Sukan São_Paulo

Bola sepak

Seperti juga di seluruh Brazil, bola sepak ialah sukan yang paling diminati ramai di bandaraya ini. Pasukan-pasukan utama yang bertapak di São Paulo ialah São Paulo FC, Palmeiras, Corinthians dan Portuguesa, di samping dua kelab kecil, iaitu Juventus dan Nacional.

São Paulo menjadi salah satu tempat acara Piala Dunia FIFA 2014 yang mana Brazil menjadi tuan rumah.

Di sebalik salah sangkaan bahawa Sport Club Corinthians Paulista memiliki Stadium Pacaembu, stadium tersebut sebenarnya dimiliki oleh pihak Prefektur Perbandaran São Paulo. Disebabkan muatan penonton yang rendah di Stadium Alfredo Schürig (13, 969 orang),[65] pasukan Corithians terpaksa beraksi di Stadium Pacaembu sejak 1950-an, oleh itu pasukan ini semakin dekat di hati dengan Stadium Pacaembu[66] tetapi sememangnya ia dimiliki oleh pihak Bandaraya dan bukan kelab Corinthians.

Pasukan bola sepak
KelabLigaTempatPenubuhan
CorinthiansSérie AStadium Parque São Jorge[65]

13,969 (rekod 27,384)

1910
PalmeirasSérie AStadium Palestra Itália

29,173 (rekod 40,283)

1914
São Paulo FCSérie AStadium Morumbi

73,501 (138,032 record)[67]

1935
PortuguesaSérie BStadium Canindé

19,717 (rekod 25,000)

1920
JuventusCampeonato Paulista Série A2Stadium Rua Javari

2,730 (rekod 9,000)

1924
NacionalCampeonato Paulista Série A3Stadium Nicolau Alayon

9,650 (rekod 22,000)

1919
Fail:Cicero pompeu de toledo - panoramic – 01.jpgPemandangan panorama Stadium Morumbi.

Grand Prix Brazil

Autódromo José Carlos Pace, the venue for the Brazilian Grand Prix.

Grand Prix Brazil Formula Satu (Bahasa Portugis: Grande Prêmio do Brasil) diadakan di Autódromo José Carlos Pace di Interlagos tanpa henti sejak tahun 1990. Sejak Grand Prix julung kali diadakan di Brazil pada tahun 1973, empat rakyat Brazil telah menjuarai Grand Prix di São Paulo, iaitu: Emerson Fittipaldi (1973 dan 1974), José Carlos Pace (1975), Ayrton Senna (1991 dan 1993) dan Felipe Massa (2006 dan 2008).

Acara sukan antarabangsa

Berikut ialah acara-acara kesukanan antarabangsa yang pernah dianjurkan di São Paulo:

  • 1950  — Piala Dunia FIFA (bola sepak)
  • 1963  — Sukan Seluruh Amerika (pelbagai sukan)
  • 1971  — Kejohanan Dunia Wanita FIBA (bola keranjang)
  • 1977  — Kejohanan Dunia Bola Tampar Wanita Bawah 20
  • 1983  — Kejohanan Dunia Wanita FIBA
  • 1993  — Liga Dunia Bola Tampar
  • 1994  — Kejohanan Dunia Bola Tampar Wanita
  • 2000  — Kejohanan Dunia Kelab FIFA (bola sepak)
  • 2002  — Sukan Amerika Selatan (pelbagai sukan)
  • 2005  — Piala Dunia Gimnastik Artistik
  • 2006  — Sukan Polis dan Bomba Antarabangsa (pelbagai sukan)
  • 2006  — Kejohanan Dunia Wanita FIBA (bola keranjang)
  • 2006 — Piala Dunia Gimnastik Artistik
  • 2007 — Kejohanan dan Sukan Dunia Persatuan Sukan Buta Antarabangsa ke-3
  • 2014 — Piala Dunia FIFA (bola sepak)

Rujukan

WikiPedia: São_Paulo ftp://ftp.ibge.gov.br/Estimativas_Projecoes_Popula... ftp://geoftp.ibge.gov.br/documentos/cartografia/ar... http://www.aprenda450anos.com.br/450anos/vila_metr... http://www.bmfbovespa.com.br/English/NewExchange.a... http://www.bmfbovespa.com.br/en-us/home.aspx?idiom... http://www.colunista.com.br/sp450/index.htm http://www.dcomercio.com.br/especiais/mooca450anos... http://www.dersa.com.br/ http://www.dersa.com.br/rodoanel http://www.estadao.com.br/noticias/geral,sp-sera-6...