
(99.3)
34.4
(93.9)
35.2
(95.4)
35.7
(96.3)
37.4
(99.3)
Purata tinggi °C (°F)27.4
(81.3)
28
(82)
27.3
(81.1)
25.1
(77.2)
23
(73)
21.7
(71.1)
21.8
(71.2)
23.3
(73.9)
23.9
(75)
24.7
(76.5)
25.9
(78.6)
26.3
(79.3)
24.5
(76.1)
Min harian °C (°F)22.2
(72)
22.4
(72.3)
21.7
(71.1)
19.8
(67.6)
17.6
(63.7)
16.4
(61.5)
15.8
(60.4)
17.1
(62.8)
17.8
(64)
19
(66)
20.3
(68.5)
21.2
(70.2)
18.5
(65.3)
Purata rendah °C (°F)18.7
(65.7)
18.8
(65.8)
18.2
(64.8)
16.3
(61.3)
13.9
(57)
12.3
(54.1)
11.7
(53.1)
12.8
(55)
13.9
(57)
15.3
(59.5)
16.5
(61.7)
17.8
(64)
14.5
(58.1)
Rekod terendah °C (°F)10.2
(50.4)
11.2
(52.2)
10.9
(51.6)
6
(43)
5.2
(41.4)
0.9
(33.6)
0.2
(32.4)
-2.2
(28)
2.1
(35.8)
4.2
(39.6)
6.9
(44.4)
7.3
(45.1)
-2.2
(28)
Kerpasan cm (inci)24
(9.4)
25
(9.8)
16
(6.3)
8
(3.1)
7
(2.8)
6
(2.4)
4
(1.6)
3
(1.2)
7
(2.8)
13
(5.1)
14
(5.5)
19
(7.5)
146
(57.5)
Sumber: INMET - Clima[18]

Rujukan

WikiPedia: São_Paulo ftp://ftp.ibge.gov.br/Estimativas_Projecoes_Popula... ftp://geoftp.ibge.gov.br/documentos/cartografia/ar... http://www.aprenda450anos.com.br/450anos/vila_metr... http://www.bmfbovespa.com.br/English/NewExchange.a... http://www.bmfbovespa.com.br/en-us/home.aspx?idiom... http://www.colunista.com.br/sp450/index.htm http://www.dcomercio.com.br/especiais/mooca450anos... http://www.dersa.com.br/ http://www.dersa.com.br/rodoanel http://www.estadao.com.br/noticias/geral,sp-sera-6...